BEREGU lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Denmark apabila mengatasi saingan sengit rakan senegara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun, di Odense awal pagi tadi.

Turun selaku pilihan keempat, Aaron dan Wooi Yik dikejutkan dengan aksi tangkas Wei Chong-Kai Wun, yang mendominasi awal set pertama sebelum menyekat kebangkitan lawan untuk menang 23-21.

Bagaimanapun, bekas juara dunia itu tenang menguasai set kedua dan walaupun Wei Chong-Kai Wun berhasil menyamakan kedudukan 15-15 mereka terpaksa akur perlawanan diheret ke set penentuan apabila tewas 17-21.

Penguasaan penuh dipamerkan Aaron dan Wooi Yik dalam set ketiga sebelum menamatkan pertarungan selama hampir sejam itu dengan kemenangan 21-16.

Mereka seterusnya akan berdepan beregu China, Chen Bo Yang-Liu Yi, begi penentuan ke separuh akhir hari ini. - Stadium Astro