SHAH ALAM: Lembaga Zakat Selangor (LZS) akan menyalurkan sumbangan RM600 kepada ketua keluarga fakir dan miskin termasuk bukan asnaf yang terjejas dengan bencana banjir di Selangor melibatkan peruntukan zakat sebanyak RM1 juta.
Ketua Pegawai Eksekutif LZS Saipolyazan M Yusop berkata pada masa ini, pihaknya sedang mengumpul maklumat ketua keluarga dengan kerjasama Jawatankuasa Bencana Daerah bagi menyelaraskan penyaluran bantuan seterusnya meringankan beban mangsa terlibat.
Beliau berkata, sebanyak RM250,000 diperuntukkan bagi sumbangan makanan kering dan barangan keperluan asas di pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah-daerah yang menempatkan mangsa banjir.
Menurutnya bagi memudahkan dan mempercepat bantuan tambahan kepada mangsa banjir, sebanyak RM90,000 diperuntukkan untuk Tabung Kecemasan Banjir LZS dan bantuan tersebut akan ditambah berdasarkan keperluan semasa.
"LZS menyediakan 5,000 pek makanan bermasak sehari yang akan diagih kepada semua PPS di bawah koordinasi pejabat daerah dan bantuan tersebut akan diteruskan untuk tempoh lima hari. Semalam, 5,000 pek pertama telah dihantar ke Pejabat Daerah Klang yang kemudiannya diagih ke PPS terlibat," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Saipolyazan berkata inisiatif pemberian sumbangan itu sejajar dengan titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah semalam supaya LZS terus menghulurkan bantuan ke PPS dan mengenal pasti situasi rakyat yang kritikal.
Selain itu, beliau memaklumkan, LZS akan menyalurkan beberapa bentuk bantuan pasca banjir bagi membantu mangsa terutama dalam kalangan asnaf fakir dan miskin serta institusi.
"Bagi asnaf fakir dan miskin yang mengalami kerosakan rumah, mereka boleh menyalurkan maklumat kepada penolong amil kariah agar bantuan baik pulih dapat disalurkan mengikut keperluan bergantung kepada syarat dan kelayakan.
"LZS dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan menyalurkan bantuan baik pulih seperti karpet, peralatan sistem audio dan sebagainya kepada masjid dan surau yang mengalami kerosakan sewaktu banjir," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 20 2021

Wakil LZS dalam penyerahan sumbangan barangan oleh Zakat Selangor kepada mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara PPS Kg Sekolah, Selisik Hulu Selangor. - Facebook Lembaga Zakat Selangor

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

LZS kutip zakat berjumlah RM844 juta tahun ini
Lembaga Zakat Selangor (LZS) merekodkan kutipan zakat berjumlah RM844 juta membabitkan 322,000 pembayar zakat termasuk individu dan syarikat korporat sepanjang tahun ini.

Jenazah bayi beku: Ibu bapa disaran tampil ke Lembaga Zakat Selangor
Pasangan suami isteri yang tular berhubung dakwaan jenazah bayi mereka disimpan dalam peti mayat di Klang, baru-baru ini disaran tampil ke Lembaga Zakat Selangor (LZS) untuk proses bantuan.

LZS perkenal inisiatif Radiuz, tarik masyarakat bayar zakat
Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini melancarkan Rakan Affiliate Dakwah Kutipan Zakat (Radiuz) sebagai inisiatif menggalakkan dan menarik lebih ramai anggota masyarakat untuk membayar zakat.

LZS peruntuk RM31.9 juta bantuan Ramadan dan Syawal
Lembaga Zakat Selangor (LZS) memperuntukkan RM31.9 juta bantuan Ramadan dan Syawal untuk diagihkan kepada 68,311 asnaf fakir, miskin dan mualaf.

LZS peruntuk RM33.4 juta bantuan persekolahan pelajar asnaf, miskin dan mualaf tahun ini
Sebanyak RM33.4 juta diperuntukkan bagi membiayai yuran dan bantuan kelengkapan peralatan persekolahan tahun ini, kepada 34,116 ketua keluarga asnaf fakir dan miskin serta mualaf.

MAIS sasar kutipan zakat di Selangor sebanyak RM1.35 bilion pada tahun ini
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyasarkan kutipan zakat sebanyak RM1.35 bilion tahun ini berdasarkan kemampuan dan pencapaian yang dilakukan Lembaga Zakat Selangor (LZS) pada tahun lepas.

LZS sedia beri kerjasama siasatan pecah amanah kutipan zakat
Lembaga Zakat Selangor bersedia memberi kerjasama penuh terhadap siasatan berhubung kes jenayah pecah amanah berkait kutipan zakat.

Aeril Zafrel, Wawa Zainal bayar zakat perniagaan lebih RM1 juta
Aeril Zafrel dan Wawa Zainal membayar zakat perniagaan RM1.15 juta kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS).

“Mak paling banyak nasihat, ingatkan saya tentang zakat” - Siti Nurhaliza
"Kalau mahu harta kita bersih daripada perkara-perkara yang tidak diingini, kita kena selalu ingat untuk berzakat."

Asnaf Selangor diminta kemas kini maklumat penyambungan sewa rumah - LZS
Penerima bantuan sewa rumah Lembaga Zakat Selangor (LZS) diminta supaya segera mengemas kini maklumat penyewaan secara dalam talian.