KUALA LUMPUR:Bencana banjir nampak semakin beransur pulih apabila semua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Terengganu serta Perak ditutup selepas semua mangsa banjir yang berlindung di pusat itu dibenarkan pulang ke rumah masing-masing hari ini.
Keadaan di negeri Pahang dan Kelantan pula menampakkan perkembangan yang positif apabila jumlah mangsa banjir di PPS di dua negeri itu mulai berkurangan.
Bagaimanapun situasi agak berbeza di Johor apabila jumlah mangsa di 42 PPS di negeri itu terus meningkat, dengan Kluang menjadi daerah terbaharu dilanda banjir.
Dalam mengharungi ujian bencana ini, nasib mangsa banjir terus mendapat perhatian pelbagai pihak, termasuk dari Public Bank Bhd yang menawarkan pinjaman dan bantuan pembiayaan kepada pelanggan yang terjejas akibat banjir di beberapa negeri baru-baru ini.
Bank itu dalam satu kenyataan hari ini berkata bantuan itu termasuk penangguhan ansuran bulanan untuk pinjaman dan pembiayaan sehingga enam bulan berdasarkan kepada permintaan pelanggan, serta kemudahan pinjaman dan pembiayaan seperti pembiayaan rumah, sewa beli dan kad kredit untuk setiap pelanggan, di samping pinjaman dan pembiayaan bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
Public Bank turut mengecualikan caj penggantian dokumen berkaitan perbankan, seperti kad bank, buku bank, dan cek yang telah musnah atau hilang disebabkan banjir.
Selain itu, Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) pula memberi jaminan kepada mangsa banjir yang memiliki perlindungan banjir bahawa ahli-ahlinya bersedia untuk mempercepatkan proses tuntutan dan bayaran kerugian yang disebabkan oleh bencana itu.
Menurutnya syarikat yang menjadi ahli PIAM akan memproses semua tuntutan banjir dengan syarat banjir adalah bencana yang dilindungi syarikat itu, tanpa mengambil kira sama darurat diisytiharkan atau tidak, selain komited untuk mempercepat penyelesaian tuntutan banjir dengan menghubungi pihak yang menuntut.
Mereka juga bersedia untuk mengetepikan borang tuntutan dan dokumen sokongan bagi memastikan tempoh pemprosesan yang lebih singkat.
Selain itu di Maran, Pahang, kontraktor kejuruteraan, China Communications Construction (ECRL) Sdn Bhd (CCC-ECRL), antara watak penting bagi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) pula telah menyediakan pengangkutan dan bekalan makanan kepada pusat bantuan banjir, di samping tenaga kerja serta pelbagai mesin seperti jentera pengorek bagi membantu usaha pembersihan bandar Maran.
Kerajaan Negeri Pahang hari ini menerima sumbangan 18,000 kampit beras bernilai RM241,000 dari Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) bagi membantu mangsa banjir.
Untuk esok, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca buruk dan waspada dengan hujan lebat dijangka berlaku di Pahang, Sarawak, Johor dan Sabah.
Selain itu hujan lebat dijangka berlaku di Pahang melibatkan kawasan Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin, serta Johor di Segamat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 11 2021
Sukarelawan membantu mangsa banjir mengangkat perabot yang rosak akibat banjir untuk diletakkan di tepi jalan sebelum dipungut oleh kakitangan pembersihan ketika tinjauan di Taman Akasia, Bandar Baru Bukit Mentok pada Isnin. - BERNAMA
Tiada perincian, kerangka jelas - Radzi Jidin
Kerajaan perlu memberi perincian khusus mengenai butiran dalam Belanjawan 2025 kerana tiada kerangka jelas mengenai pelaksaan inisiatif yang diumumkan pada Jumaat itu.
Belanjawan yang angkat martabat dan junjung hak rakyat
Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, fokus utama belanjawan adalah kesejahteraan rakyat dengan tumpuan kepada perlindungan golongan rentan, menambah baik prasarana asas dan menangani ketirisan.
Belanjawan sentuh semua rakyat, rapat jurang Sabah dan Sarawak
Timbalan Perdana Menteri I itu berkata, belanjawan kali ini juga tidak meminggirkan masyarakat desa malah merapatkan jurang antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.
Platform menyeluruh bagi negara hadapi cabaran tahun depan
Belanjawan 2025 juga dilihat cuba mengimbangi keperluan rakyat terutama dalam mendepani isu kos sara hidup dengan menaikkan peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada RM13 bilion.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 18 Oktober 2024.
Kanak-kanak Gaza terperangkap dalam kitaran kesakitan - UNICEF
Hari demi hari kita melihat kesan ngeri serangan udara harian dan operasi ketenteraan ke atas kanak-kanak Palestin.
Tumpuan Sabtu – 19 Oktober 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
ConsiderThis: Budget 2025 (Part 2) — Balancing Progress & Prudence?
Budget 2025 was tabled in Dewan Rakyat today, and now the crucial evaluation begins. Does #Belanjawan2025 successfully balance progress and prudence? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks to Danial Rahman, CEO of Asian Strategy & Leadership Institute (ASLI), and Doris Liew, Economist & Assistant Research Manager at IDEAS Malaysia's Public Finance Unit.
Pasukan pengaman disasarkan secara sengaja di selatan Lubnan - Jurucakap UNIFIL
"Kedudukan kami telah berulang kali diserang di Lubnan, meletakkan pasukan pengaman dalam bahaya."
Belanjawan 2025: RM750 juta kepada PBT, JPS, NADMA untuk persiapan banjir
Anwar berkata pengurusan bencana negara terus ditambah baik di samping menyegerakan pelaksanaan projek tebatan banjir melibatkan kerjasama semua kontraktor.
Air pasang besar: 20 mangsa banjir berpindah ke PPS
Kesemua mangsa termasuk dua warga emas dan seorang kanak-kanak ditempatkan di PPS Institut Kemahiran Bina Negara (IKBN) Kuala Perlis.
Banjir di beberapa negeri belum reda
Setakat jam 6 pagi Jumaat, 4,093 mangsa masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS).
Banjir: Elak pertindihan bantuan, NGO disaran hubungi PKOB
Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata perkara itu perlu dilakukan bagi mengelakkan sebarang pertindihan ketika memberikan bantuan.
Kemungkinan banjir: MB Perak arah semua pihak berkaitan siap siaga
Kerajaan Negeri Perak mengarahkan semua pihak berkaitan supaya meningkatkan kesiapsiagaan menghadapi kemungkinan bencana banjir.
Tiada haiwan di Zoo Negara terjejas akibat banjir
Tiada haiwan di Zoo Negara terjejas banjir akibat hujan lebat pada Selasa lepas.
Banjir di beberapa negeri bertambah baik pagi ini
Di Perak, NADMA memaklumkan jumlah mangsa yang berlindung di 11 PPS meningkat kepada 1,286 orang pagi ini berbanding 1,191 orang malam tadi.
Air pasang besar: 114 kawasan di Kedah berisiko banjir
'Hotspot' terbanyak iaitu di Baling yang mempunyai sebanyak 46 kawasan diikuti 14 di Langkawi, 12 di Bandar Baharu dan 10 di Kuala Muda.
Air pasang besar: Kampung Besar dilanda banjir kilat
Kejadian banjir adalah disebabkan air pasang besar di sungai utama iaitu Sungai Kerian yang berhampiran kawasan penduduk berkenaan.
Air pasang besar: MBSA minta orang ramai lebih berhati-hati, siap sedia
Dijangka paras air di Stesen Pelabuhan Klang akan melebihi para 5.5 meter hingga 5.8 meter dalam tempoh empat hari tersebut.