KOTA BHARU: Semua penduduk di sekitar Pasir Mas dan Tumpat perlu berwaspada susulan sebahagian benteng membabitkan projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok di Kampung Tersang pecah susulan arus deras akibat banjir.
Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan, Kamal Mustapha berkata susulan daripada kejadian itu, banjir yang lebih teruk dijangka berlaku di sekitar kawasan terbabit.
"Benteng berkenaan dibina pada 2018 dengan panjang hampir 20 kilometer di kawasan berkenaan dan pernah dibaik pulih sebelum ini kerana retak akibat banjir juga.
"Pihak kami telah menerima laporan itu pada jam 5 petang tadi (semalam) dan pihak kami tidak dapat membaik pulih lagi kerana arus deras dan jalan perhubungan telah putus," katanya ketika dihubungi Bernama malam tadi.
Kamal berharap penduduk yang berada di kawasan sekitar bersedia untuk berpindah bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku.
Terdahulu, tular rakaman video berdurasi 25 saat menyaksikan benteng di Kampung Tersang, Pasir Mas pecah dan kelihatan arus deras mula memasuki ke kawasan sekitar penduduk.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 20 2022
![Banjir Kelantan: Benteng PLSB pecah, penduduk Pasir Mas, Tumpat diminta berwaspada Banjir Kelantan: Benteng PLSB pecah, penduduk Pasir Mas, Tumpat diminta berwaspada](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/61671556728_TBBANPECAH.jpg)
Terdahulu, tular rakaman video berdurasi 25 saat menyaksikan benteng di Kampung Tersang, Pasir Mas pecah dan kelihatan arus deras mula memasuki ke kawasan sekitar penduduk. - Gambar/ Media sosial
![Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81646741163_DatukWilliamNg.jpg)
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
![Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030 Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694910732_DatukArthurJoseph.jpg)
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
![Penduduk Kuala Krai siap sedia hadapi banjir gelombang keempat Penduduk Kuala Krai siap sedia hadapi banjir gelombang keempat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41706075431_TBBANJIRKTAN.jpg)
Penduduk Kuala Krai siap sedia hadapi banjir gelombang keempat
Hujan berterusan sejak dua hari lepas menyebabkan rata-rata penduduk yang menetap di kawasan rendah di Kuala Krai siap sedia hadapi banjir lagi.
![Jalan Dabong-Jeli mula dibuka satu lorong - JKR Jalan Dabong-Jeli mula dibuka satu lorong - JKR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71704869992_TBJalanDabongjp.jpg)
Jalan Dabong-Jeli mula dibuka satu lorong - JKR
Laluan di Seksyen 73.85, Jalan Dabong - Jeli (FT066) yang terputus akibat kegagalan pembetung, dibuka secara satu lorong untuk semua jenis kenderaan ringan sahaja (maksimum hingga 20 tan) semalam.
![Kos tambahan RM3.75 juta untuk selenggara Jalan Gua Musang-Kuala Krai Kos tambahan RM3.75 juta untuk selenggara Jalan Gua Musang-Kuala Krai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71704175415_TBJalanGuaMusang.jpg)
Kos tambahan RM3.75 juta untuk selenggara Jalan Gua Musang-Kuala Krai
Kos tambahan sebanyak RM3.75 juta diperlukan bagi penyelenggaraan empat lokasi yang dikenal pasti antaranya disebabkan berlubang dan rosak di sepanjang Jalan Gua Musang-Kuala Krai (FT08).
![Pejabat daerah mesti ‘buta warna’ agih bantuan banjir - Zahid Pejabat daerah mesti ‘buta warna’ agih bantuan banjir - Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81704171641_TBzahidhamidi.jpg)
Pejabat daerah mesti ‘buta warna’ agih bantuan banjir - Zahid
Timbalan Perdana Menteri mengingatkan pihak berkuasa tempatan (PBT) agar mengetepikan sentimen politik ketika mengagihkan bantuan banjir kepada rakyat.
![7 pusat peperiksaan bakal terjejas jika banjir gelombang keempat 7 pusat peperiksaan bakal terjejas jika banjir gelombang keempat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51704166940_TBpusatpeperiksaa.jpg)
7 pusat peperiksaan bakal terjejas jika banjir gelombang keempat
JPN Kelantan memaklumkan tujuh pusat peperiksaan bakal terjejas jika banjir gelombang keempat berlaku di negeri ini.
![Lubang benam: Laluan KM73.850 Jalan Kampung Sungai Sam-Jeli ditutup Lubang benam: Laluan KM73.850 Jalan Kampung Sungai Sam-Jeli ditutup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71704104603_LubangbenamSamJe.jpg)
Lubang benam: Laluan KM73.850 Jalan Kampung Sungai Sam-Jeli ditutup
Laluan KM 73.850 Jalan Kampung Sungai Sam-Jeli (FT 066) berhampiran Kampung Kubur Datu di Jeli ditutup kepada semua kenderaan akibat lubang benam (sinkhole).
![Kos pembinaan jalan sementara di Kampung Lata Janggut Seberang RM60,000 Kos pembinaan jalan sementara di Kampung Lata Janggut Seberang RM60,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71704096810_TBNANTATERPUTUS.jpg)
Kos pembinaan jalan sementara di Kampung Lata Janggut Seberang RM60,000
JKR menganggarkan kerja-kerja pembinaan jalan sementara di Kampung Lata Janggut Seberang di sini, akan menelan kos sebanyak RM60,000.
![Banjir: 'Culvert 10' jadi tumpuan pemburu ikan sungai Banjir: 'Culvert 10' jadi tumpuan pemburu ikan sungai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61704093751_TBmenjala.jpg)
Banjir: 'Culvert 10' jadi tumpuan pemburu ikan sungai
Paras air Sungai Lachang yang mulai surut selepas banjir gelombang ketiga memberi rezeki kepada penggemar ikan sungai di sekitar Rantau Panjang.
![Banjir: 1,122 mangsa berlindung di 13 PPS di 3 negeri Banjir: 1,122 mangsa berlindung di 13 PPS di 3 negeri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81704089389_MCIO.jpg)
Banjir: 1,122 mangsa berlindung di 13 PPS di 3 negeri
Jumlah mangsa banjir di tiga negeri terus mencatatkan penurunan kepada 1,122 orang di 13 pusat pemindahan sementara (PPS) tengah hari ini, berbanding 1,483 orang di 15 PPS pagi tadi.
![NGO guna MRV buatan sendiri bantu mangsa banjir NGO guna MRV buatan sendiri bantu mangsa banjir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71704088523_BanjirPasirMas.jpg)
NGO guna MRV buatan sendiri bantu mangsa banjir
Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) menampilkan kelainan dengan menggunakan Multipurpose Rescue Vehicle (MRV) buatan sendiri bernilai RM1.6 juta untuk misi banjir.