DENGKIL: Tragedi banjir yang melanda di sekitar Shah Alam ternyata merupakan insiden yang terburuk berlaku di daerah itu, dengan beberapa lokasi utama menjadi tumpuan.
Bagaimanapun, kawasan Kampung Sri Tanjung, di sini, seakan terlepas pandang oleh pihak berkuasa apabila penduduknya dikhabarkan tidak menerima sebarang bantuan dari pihak berwajib.
Berkongsi detik sukar, Azeman Kasudin berkata, dia terpaksa mendukung ibunya meredah banjir pada paras dada untuk mendapatkan bekalan makanan.
"Perkara paling sedih apabila saya terpaksa dukung ibu saya meredah banjir untuk cari makanan.
"Sudah masuk beberapa hari di sini (Sri Tanjung), kami masih belum terima sebarang bantuan daripada pihak berkuasa.
"Keadaan rumah sangat teruk. Lumpur masih tebal. Jadi, saya terpaksa pindahkan ibu ke rumah keluarga lain," katanya ketika ditemui Astro AWANI awal pagi ini.
Ujarnya lagi, meskipun paras air telah surut namun keadaan di kawasan tersebut memerlukan bantuan pihak sewajarnya.
Keadaan lumpur yang menebal menyebabkan pihaknya sukar untuk menetap di rumahnya.
Azeman juga berkata, pihaknya telah memaklumkan perkara tersebut kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil Adhif Shan Abdullah, namun masih belum memperoleh sebarang bantuan.
Astro AWANI difahamkan, sebahagian besar penduduk di Sri Tanjung tidak menerima sebarang bantuan berbanding lokasi lain yang terjejas di Selangor.
Tinjauan ke lokasi tersebut dilakukan berikutan aduan yang diterima orang awam mengenai situasi di kawasan itu.
Hilmi Malik
Fri Dec 24 2021

Azeman berkata, meskipun paras air telah surut namun keadaan di kawasan tersebut memerlukan bantuan pihak sewajarnya. - Astro AWANI

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Dakwaan terhadap MB Selangor taktik terdesak pihak tertentu - Setiausaha Politik
Dakwaan terhadap Datuk Seri Amirudin Shari kononnya Menteri Besar Selangor itu meluluskan tanah di Dengkil kepada syarikat sendiri disifatkan sebagai episod ulang siar yang tidak jauh berbeza dengan t

LRA Semenyih, Bukit Tampoi dihenti tugas sementara susulan pencemaran bau
Loji Rawatan Air (LRA) Semenyih dan LRA Bukit Tampoi dihenti tugas sementara susulan pencemaran bau sehingga empat ton yang dikesan di muka sauk Jenderam Hilir, Dengkil, dekat sini, 11 malam semalam.

Banjir kilat landa Sepang, Putrajaya
Hujan berterusan sejak 2 petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di Sepang dekat sini dan Putrajaya dilanda banjir kilat.

Info bantuan tidak sampai, perlu cara lebih efektif - Mangsa banjir
Sememangnya telah banyak peruntukan yang telah diumum oleh kerajaan bagi meringankan bebanan mangsa banjir yang teruk terjejas.

Banjir: Masih ada rumah digenangi air di Bukit Changgang
Banjir di Kampung Bukit Changgang sudah surut namun masih ada air bertakung di hadapan rumah mereka.

Di Sri Muda ada Abang Viva, di Dengkil pula ada Abang Rafi
Rafiee atau mesra disapa Abang Rafi bukanlah orang senang tapi hatinya rasa tak tenang sekiranya bersenang-senang di rumah sedangkan dia tahu, ramai di sekelilingnya terjejas.

Banjir: "Kami susah nak bersihkan rumah, tekanan air rendah" - Penduduk
Kerja-kerja pembersihan rumah mangsa terbantut ekoran tekanan air sangat rendah di Kampung Sri Tanjung, Dengkil.

Banjir Sri Tanjung: Anak dukung ibu redah banjir cari makanan
Kampung Sri Tanjung, Dengkil seakan terlepas pandang apabila penduduk mendakwa tidak menerima sebarang bantuan pihak berwajib.

COVID-19: 250 kematian direkod di Sepang dari 16 hingga 24 Sept
Sebanyak 250 kes kematian COVID-19 telah direkodkan di daerah ini dari 16 hingga 24 September.

Polis temui mayat tanpa pakaian, organ dalaman hilang di Bukit Dugang
Polis Daerah Sepang menerima maklumat dari orang awam sebelum sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi kejadian.