KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Pahang dan Kedah semakin berkurangan pagi ini berbanding malam tadi manakala Johor dan Terengganu kekal, menjadikan jumlah keseluruhan mangsa di empat negeri itu seramai 2,866 mangsa.
Di PAHANG, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan situasi banjir di negeri itu beransur baik banjir pagi ini dan mangsa berkurangan kepada 2,797 orang daripada 847 keluarga berbanding 3,585 mangsa daripada 1,046 keluarga, malam tadi.
Sebanyak 20 pusat pemindahan sementara (PPS) beroperasi dengan 16 PPS di Kuantan menempatkan 2,678 mangsa manakala 119 mangsa berada di empat PPS di Pekan.
Di KEDAH, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Kulim Kapten (PA) Amirul Aliff Ahmad memaklumkan jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS Sekolah Menengah Agama Madrasah Insaniah Jangkang, dekat Kulim berkurangan kepada 18 mangsa setakat 8 pagi ini berbanding 26 mangsa malam tadi.
Katanya kesemua 18 mangsa itu terdiri daripada enam keluarga dari Kampung Padang Limau.
Di TERENGGANU, JPBN memaklumkan jumlah mangsa banjir di daerah Kemaman kekal 18 orang setakat pagi ini dan kesemua mangsa daripada enam keluarga itu ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Lembah Jabor.
Di JOHOR, JPBN memaklumkan jumlah mangsa banjir pagi ini kekal 33 orang daripada 10 keluarga dengan hanya dua PPS masih dibuka, masing-masing satu di Segamat dengan 26 mangsa daripada sembilan keluarga dan di Mersing melibatkan tujuh mangsa daripada satu keluarga.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 08 2023
Sebuah rumah yang terletak berhampiran Sungai Belat masih lagi digenangi air akibat limpahan sungai. - Foto BERNAMA
Liga Pro Saudi: Penalti Cristiano Ronaldo selamatkan maruah Al-Nassr
Jaringan Ronaldo, pada minit ke-97 memberi kemenangan 2-1 dalam perlawanan dramatik ketika menentang pasukan tuan rumah, Al-Shabab, awal pagi tadi.
AWANI Ringkas: Mangsa di empat negeri meningkat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penduduk Kuala Perlis berpesta sambut fenomena air pasang besar
Lebih 2,000 penduduk di Kuala Perlis seperti berada di dalam taman tema air mengambil kesempatan berpesta.
#AWANIRingkas 19 Oktober 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 19 Oktober 2024
1️⃣ Perkembangan banjir di Semenanjung
2️⃣ Pasca Belanjawan 2025
3️⃣ Siapa pengganti Yahya Sinwar?
#awaniringkas
1️⃣ Perkembangan banjir di Semenanjung
2️⃣ Pasca Belanjawan 2025
3️⃣ Siapa pengganti Yahya Sinwar?
#awaniringkas
Rakyat jelata: Penerima manfaat sebenar Belanjawan 2025
Belanjawan 2025 yang dibentangkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim sama sekali tidak menampakkan sebarang projek besar serta yang berprofil tinggi.
Terbuka Denmark: Harapan tunggal Malaysia, Pearly-Thinaah tersungkur di suku akhir
Semangat juang yang dipamerkan gandingan wanita ranking ketujuh itu harus diberi pujian susulan tidak berputus asa memberikan aksi terbaik.
Presiden Iran berkabung kematian Yahya Sinwar
Berita kematian Yahya Sinwar "sama-sama menyakitkan dan memilukan bagi pencinta kebebasan di seluruh dunia, terutama rakyat Palestin yang berani.
AWANI Pagi: Hari Statistik Negara 2024, nadi kehidupan Malaysia
Saksikan perbincangan menarik di #AWANIPagi sempena Sambutan Hari Statistik Negara 2024 dengan tema "Nadi Kehidupan Malaysia". Sertai YBrs. Puan Nazaria binti Baharudin, Timbalan Ketua Perangkawan Malaysia, yang akan mengupas kepentingan data statistik dalam membentuk masa depan negara dan kesejahteraan rakyat. Dari bancian terkini hingga ramalan perkembangan, ketahui bagaimana statistik menjadi nadi penting dalam pembangunan negara.
Pemimpin dari luar Gaza mungkin dinamakan pengganti Yahya Sinwar - Hamas
Hamas mesti pertimbang bukan sahaja keutamaan penyokong utamanya - Iran - tetapi juga kepentingan negara Qatar.
Mangsa banjir di Perak, Perlis, Pahang & Kedah meningkat
Jumlah mangsa banjir meningkat di Perak, Perlis, dan Selangor akibat cuaca tidak menentu, manakala situasi di dan Pahang menunjukkan tanda-tanda pemulihan.
Penduduk Kuala Perlis berpesta sambut fenomena air pasang besar
Lebih 2,000 penduduk di Kuala Perlis seperti berada di dalam taman tema air mengambil kesempatan berpesta.
Belanjawan 2025: RM750 juta kepada PBT, JPS, NADMA untuk persiapan banjir
Anwar berkata pengurusan bencana negara terus ditambah baik di samping menyegerakan pelaksanaan projek tebatan banjir melibatkan kerjasama semua kontraktor.
Air pasang besar: 20 mangsa banjir berpindah ke PPS
Kesemua mangsa termasuk dua warga emas dan seorang kanak-kanak ditempatkan di PPS Institut Kemahiran Bina Negara (IKBN) Kuala Perlis.
Banjir di beberapa negeri belum reda
Setakat jam 6 pagi Jumaat, 4,093 mangsa masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS).
Banjir: Elak pertindihan bantuan, NGO disaran hubungi PKOB
Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata perkara itu perlu dilakukan bagi mengelakkan sebarang pertindihan ketika memberikan bantuan.
Kemungkinan banjir: MB Perak arah semua pihak berkaitan siap siaga
Kerajaan Negeri Perak mengarahkan semua pihak berkaitan supaya meningkatkan kesiapsiagaan menghadapi kemungkinan bencana banjir.
Tiada haiwan di Zoo Negara terjejas akibat banjir
Tiada haiwan di Zoo Negara terjejas banjir akibat hujan lebat pada Selasa lepas.
Banjir di beberapa negeri bertambah baik pagi ini
Di Perak, NADMA memaklumkan jumlah mangsa yang berlindung di 11 PPS meningkat kepada 1,286 orang pagi ini berbanding 1,191 orang malam tadi.
Air pasang besar: 114 kawasan di Kedah berisiko banjir
'Hotspot' terbanyak iaitu di Baling yang mempunyai sebanyak 46 kawasan diikuti 14 di Langkawi, 12 di Bandar Baharu dan 10 di Kuala Muda.
Air pasang besar: Kampung Besar dilanda banjir kilat
Kejadian banjir adalah disebabkan air pasang besar di sungai utama iaitu Sungai Kerian yang berhampiran kawasan penduduk berkenaan.