KUALA TERENGGANU: Bencana banjir yang melanda Terengganu ketika ini bukan sahaja memberi kesan kepada penduduk, tetapi turut dirasai pasukan keselamatan khususnya anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat yang terpaksa mengharungi pelbagai kesukaran demi menyelamatkan mangsa.
Kejadian banjir yang mula melanda negeri ini pada 14 Dis lepas menyaksikan 29,717 mangsa melibatkan lebih 8,000 keluarga diselamatkan dan dipindahkan ke 293 pusat pemindahan sementara (PPS) yang sedang beroperasi di kesemua lapan daerah, setakat malam tadi.
Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Ahmad Izram Osman berkata secara umumnya operasi menyelamat dan memindah mangsa terjejas banjir berjalan lancar.
Bagaimanapun, terdapat cabaran besar yang dihadapi pihaknya termasuklah berdepan dengan mangsa yang enggan berpindah walaupun kawasan atau kediaman mereka telah dinaiki air.
"Walaupun sudah biasa dengan kerenah mangsa yang berdegil apabila diarahkan berpindah tetapi dalam keadaan kecemasan seperti bencana banjir ini, kesabaran anggota kami juga sedikit tercabar.
"Saya sering ingatkan anggota bahawa selain kekuatan fizikal, kesabaran juga amat diperlukan dalam menjayakan misi menyelamat yang dilaksanakan," katanya ketika ditemui semasa menyertai operasi memindah dan menyelamat mangsa banjir di Kampung Pulau Rusa Hulu, di sini malam tadi.
Turut serta dalam operasi itu adalah Pengarah Penyiasatan Kebakaran JBPM Putrajaya Azimin Mat Noor; Pengarah JBPM Terengganu Mohd Holman Abdul Rashid dan timbalannya Mohd Khairiri Mat Resad @Arshad.
Ahmad Izram berkata dalam situasi kecemasan seperti ini, matlamat utama mereka adalah menyelamatkan mangsa walaupun terpaksa 'menahan rasa' ketika memujuk serta merayu sehingga mangsa bersetuju untuk dipindahkan.
"Apabila mangsa setuju berpindah, ia adalah kejayaan buat kami...apa yang kami lakukan adalah semata-mata untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini daripada berlaku," katanya.
Dalam operasi di Kampung Pulau Rusa Hulu, Ahmad Izram sendiri membantu memujuk beberapa mangsa banjir yang enggan berpindah walaupun kediaman mereka telah melepasi paras pinggang orang dewasa.
Antara yang berjaya dipujuk adalah seorang warga emas yang hanya mahu dikenali sebagai Nek Mah, 70, yang pada awalnya berkeras untuk terus tinggal di rumah bersama anak, menantu dan tiga orang cucu.
Selain Nek Mah, seramai 28 mangsa daripada 10 keluarga dari kampung tersebut berjaya dipindahkan ke PPS Sekolah Kebangsaan Bukit Losong dalam operasi yang berakhir kira-kira 12.45 malam.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 20 2022

Anggota pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) membantu menyelamatkan para penduduk yang terperangkap akibat banjir di Kampung Pulau Rusa Hulu. - Foto BERNAMA

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Banjir besar, musim sejuk melampau landa beberapa negeri AS
Kentucky menghadapi kemusnahan meluas dengan 12 kematian selepas taburan hujan dalam masa 24 jam yang menyamai taburan sebulan hujan.

PPS dibuka di Bentong tempatkan 111 mangsa banjir
Hujan lebat berterusan sejak semalam mengakibatkan kawasan Karak, Bentong dilanda banjir dengan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan mangsa yang terjejas hari ini.

Sekurang-kurangnya 9 maut dalam banjir di AS
Gabenor Kentucky Andy Beshear berkata seramai lapan orang disahkan meninggal dunia di negeri tenggara AS itu.

Angka korban akibat hujan lebat di Bolivia meningkat kepada 28 orang
Hujan lebat itu menjejaskan lapan daripada sembilan bahagian di negara berkenaan.

Banjir di Sarawak pulih, jumlah mangsa di Sabah semakin menurun
Banjir di Sarawak pulih sepenuhnya apabila dua pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Bahagian Miri ditutup manakala jumlah mangsa banjir di Sabah terus merekodkan penurunan.

Situasi banjir di Sabah, Sarawak tidak berubah pagi ini
Mangsa banjir di Kinabatangan kekal 107 orang daripada 29 keluarga sejak 8 malam tadi, manakala di Miri, 202 orang masih berlindung di dua PPS.

Agensi KUSKOP tawar moratorium untuk usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak
TEKUN Nasional menyediakan moratorium hingga tiga bulan sebagai kelonggaran kewangan membayar balik pembiayaan kepada usahawan di Sabah dan Sarawak yang terkesan dengan bencana banjir.

Peperiksaan SPM 2024 berjalan lancar - KPM
Kementerian turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua calon peperiksaan SPM 2024.

24 maut, ratusan hilang tempat tinggal akibat banjir di Bolivia
Perkhidmatan meteorologi Bolivia (Senamhi) mengeluarkan amaran jingga dari 7 hingga 22 Februari.

JPS Kelantan sedia reka bentuk jambatan baharu Rong Chenok
JPS Negeri Kelantan telah menyediakan reka bentuk jambatan baharu bagi menggantikan jambatan di Kampung Rong Chenok, Rantau Panjang yang runtuh akibat banjir pada November tahun lepas.