Hujan lebat di Kuala Lumpur untuk beberapa jam pada petang menyebabkan berlakunya banjir kilat di Taman Maluri dekat Cheras, petang Isnin.

Ramai warga kota yang terkandas ekoran kenaikan air di kawasan itu sempat memuatnaik Titter bergambar tentang keadaan semasa.

Banjir kilat yang terjadi telah menyebabkan kesesakan lalu lintas teruk di kawasan tersebut sehingga ada yang terpaksa membuat pusingan-U untuk mengelakkan daripada terperangkap di dalam kesesakan.

Selain itu, berdasarkan gambar Tweet yang dihantar, air turut dilihat memasuki ruangan parkir kereta.

Berikut merupakan antara gambar dan Tweet yang dikongsi oleh warga Twitter: