YAN: Sejumlah RM1 juta diperuntukkan untuk kerja membaik pulih bekalan air graviti bagi penduduk kampung di sekitar daerah ini yang terputus susulan banjir lumpur akibat fenomena kepala air dari Gunung Jerai pada 18 Ogos lepas.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan Air dan Sumber Air dan Tenaga Kedah Datuk Suraya Yaacob berkata kebanyakan penduduk kampung terlibat menggunakan bekalan air yang diambil dari tanah tinggi dan paip yang menyalurkan bekalan air itu hilang selepas hanyut dibawa arus deras dalam kejadian itu.
"Peruntukan ini diberikan untuk mengembalikan bekalan air masyarakat ke kampung-kampung yang ada senarai lebih kurang 14 kampung terjejas dengan kejadian tersebut.
Kita berharap penduduk kampung-kampung terlibat bersabar dan kita akan cuba melaksanakan (kerja baik pulih) secepat mungkin," katanya semasa membuat tinjauan kesan tanah runtuh akibat tragedi itu di sekitar Gunung Jerai semalam.
BACA: Enam runtuhan tanah berskala kecil dikesan di Gunung Jerai
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Bencana Gunung Jerai: Kerajaan pusat salur bantuan segera RM75 juta
Suraya berkata pihak berkaitan seperti pejabat daerah dan Syarikat Air Darul Aman (SADA) akan membantu menghantar bekalan air untuk kegunaan penduduk kampung terlibat buat sementara waktu.
Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya akan mencadangkan penubuhan jawatankuasa khas bagi menangani risiko di kawasan Gunung Jerai dan kerja baik pulih cerun kesan tanah runtuh akibat tragedi itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 24 2021
Suraya bersama Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Kedah/Perlis/Pulau Pinang Abdullah Sulaiman (kanan) meninjau persekitaran runtuhan di laluan naik ke Gunung Jerai, 24 Ogos, 2021. --fotoBERNAMA
[TERKINI] Pesawat bawa 67 penumpang terhempas di Kazakhstan, 12 terselamat
Sebuah pesawat Azerbaijan Airlines membawa 67 penumpang terhempas di Kazakhstan
Yeoh Kay Bin diumum ketua jurulatih baharu Team LZJ
Team LZJ menyifatkan Kay Bin sebagai jurulatih yang memiliki pengalaman luas di peringkat tempatan dan antarabangsa.
Nahas ngeri Ayer Keroh: 'Tulang paha Uwais pecah, perlu dibedah petang ini juga' - Exco
Pembedahan terhadap Muhammad Uwais Al-Qarni, 7, yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) akan dijalankan petang ini.
Peluru berpandu dari Yaman berjaya dipintas tentera Zionis
Tentera Israel mendakwa berjaya memintas sebuah peluru berpandu yang dilepaskan dari Yaman pada awal Rabu.
Warga Gaza berharap kerakusan Zionis berakhir
Di sebalik konflik yang berterusan, penduduk Gaza yang beragama Kristian tidak ketinggalan menyertai upacara keagamaan sempena sambutan perayaan Krismas.
Warga Palestin tidak boleh putus harapan untuk terus hidup
Bercakap semasa sambutan perayaan Krismas, Datuk Bandar Betlehem, Anton Salman berkata, tanpa harapan, sudah pasti sukar untuk meneruskan kehidupan di sebalik kezaliman yang didepani mereka.
Nahas ngeri Ayer Keroh: Polis rakam keterangan pemandu lori tayar tercabut
Keterangan pemandu berusia 31 tahun itu diambil bagi membantu siasatan kemungkinan wujud kecuaian yang mengakibatkan tayar hadapan lori terbabit tercabut.
Nahas Ayer Keroh: Tujuh masih dirawat, dua ditempatkan di ICU
Tujuh mangsa kemalangan ngeri melibatkan lima kenderaan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan rehat dan rawat Ayer Keroh masih dirawat di Hospital Melaka dengan dua daripadanya ditempatkan di unit rawatab rapi (ICU).
Nahas Ayer Keroh: Polis rakam keterangan pemandu lori tayar tercabut
Polis telah merakam keterangan pemandu lori yang terlibat dengan nahas ngeri mengorbankan tujuh individu di kilometer 204 Lebuhraya PLUS arah utara, Melaka, pada Selasa.
AWANI Ringkas: Tarian mencolok mata, penganjur dikompaun
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Runtuhan sepanjang 50 meter dikesan di tebing Sungai Kelantan - Polis
Satu runtuhan sepanjang hampir 50 meter berlaku di tebing Sungai Kelantan berdekatan sebuah pangsapuri dan hotel di Jalan Post Office Lama di sini hari ini.
13 hilang tapak projek kereta api runtuh di China
Biro pengurusan kecemasan daerah Baoan melaporkan tanah di bawah tapak rel Shenzhen-Jiangmen runtuh secara tiba-tiba pada Khamis malam.
Angka korban banjir di selatan Thailand meningkat, hampiri 30 orang
Wilayah terjejas yang sudah bergelut dengan arus deras banjir sedang bersiap sedia untuk hujan lebih lebat dalam beberapa hari akan datang.
Perak siap sedia hadapi gelombang kedua banjir - MB
Perak bersiap sedia menghadapi risiko gelombang kedua banjir yang mungkin melanda negeri ini dengan jangkaan taburan hujan yang tinggi berlaku di kawasan Hulu Perak.
MTL: Pihak berkaitan diarah pergiat pantau lokasi berisiko tanah runtuh - Ahmad Zahid
Pastikan kejadian tanah runtuh seperti yang berlaku di Kampung Bukit Apit, Ajil, yang mengorbankan dua beradik, petang semalam, tidak berulang.
Lagi tanah runtuh hempap rumah penduduk di Ajil
Insiden menimpa rumahnya berlaku dalam tempoh sama dengan tragedi tanah runtuh yang menyebabkan dua beradik maut di Kampung Bukit Apit.
Tanah runtuh: 14 penduduk Kampung Laloh diarah pindah segera
Hasil pemeriksaan yang dilakukan mendapati kawasan tersebut sudah tidak selamat untuk diduduki.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 29 November 2024.
Dua beradik maut, seorang cedera insiden tanah runtuh di Kuala Berang
Dua beradik perempuan terkorban dalam insiden tanah runtuh yang menghempap rumah mereka di Kampung Bukit Apit, Ajil, di sini pada 4.30 petang tadi.
3 sekeluarga terperangkap rumah dihempap tanah runtuh
Tiga individu dipercayai daripada satu keluarga terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Bukit Apit, Ajil, Hulu Terengganu di sini petang ini.