KAMPAR: Seramai 84 orang dari 15 keluarga di Kampung Sahom dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) apabila rumah mereka dilanda banjir sejak petang Rabu.
PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Sahom itu dibuka pada jam 9 malam.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, mangsa terdiri daripada 47 lelaki dan 37 perempuan.
Terdahulu, Astro AWANI melaporkan hujan lebat pada sebelah petang menyebabkan penduduk Kampung Sahom, terpaksa dipindahkan ke tempat lebih selamat.
Berdasarkan laporan awal, banjir menyebabkan hampir 10 buah rumah di kampung berkenaan terjejas selepas paras air Sungai Rias naik mendadak.
Pihak JBPM Perak menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 6.24 petang.
Menurut jurucakap itu lagi, semasa waktu puncak kejadian, paras air sungai dilaporkan meningkat setinggi tujuh meter.
Abd Razak Mohd Ali
Wed Jan 11 2023
Seramai 84 orang dari 15 keluarga di Kampung Sahom dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) apabila rumah mereka dilanda banjir sejak petang Rabu. - Foto JBPM
Da’i Syed bertekad bersihkan nama di mahkamah
Pendakwah selebriti Da’i Syed bertekad membersihkan namanya selepas didapati bersalah merogol seorang wanita pada 2019.
Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful, 29 tahun, menegaskan bahawa perjuangan ini demi keluarganya, selain tidak mahu anak perempuannya membesar dalam suasana negatif akibat kecaman netizen.
Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful, 29 tahun, menegaskan bahawa perjuangan ini demi keluarganya, selain tidak mahu anak perempuannya membesar dalam suasana negatif akibat kecaman netizen.
Pengambilan tanah, pengalihan utiliti punca projek tebatan banjir lewat
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof memaklumkan, proses pengambilan tanah yang memakan masa terlalu lama menjadi antara punca utama berlakunya kelewatan projek rancangan tebatan banjir (RTB) khususnya di Pantai Timur.
Dua lagi kes virus mpox berpotensi bawa maut dikesan di UK
Dua lagi kes strain virus mpox yang berpotensi membawa maut dikesan dalam kalangan kontak rapat kes pertama, menurut Agensi Keselamatan Kesihatan UK (UKHSA).
Subsidi RON95: Kerajaan masih pertimbang kriteria golongan T15
Kerajaan masih mempertimbangkan kriteria golongan T15 untuk menentukan kelayakan kumpulan tersebut mendapat subsidi petrol RON95 atau sebaliknya.
Ribut Kristine: Terima kasih Malaysia - Presiden Filipina
Presiden Filipinan dalam panggilan telefonnya dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan atas bantuan yang diberikan untuk membantu mangsa ribut Kristine yang melanda negara tersebut.
Malaysia sasar tingkat kerjasama serantau
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia juga akan menerima prinsip masa depan bersama yang dipromosikan oleh China untuk menganjurkan Sidang Kemuncak ASEAN.
Malaysia komited majukan hubungan ekonomi
Perdana Menteri menegaskan, prinsip "Masa Depan Bersama" yang dipromosikan oleh China dan diterima baik oleh banyak negara termasuk Asia dan Selatan Global, antara sebab utama Malaysia bersetuju untuk menyertai BRICS.
Kes rogol: Pendakwaan fail rayuan hukuman terhadap Da'i Syed
Pihak pendakwaan memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi berhubung hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan yang dikenakan terhadap pendakwah selebriti, Da'i Syed atas satu pertuduhan merogol.
Taufan Kristine: Presiden Marcos hargai sokongan Malaysia
Presiden Filipina, Ferdinand Romualdez Marcos Jr., menyampaikan penghargaan kepada Malaysia atas bantuan penting yang diberikan semasa operasi bantuan selepas Taufan Kristine yang dahsyat.
Raja Permaisuri Agong tiba di Labuan untuk lawatan rasmi
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berangkat tiba bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari ke Labuan hari ini.
Pasaran getah ditutup tinggi susulan kebimbangan bekalan getah asli terhad
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Isnin disokong oleh kebimbangan bekalan getah asli yang terhad disebabkan ramalan cuaca buruk di negara pengeluar utama, kata seorang peniaga.
Air pasang besar: 30 rumah di Tanjong Karang terjejas
Kira-kira 30 rumah di Kampung Haji Razali, Tanjong Karang di Kuala Selangor terjejas berikutan limpahan air Sungai Tengi, susulan fenomena air laut pasang besar pagi tadi.
Orang ramai dinasihatkan peka perubahan cuaca - APM
Orang ramai dinasihatkan supaya lebih peka dengan perubahan cuaca yang menyebabkan banjir kilat di beberapa kawasan khususnya Kuala Lumpur selain banjir di beberapa negeri di seluruh negara.
Kawasan pesisir pantai Sabak Bernam dilimpahi air pasang besar
Beberapa kawasan pesisir pantai, halaman rumah penduduk dan jalan di daerah Sabak Bernam dilimpahi air laut berikutan fenomena air pasang besar pada pagi Khamis.
Beberapa jalan di ibu kota dinaiki air susulan hujan lebat malam ini
Hujan lebat sejak 7.30 malam ini di ibu kota telah menyebabkan beberapa jalan utama dinaiki air.
DBKL pantau banjir kilat menerusi bilik gerakan 24 jam - Dr Zaliha
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengaktifkan bilik gerakan bagi memantau sebarang kejadian terutamanya banjir, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.
Garis badai bawa ribut petir, hujan lebat punca banjir di KL - MetMalaysia
Banjir kilat di sekitar ibu negara pagi ini berpunca daripada pergerakan garis badai yang membawa bersama ribut petir dan hujan lebat.
Terowong SMART kembali beroperasi selepas penutupan akibat hujan lebat
Beberapa jalan di Kuala Lumpur dinaiki air susulan hujan lebat berterusan yang bermula sejak kira-kira 9 pagi tadi.
Beberapa sungai di Lembah Klang cecah paras bahaya
Bacaan paras air di stesen Batu 12 dalam daerah Hulu Langat adalah 43.16 meter (m) iaitu kategori bahaya, berbanding bacaan normal 39.4m.
21 murid Tabika Kemas terperangkap banjir kilat di Ampang diselamatkan
Tindakan pantas pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berjaya menyelamatkan 21 murid dalam kejadian banjir di Jalan Hulu Klang, Batu 8, berhampiran Klang Gate pada Selasa.