KUALA TERENGGANU: Pembinaan sungai tiruan bagi meminimumkan masalah banjir yang sering melanda daerah Kemaman akan dimulakan awal Januari 2022.
Exco Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, projek pembinaan fasa pertama sungai tiruan sepanjang 8 kilometer (km) itu bermula dari Paman ke Tasik Bungkus dekat Ibok.
Beliau berkata, keseluruhan projek tersebut menelan belanja RM300 juta dan dijangka mengambil masa selama enam tahun untuk disiapkan.
"Jabatan Alam Sekitar telah pun memberi kelulusan Laporan Impak Alam Sekitar (EIA) projek ini dimana kos dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan persekutuan.
"Apabila projek ini disiapkan nanti, kita percaya masalah banjir di sekitar pekan Chukai akan dapat diminimumkan," katanya ketika ditemui pemberita meninjau proses penghantaran barangan keperluan banjir sebanyak empat tan ke Pulau Redang di jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di sini, pada Selasa.
Antara kawasan yang sering dilanda banjir di sekitar Chukai ialah Bandar Baru Bukit Mentok, Kampung Pengkalan Pandan dan Kampung Tempurung.
"Buat masa ini pertembungan air dari Sungai Air Putih dan Sungai Cerul yang terletak di Hulu Kemaman menyebabkan kawasan sekitar Chukai mengalami banjir setiap kali hujan lebat.
"Keadaan bertambah buruk jika berlaku fenomena air pasang besar dan hujan lebat berterusan dalam tempoh lama," katanya.
Dalam perkembangan sama, Hanafiah berkata, projek berkenaan memakan masa untuk dimulakan kerana ia melibatkan pengambilan tanah milik penduduk.
Projek pembinaan sungai tiruan itu mencakupi lebar sejauh 250 meter dengan ketinggian dua meter.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Oct 12 2021
Hanafiah (dua, kiri) meninjau proses penghantaran barangan keperluan banjir ke Pulau Redang di jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di Kuala Terengganu. -Foto Sinar Harian
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
MITRA lulus lebih RM95 juta untuk 11 program masyarakat India
Kesemua program yang dalam pelaksanaan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan sosioekonomi komuniti India dalam negara.
Kestabilan sosiopolitik Sabah bolehkan agihan ekonomi saksama - Juhar
Smber daya, kekayaan alam semula jadi dan potensi ekonomi dalam masyarakat dapat dibahagi dengan cara memberi peluang sama kepada rakyat.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
Johor sasar jumlah ternakan cecah 200,000 ekor pada 2027
Johor menyasarkan jumlah ternakan di negeri ini mencapai hingga 200,000 ekor pada 2027 setelah berjaya mencapai jumlah pengeluaran ternakan sebanyak 152,000 ekor hingga bulan lepas.
Hargai warga emas melalui penjagaan, hormat dan penglibatan - Lee Lam Thye
Lee Lam Thye menekankan keperluan mendesak untuk menghargai warga emas melalui penjagaan, hormat, dan penglibatan yang lebih baik.
Malaysia perlu bersedia penuhi keperluan TBB yang semakin meningkat - Fadillah
Keperluan tenaga boleh baharu (TBB) di negara ini semakin meningkat seiring dengan keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat-pusat data.
Belanjawan 2025: Perak harap peruntukan projek tebatan banjir diluluskan
Perak berharap projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) yang memerlukan peruntukan tinggi mendapat perhatian dalam Belanjawan 2025, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.
JKNK akan dapatkan bantuan negeri lain jika berlaku banjir luar jangka
Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) akan mendapatkan bantuan khidmat petugas Kementerian Kesihatan (KKM) dari negeri lain sekiranya mengalami banjir luar jangka tahun ini.
Mangsa banjir di Selangor, Kedah dan Perak meningkat pagi ini
Jumlah mangsa banjir di Selangor, Kedah, dan Perak mencatatkan sedikit peningkatan pada pagi ini berbanding malam tadi.
Banjir Bosnia: Tiada rakyat Malaysia terkesan, Wisma Putra terus pantau rapat keadaan semasa
Setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terkesan dalam bencana alam tersebut.
19 terkorban akibat banjir, tanah runtuh di Bosnia
Sebahagian besar bandar dan kawasan pedalaman terputus hubungan akibat jalan raya yang ditenggelami air banjir.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama.
121 mangsa banjir di Perak masih berlindung di tiga PPS
Menurut jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah pada Sabtu, terdapat dua daerah yang terjejas iaitu Kerian dan Taiping.
Mangsa banjir di Selangor dan Perak menurun, Kedah meningkat sedikit petang ini
Di Selangor, jumlah mangsa banjir yang berlindung di tujuh PPS pada petang ini mencatatkan penurunan kepada 1,241 mangsa.
Mangsa banjir di PPS Perak bertambah, beberapa tempat di Selangor, Kedah dinaiki air
Di Selangor, 1,968 individu daripada 480 keluarga terjejas akibat banjir dipindahkan ke enam PPS yang dibuka pagi ini.
Banjir Kedah: Tujuh PPS diaktifkan di Baling, tempatkan 199 mangsa
Seramai 199 mangsa daripada 66 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Baling sejak malam tadi.