KUCHING:Situasi banjir di Sarawak dilihat memburuk selepas 1,826 mangsa dari 507 keluarga ditempatkan di 33 pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negeri setakat jam 1 petang, Khamis.
Kesemua PPS itu terletak di empat bahagian utama yang mengalami kejadian banjir kritikal iaitu di Miri, Serian, Samarahan dan Kuching.
Laporan terkini daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sarawak, PPS tersebut masing-masing 12 di Kuching, Bau (11), Serian (6) dan dua masing-masing di Miri dan Samarahan.
Angka mangsa banjir tertinggi dicatatkan di daerah Kuching, dengan 1,176 mangsa daripada 318 keluarga dan melibatkan lebih 12 buah kampung.
BACA: Banjir Sarawak: Dua PPS dinaiki air, hampir 200 mangsa dipindahkan
Operasi pemindahan dan menyelamat mangsa turut dibantu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), sekali gus memastikan PPS dan khemah yang digunakan selamat serta mematuhi SOP COVID-19.
Terdahulu hujan lebat luar biasa melanda seluruh negeri itu dalam tempoh 48 jam mengakibatkan beberapa kawasan rendah dinaiki air terutama kawasan berhampiran tebingan sungai.
Antara PPS yang menempatkan jumlah mangsa tertinggi ialah di PPS Dewan Serbaguna Masyarakat Malihah, Dewan Serbaguna Desa Wira, dan Sekolah Kebangsaan Tanah Merah, Serian.
Dalam perkembangan lain, APM sentiasa bersiap siaga memantau kawasan berisiko bencana yang lain.
Fadilah Sulaiman
Thu Jan 14 2021

Antara PPS yang menempatkan jumlah mangsa tertinggi ialah di PPS Dewan Serbaguna Masyarakat Malihah, Dewan Serbaguna Desa Wira, dan Sekolah Kebangsaan Tanah Merah, Serian. FOTO: Astro AWANI

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Banjir di Bintulu hampir pulih, beberapa kawasan masih dipantau - Bomba
Bagaimanapun, terdapat beberapa lokasi masih perlu dipantau kerana berisiko mengalami runtuhan rumah akibat banjir.

Mangsa banjir di Sarawak menurun pagi ini
Jumlah mangsa banjir di Sarawak menurun kepada 9,039 orang yang ditempatkan di 40 pusat pemindahan sementara (PPS) di enam bahagian setakat pagi ini berbanding 9,314 malam tadi.

Banjir: 14 tan makanan dihantar ke pedalaman Tatau
Sebanyak 14 tan bekalan makanan telah dihantar kepada mangsa banjir di kawasan pedalaman daerah Tatau kira-kira 50 kilometer dari pusat bandar Bintulu.

Banjir: King Sing akui tidak menang tangan bantu penduduk Bintulu
Tiong berkata banjir yang berlaku terlalu besar hingga beliau dan pasukannya telah tidak menang tangan dalam membantu penduduk Bintulu dan kawasan Dewan Undangan Negeri Dudong.

Daftar nama untuk mudahkan mangsa banjir terima bantuan - TPM Fadillah
Mangsa banjir di Sarawak boleh ke pejabat residen atau pusat pemindahan sementara terdekat untuk mendaftar nama bagi membolehkan mereka menerima bantuan.

Kesan banjir akan dibincang di Kabinet untuk tambahan peruntukan - Premier Sarawak
Kerajaan negeri bersedia menambah jumlah peruntukan bagi membantu rakyat yang terjejas banjir.

Banjir Sarawak: Jumlah mangsa meningkat 12,470 orang, penduduk di Bintulu masih fobia biarpun banjir sudah surut
Jumlah mangsa banjir di Sarawak terus meningkat kepada 12,470 orang membabitkan 3,618 keluarga di 62 pusat pemindahan sementara (PPS).

Banjir: Premier Sarawak hargai peruntukan segera Persekutuan
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan atas peruntukan segera lebih RM25 juta untuk Sarawak dan Sabah.

Mangsa banjir di Sarawak hampiri 10,000 orang
Sehingga 7 pagi tadi, jumlah PPS aktif terus meningkat kepada 57 dengan mangsa banjir kini mencecah 9,780 orang daripada 2,767 keluarga.

JKM salur bantuan segera kepada mangsa banjir di Sarawak
Jabatan Kebajikan Masyarakat di Sarawak telah digerakkan dengan segera bagi memastikan keperluan asas dan sokongan psikososial disalurkan kepada mangsa banjir.