SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengenal pasti 30 masjid, 60 surau dan 30 sekolah agama yang terjejas teruk akibat banjir dan mengalami kerosakan, serta memerlukan penyelenggaraan dan baik pulih segera, setakat 10 pagi tadi.
Pengarah JAIS Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata hampir keseluruhan karpet masjid dan surau rosak, selain kelengkapan elektrik, sistem pembesar suara, sejadah, mashaf al-Quran, kitab dan bahan bacaan, perabot, alatan masjid, siling dan bumbung masjid perlu kepada kerja pembaikan agar dapat kembali berfungsi dengan segera.
"Institusi sekolah agama di bawah seliaan jabatan ini juga menghadapi situasi sama. Jabatan ini menjangkakan angka masjid, surau dan sekolah terlibat akan menjadi lebih besar ekoran paras air di beberapa daerah seperti Kuala Langat dan Kuala Selangor mula naik sejak pertengahan malam tadi," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Justeru, beliau berkata jawatankuasa khas JAIS peringkat negeri dan daerah ditubuhkan serta merta bagi menyelaras jenis dan bentuk bantuan kepada mangsa banjir melibatkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Lembaga Zakat Selangor (LZS), Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) dan Teraju Ekonomi Asnaf (TERAS).
"Jawatankuasa bermesyuarat pagi tadi bersetuju untuk mengambil langkah segera menyalurkan pelbagai bentuk sumbangan mengikut skop dan jenis bantuan kepada mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) dan seterusnya di peringkat pasca bencana," katanya.
Mohd Shahzihan berkata jawatankuasa khas turut membuat keputusan menyalurkan bantuan kelengkapan 210 unit water jet bagi kemudahan masjid, surau dan sekolah, serta bantuan keperluan makanan basah di semua PPS di 36 masjid dan surau dari Tabung Infak Jariah Umat Islam Selangor (TIJARI) berjumlah RM250,000.
"TIJARI, LZS dan TERAS akan terus menyalurkan sumbangan makanan kering dan keperluan harian di PPS yang lain. Turut diputuskan ialah penyaluran bantuan kelengkapan pembersihan oleh MAIS dan penggantian karpet masjid dan surau yang terjejas oleh LZS," katanya.
Beliau berkata bagi memastikan usaha penyelarasan bantuan dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan, Bilik Gerakan Khas diwujudkan serta-merta dan akan beroperasi dari 8 pagi hingga 6 petang dan boleh dihubungi di talian 03-5514 3439 atau 03-5514 3761.
Bilik Gerakan itu akan memberi informasi terkini masjid, surau dan sekolah yang terjejas serta maklumat lain yang diperlukan oleh mana-mana pihak dari dalam dan luar Selangor, berhubung hasrat menyalurkan bantuan dan sumbangan kepada mangsa dan institusi terjejas banjir.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 20 2021
![Banjir Selangor: 30 masjid, 60 surau terjejas akibat banjir - JAIS Banjir Selangor: 30 masjid, 60 surau terjejas akibat banjir - JAIS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/71640021475_MasjidAlIkhlas.jpg)
Hampir keseluruhan karpet masjid dan surau rosak, selain kelengkapan elektrik antaranya sistem pembesar suara. - Gambar/ FB Masjid Al-Ikhlas Seksyen 13 Shah Alam
![Polis tumpas kumpulan penjenayah disyaki penculik, empat ditembak mati Polis tumpas kumpulan penjenayah disyaki penculik, empat ditembak mati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71722591707_MohdSuhailyMohdZa.jpg)
Polis tumpas kumpulan penjenayah disyaki penculik, empat ditembak mati
Polis menumpaskan sekumpulan penjenayah disyaki penculik selepas menembak mati empat individu dalam insiden berbalas tembakan di Skudai, Johor.
![Turkiye sekat akses Instagram Turkiye sekat akses Instagram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71722593168_benderaturkiyelog.jpg)
Turkiye sekat akses Instagram
Instagram dikatakan secara aktif menghalang orang ramai daripada memuat naik mesej takziah atas pemergian Ismail Haniyeh.
