KEMAMAN: Trak yang membawa sekumpulan anggota tentera dan pegawai perubatan yang tergelincir ke dalam parit ketika melalui kawasan banjir di Kampung Lubuk Megat di sini, pada Ahad ditunda ke kawasan daratan.
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kemaman memaklumkan, trak itu ditunda menggunakan bantuan jentera APM dan jentolak Pejabat Daerah Kemaman jam 11 pagi.
Difahamkan, kesemua anggota tentera dan pegawai perubatan terlibat diselamatkan dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Seberang Tayur Hilir, Mohd. Fadzir Anuar Abdul Majid ketika dihubungi pada Ahad berkata, insiden itu berlaku ketika trak berkenaan dalam perjalanan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Lubuk Megat.
Katanya, trak itu membawa empat pegawai perubatan untuk melakukan pemeriksaan kesihatan terhadap mangsa banjir berisiko yang berada di PPS tersebut.
Bagaimanapun, katanya, keadaan jalan yang sempit serta arus banjir menyukarkan pemanduan sehingga menyebabkan kenderaan itu tergelincir.
"Difahamkan pasukan perubatan yang dibawa mahu memeriksa seorang wanita hamil enam bulan dan seorang warga emas terlantar yang berpindah masuk di PPS itu,” katanya.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Sun Feb 27 2022
Trak tentera yang membawa pasukan perubatan ke PPS Kg Lubuk Megat di Kemaman yang tergelincir ke dalam parit berjaya ditunda jentera APM dan jentolak Pejabat Daerah Kemaman. - Foto ihsan APM Kemaman
Agenda AWANI: MIHAS@Dubai 2024 - Apa Kita Bawa Pulang?
Sejauh mana MIHAS@Dubai 2024 yang berlangsung baru-baru ini di UAE telah membuka jalan baharu bagi perniagaan Malaysia meneroka pasaran Timur Tengah yang lebih luas? Apa perancangan penganjuran MIHAS selepas ini? Diskusi 9 malam
Kastam Sabah rampas minuman keras bernilai lebih RM500,000
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah berjaya menggagalkan cubaan menyeludup minuman keras dianggarkan bernilai RM528,082 dalam rampasan di Kota Kinabalu dan Beaufort bulan lepas.
[INFOGRAFIK] Pangkalan Haram Sungai Golok
Berikut adalah info berkenaan dengan pangkalan haram Sungai Golok.
Ahmad Nawab ibarat bapa kepada saya - Ramlah Ram
Beliau yang ditemui ketika menghadiri perjalanan terakhir maestro muzik tanah air itu di Gombak kelihatan sebak sepanjang masa, berkali-kali juga mengesat air matanya yang langsung tidak tertahan daripada gugur.
Sultan Pahang zahir ucapan takziah
Sultan Pahang dan Tengku Ampuan Pahang menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga legenda muzik negara, Allahyarham Tan Sri Ahmad Nawab.
604 individu ditahan, rampas barang subsidi lebih RM87 juta
Sebanyak RM87.03 juta nilai rampasan direkodkan menerusi Op Tiris 3.0 yang dilaksanakan bermula 1 Jan hingga 22 Nov lepas.
OPPO Find X8 bawa fotografi jarak jauh ke tahap baharu dengan zoom 120 kali
OPPO secara rasmi melancarkan siri flagship Find X8 terbaharunya dalam sebuah acara global yang berprestij di Bali, Indonesia, dengan sasaran 50 juta pengguna menjelang akhir tahun ini.
Siri OPPO Find X8 bawa fotografi jarak jauh ke tahap baharu dengan zoom 120x
OPPO secara rasmi melancarkan flagship siri OPPO Find X8 terbaharunya dalam sebuah acara global yang berprestij di Bali, Indonesia, dengan sasaran 50 juta pengguna menjelang akhir tahun ini.
Agenda AWANI: COP29 - Kuasa ASEAN Adaptasi Perubahan Iklim
Mengapa isu perubahan iklim harus ditangani secara bersama dan bergerak sebagai satu kuasa rantau ASEAN? #AgendaAWANI jam 830 mlm ini di @501Awani
Pintu sempadan Malaysia-Thailand akan dibuka 6 pagi kepada pelajar sekolah - Polis
Pintu sempadan Malaysia-Thailand akan dibuka seawal 6 pagi untuk pelajar yang menetap di Golok, Thailand pergi ke sekolah di Rantau Panjang mulai 1 Dis ini.
Johor negeri terbaru dilanda banjir
Sebuah PPS dibuka di Balai Raya Batu Badak, Segamat, 2 petang tadi, dengan menempatkan 11 orang daripada empat keluarga.
Jumlah mangsa banjir meningkat pagi ini
Di Terengganu, jumlah mangsa banjir di enam daerah meningkat kepada 398 orang berbanding 221 malam tadi, kini berada di 17 PPS.
Banjir Melaka: 264 mangsa dipindah ke tiga PPS
Setakat jam 8 pagi ini, seramai 264 mangsa membabitkan 71 keluarga telah dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara.
Banjir: 66 mangsa dipindahkan ke PPS di Perak, dua sungai di Kelantan pada paras berjaga-jaga
Kesemua mangsa dari Kampung Simpang Halt yang terjejas berlindung di PPS berkenaan sejak 10 malam tadi.
Banjir Terengganu: Lebih 2,000 mangsa dibenar pulang, hanya 59 masih berada di PPS
Hanya 59 mangsa daripada 15 keluarga masih terjejas di daerah Kemaman, dengan tiga Pusat Pemindahan Sementara masih diaktifkan.
Kemaman dilanda banjir, dua PPS diaktifkan
Kemaman menjadi daerah pertama di Terengganu dilanda banjir susulan hujan berterusan sejak malam tadi.
NADMA bina lapan lagi pusat pemindahan kekal seluruh negara
Kerajaan merancang membina lapan lagi pusat pemindahan kekal (PPK) yang lengkap dengan kemudahan asas selesa di seluruh negara untuk kegunaan mangsa banjir.
Liga bola sepak Sepanyol bertafakur satu minit peringati mangsa banjir Valencia
La Liga menyampaikan ucapan takziah dan solidariti kepada keluarga mangsa banjir dan individu yang masih hilang dalam bencana itu.
Banjir: Jumlah mangsa di Perak kekal, Selangor berkurang
Di Selangor, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 25 orang daripada lapan keluarga pagi ini dan ditempatkan di dua PPS.
Banjir Perak semakin pulih, bilangan mangsa menurun
Sehingga malam tadi terdapat 354 orang daripada 103 keluarga yang masih ditempatkan di lima pusat pemindahan sementara.