Pilihan keempat kejohanan, Rin Iwanaga-Kie Nakanishi, menggagalkan hasrat wakil negara tersebut dalam pertembungan straight set 22-20, 21-19 dalam tempoh 57 minit dalam Kejohanan Badminton Terbuka Denmark di Odense.
Meskipun mengekori rapat kedudukan mata serta hampir melakukan kebangkitan di set kedua, semangat juang yang dipamerkan gandingan wanita ranking ketujuh itu harus diberi pujian susulan tidak berputus asa memberikan aksi terbaik.
Pertemuan kelima itu menyaksikan pihak lawan berjaya meraih kemenangan sulung mereka keatas Pearly-Thinaah selepas empat kekalahan dalam kejohanan sebelum ini. - Stadium Astro