![PM Anwar, Srettha lawat projek naik taraf Jambatan Rantau Panjang-Sungai Golok Sabtu ini PM Anwar, Srettha lawat projek naik taraf Jambatan Rantau Panjang-Sungai Golok Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51701013348_AnwarIbrahimSrett.jpg)
PM Anwar, Srettha lawat projek naik taraf Jambatan Rantau Panjang-Sungai Golok Sabtu ini
Kementerian Luar Malaysia dalam satu kenyataan berkata projek itu adalah salah satu inisiatif utama dalam kesalinghubungan sempadan antara kedua-dua negara.
![Tourism Malaysia sasar 1 juta pelancong India hujung tahun ini Tourism Malaysia sasar 1 juta pelancong India hujung tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81722592324_TBAmbangMerdeka.jpg)
Tourism Malaysia sasar 1 juta pelancong India hujung tahun ini
Penerbangan terus AirAsia yang baharu menghubungkan Guwahati dan Kozhikode (Calicut) ke Kuala Lumpur.
![Turun hantaran PM mungkin tindakan peringkat lebih tinggi di Meta - Fahmi Turun hantaran PM mungkin tindakan peringkat lebih tinggi di Meta - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41722590485_AnwarIbrahim.jpg)
Turun hantaran PM mungkin tindakan peringkat lebih tinggi di Meta - Fahmi
Tindakan menurunkan hantaran Perdana Menteri berhubung pembunuhan Ismail Haniyeh di Facebook mungkin dilakukan oleh peringkat lebih tinggi dalam Meta.
![Amukan penagih dadah: Dua anggota polis cedera, putus urat dilibas parang Amukan penagih dadah: Dua anggota polis cedera, putus urat dilibas parang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81722589107_putusurat.jpg)
Amukan penagih dadah: Dua anggota polis cedera, putus urat dilibas parang
Dua anggota polis cedera di tangan ketika bergelut menahan seorang pengedar dadah di sebuah rumah di Taman Melati, Padang Tembak.
AWANI Ringkas: ADUN Mahkota meninggal dunia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Perpaduan Palestin diperkukuh di sebalik cabaran pemergian Haniyeh Perpaduan Palestin diperkukuh di sebalik cabaran pemergian Haniyeh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41709549730_WalidAbuAli.jpg)
Perpaduan Palestin diperkukuh di sebalik cabaran pemergian Haniyeh
Walid Abu Ali berkata kepimpinan Haniyeh memainkan peranan penting dalam membentuk strategi perjuangan dan gerakan politik Palestin.
![Lebih 1,700 sekolah ditutup akibat banjir di Myanmar Lebih 1,700 sekolah ditutup akibat banjir di Myanmar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41722590942_ElevenMyanmar.jpg)
Lebih 1,700 sekolah ditutup akibat banjir di Myanmar
Banjir berkenaan berpunca daripada peningkatan paras air sungai Ayeyarwady dan Chindwin.
![Ahmad Zahid, Fadillah dukacita pemergian ADUN Mahkota, ucap takziah kepada keluarga Ahmad Zahid, Fadillah dukacita pemergian ADUN Mahkota, ucap takziah kepada keluarga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51722574816_Belasungkawa.jpg)
Ahmad Zahid, Fadillah dukacita pemergian ADUN Mahkota, ucap takziah kepada keluarga
Menerusi hantaran di laman Facebook, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berharap keluarga Sharifah Azizah tabah mengharungi pemergian beliau.
![200 mangsa banjir di Kuala Selangor dipindahkan ke PPS 200 mangsa banjir di Kuala Selangor dipindahkan ke PPS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713326023_mangsabanjir.jpg)
200 mangsa banjir di Kuala Selangor dipindahkan ke PPS
Seramai 200 orang mangsa banjir di daerah ini berjaya dipindahkan ke kawasan selamat oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersama beberapa agensi penyelamat lain.
