PASIR MAS: Operasi perniagaan di Zon Bebas Cukai Rantau Panjang ditutup sepenuhnya, berikutan keseluruhan pekan itu dinaiki air sedalam 0.3 sehingga 0.5 meter berikutan hujan lebat berterusan dan limpahan air Sungai Golok, sejak semalam.
Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan Anwar Abu Bakar berkata pihaknya terus membuat pemantauan dan tinjauan secara berkala, bagi memastikan keselamatan penduduk di pekan Rantau Panjang.
"Jika hujan berterusan, paras air di pekan Rantau Panjang dijangka lebih tinggi, namun kita harapkan agar cuaca kembali baik dan bah reda dengan cepat.
"Mengikut laporan yang diterima, ketiga-tiga pintu masuk utama ke pekan digenangi air sejak malam tadi dan hanya kenderaan berat sahaja yang boleh melalui jalan tersebut," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyertai misi menyelamat mangsa banjir, di sini hari ini.
Ikuti semua perkembangan mengenai banjir DI SINI!
Anwar berkata setakat ini sebahagian besar mangsa banjir di kawasan kritikal sudah selamat dipindahkan ke tempat yang lebih selamat dan pusat pemindahan sementara yang berhampiran mereka.
"Kerjasama dengan agensi keselamatan lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) turut melancarkan operasi banjir kali," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 19 2022

Keseluruhan pekan Rantau Panjang dinaiki air berikutan hujan lebat berterusan dan limpahan air Sungai Golok. - Gambar fail/ Bernama

Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin beroperasi semula di Hospital Al-Quds
Hospital itu akan mula menerima pesakit yang cedera, sakit serta pelawat mulai Jumaat depan pada 9 pagi, walaupun mengalami kerosakan.

Ribuan rakyat Israel berhimpun, protes tindakan Netanyahu kembali serang Gaza
Pengkritik menuduh Netanyahu mengutamakan kelangsungan politiknya dan memperkukuh kerajaan sayap kanannya berbanding kepentingan negara.

Ribuan rakyat Israel berhimpun, protes tindakan Netanyahu kembali serang Gaza
Pengkritik menuduh Netanyahu mengutamakan kelangsungan politiknya dan memperkukuh kerajaan sayap kanannya berbanding kepentingan negara.

Israel bunuh 60 rakyat Palestin dalam tempoh 24 jam
Serangan Israel di Gaza disifatkan 'melebihi apa yang mampu ditanggung rakyat Palestin.'

Sultan Selangor berbuka puasa bersama warga UPM
Sultan Sharafuddin berkenan menghadiri majlis berbuka puasa dan solat tarawih bersama kira-kira 1,000 warga UPM dan komuniti sekitar di Masjid UPM.

Indonesia sediakan 404 pesawat mudahkan perjalanan pulang Aidilfitri 2025
Jumlah penumpang penerbangan semasa musim perayaan Aidilfitri tahun ini dijangka meningkat 12 peratus kepada 6,186,298, berbanding 5,529,659 tahun lepas.

Pembuat filem Hollywood didakwa tipu Netflix US$11 juta
Pendakwa raya persekutuan di New York menuduh Rinsch menyalahgunakan dana yang diperuntukkan untuk siri fiksyen sains.

AADK perkenal DAC untuk pemulihan lebih holistik
DAC, sebelum ini dikenali sebagai Pusat Tahanan Reman atau lokap, kini melalui transformasi selari dengan pindaan akta.

Alam Flora galak pengunjung bazar bawa beg guna semula demi kelestarian alam
Alam Flora Sdn Bhd, anak syarikat Malakoff Corporation Bhd, menyeru orang ramai agar membawa beg guna semula dan bekas makanan sendiri ke bazar Ramadan untuk mengurangkan pembuangan sampah.

Parlimen Serbia sahkan peletakan jawatan PM Vucevic
Dengan pengesahan peletakan jawatan itu, tempoh 30 hari bermula untuk pembentukan kerajaan baharu.

Lebih 1,000 pegawai, anggota polis terjejas banjir di Kelantan - Ayob Khan
Lebih 1,000 pegawai dan anggota polis daripada 469 keluarga di Kelantan terjejas akibat banjir, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Banjir Kelantan: Usahawan tempatan, pempengaruh media sosial termasuk Khairul Aming turun padang
Khairul Aming memaklumkan sebaik tiba di Kelantan semalam, dalam tempoh dua jam beliau berjaya kumpul bantuan untuk 2,000 mangsa banjir di Pasir Mas.

Banjir memburuk, kini sembilan negeri terjejas, mangsa meningkat lebih 85,000
Situasi banjir di negara ini semakin memburuk dengan tiga lagi negeri dilaporkan mula terjejas iaitu Negeri Sembilan, Melaka dan Johor, menjadikan keseluruhan sembilan negeri terkesan.

Mangsa banjir di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis meningkat
Dua negeri di Pantai Timur, Terengganu dan Kelantan mencatatkan peningkatan mendadak mangsa banjir pada petang ini, berbanding yang direkodkan pada pagi tadi.

Banjir Kelantan: 'Jika perlu apa-apa, terus maklumkan kami' - Zahid pesan kepada Nasuruddin
Ahmad Zahid menghubungi Mohd Nasuruddin untuk bertanya mengenai perkembangan keadaan banjir di Kelantan.

Balai Bomba Rantau Panjang tetap beroperasi walaupun dilanda banjir
Operasi di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rantau Panjang di sini berjalan seperti biasa walaupun premis itu dinaiki banjir sedalam 0.6 meter sejak awal pagi Khamis.

Banjir: Lima pos statik PGA di sempadan Malaysia-Thailand, Sungai Golok ditutup
Lima daripada 13 pos statik Pasukan Gerakan Am (PGA) dalam penugasan Op Taring Wawasan di sempadan Malaysia-Thailand, Sungai Golok telah ditutup akibat terjejas banjir.

TNB tutup 14 lagi pencawang elektrik di Kelantan
Sebanyak 14 lagi pencawang elektrik dihentikan bekalannya bermula 1 pagi tadi ekoran keadaan banjir yang semakin membimbangkan di sekitar Kota Bharu, Pasir Mas, Bachok dan Kuala Krai.

Paras air Sungai Kelantan semakin naik, berisiko melimpah ke pusat bandar Kota Bharu
Paras air Sungai Kelantan di Tambatan D'Raja di sini semakin meningkat susulan hujan lebat berterusan sejak beberapa hari lepas.

Banjir kilat: Penduduk mahu tindakan segera
Penduduk Kampung Permatang Sungkai, Pasir Puteh menggesa pihak berwajib mengambil tindakan segera bagi menangani masalah banjir kilat yang kerap melanda kampung itu bermula awal tahun ini.