![Banjir di Selangor dan Sabah pulih, mangsa di Perak dan Kelantan berkurangan Banjir di Selangor dan Sabah pulih, mangsa di Perak dan Kelantan berkurangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61702949781_banjir.jpg)
Banjir di Selangor dan Sabah pulih, mangsa di Perak dan Kelantan berkurangan
Keadaan banjir di Selangor dan Sabah pulih sepenuhnya manakala jumlah mangsa yang ditempatkan di PPS di Perak dan Kelantan berkurangan malam ini.
![Puncak Alam dilanda banjir kilat Puncak Alam dilanda banjir kilat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81702376137_TBbanjirkilat.jpg)
Puncak Alam dilanda banjir kilat
Jalan Persiaran Puncak Alam 6 di sini dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat berterusan sejak jam 2.30 petang, Selasa.
![RM725.7 juta laksana projek rancangan tebatan banjir di Dengkil, Labohan Dagang RM725.7 juta laksana projek rancangan tebatan banjir di Dengkil, Labohan Dagang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51699689063_DengkilBanjir.jpg)
RM725.7 juta laksana projek rancangan tebatan banjir di Dengkil, Labohan Dagang
Kerajaan memperuntukkan RM725.7 juta bagi pelaksanaan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) untuk menyelesaikan masalah bencana itu di kawasan Dengkil sehingga Labohan Dagang.
![Banjir Bukit Changgang: 'Tiada hujan, tiba-tiba banjir' - Mangsa Banjir Bukit Changgang: 'Tiada hujan, tiba-tiba banjir' - Mangsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61699441986_BanjirBanting.jpg)
Banjir Bukit Changgang: 'Tiada hujan, tiba-tiba banjir' - Mangsa
Penduduk Kampung Bukit Changgang bimbang berikutan paras air yang bergenang di sekitar kawasan berkenaan yang terus meningkat walaupun keadaan cuaca baik sejak pagi tadi.
![Banjir Selangor: Jalan BBST ke Kota Warisan ditutup Banjir Selangor: Jalan BBST ke Kota Warisan ditutup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71699248405_TBBanjirSelangor.jpg)
Banjir Selangor: Jalan BBST ke Kota Warisan ditutup
Jalan Bandar Baru Salak Tinggi (BBST) ke Kota Warisan di Sepang ditutup sementara mulai Ahad berikutan kenaikan paras air akibat hujan berterusan pada Sabtu.
![Banjir Bukit Raja makin surut, jumlah mangsa terus menurun Banjir Bukit Raja makin surut, jumlah mangsa terus menurun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61685950466_BanjirbukitRajama.jpg)
Banjir Bukit Raja makin surut, jumlah mangsa terus menurun
Keadaan banjir di Bukit Raja, Klang, semakin pulih dan jumlah mangsa yang ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di situ terus menunjukkan penurunan.
![Mangsa banjir di Kedah meningkat, Selangor kekal, tiga negeri lain menurun Mangsa banjir di Kedah meningkat, Selangor kekal, tiga negeri lain menurun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/61668525594_BANJIRRANTAUPANJANG.jpg)
Mangsa banjir di Kedah meningkat, Selangor kekal, tiga negeri lain menurun
Jumlah mangsa banjir di Kedah meningkat sedikit, di Selangor kekal manakala bilangan di Kelantan, Melaka dan Johor menunjukkan penurunan setakat malam ini.
![Jumlah mangsa banjir di empat negeri meningkat malam ini Jumlah mangsa banjir di empat negeri meningkat malam ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51668440415_BANJIR.jpg)
Jumlah mangsa banjir di empat negeri meningkat malam ini
Jumlah mangsa banjir di empat negeri iaitu Johor, Melaka, Kelantan dan Perak merekodkan peningkatan malam ini manakala Selangor pula menunjukkan penurunan.
![Banjir: Kerajaan Selangor minta PBT kenal pasti longkang tersumbat Banjir: Kerajaan Selangor minta PBT kenal pasti longkang tersumbat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/81668100328_Banjirselangor.jpg)
Banjir: Kerajaan Selangor minta PBT kenal pasti longkang tersumbat
Kerajaan negeri Selangor meminta semua pihak berkuasa tempatan (PBT) mengenal pasti kawasan perumahan yang mempunyai masalah longkang tersumbat.