SHAH ALAM: “Jika jiran sebelah tidak pergi cari bot sendiri, barangkali kami akan terus terperangkap sampai banjir surut.”
Itu luahan Ajit Singh, 54, antara ribuan penduduk Taman Sri Muda, dalam bencana banjir yang mereka sifatkan terburuk dalam tempoh 20 tahun.
Menceritakan kembali detik hitam pada 18 Disember itu, Ajit berkata, mereka sekeluarga langsung tidak menjangkakan paras air boleh naik sehingga mencecah tingkat dua rumah mereka.
“Ketika air mula naik, kami jangka ia mungkin setinggi paras pinggang. Itu yang terjadi sewaktu taman ini dilanda banjir sekitar 90an. Tetapi kali ini luar biasa.
“Kami terperangkap di tingkat atas sehingga tiga hari, sebelum akhirnya jiran sebelah mengambil keputusan untuk pergi meredah banjir, dapatkan bot sendiri,” katanya ketika ditemui Astro AWANI, hari ini.
Ajit ketika sedang giat membersihkan rumah berkata, dirinya, isteri serta empat orang anak mereka akhirnya berjaya menyelamatkan diri pada pukul 2 pagi, 21 Disember, hasil inisiatif jirannya.
Tinjauan Astro AWANI di sekitar Taman Sri Muda, mendapati keadaan di sini amat menyedihkan, dengan deretan kenderaan pelbagai jenis yang tersadai, serta sampah-sarap tinggalan banjir yang terpaksa dikumpulkan sendiri oleh penduduk setempat.
Untuk rekod, korban akibat banjir di Selangor mencecah 25 orang, dengan Taman Sri Muda, Shah Alam mencatatkan jumlah kematian paling tinggi.
Dalam pada itu Ajit berkata, dia berharap agar pihak kerajaan, sama ada negeri atau persekutuan, dapat mengambil kira kepayahan mereka untuk membuat penggantian dokumen yang rosak, atau membuat tuntutan pampasan.
“Saya diberitahu, kalau nak buat tuntutan, kena pergi ke Pejabat Daerah di Klang. Apa salahnya kalau mereka (agensi) buat kaunter bergerak?
“Saya rasa kalaulah polis turun sini buat balai polis bergerak lebih menyenangkan kami untuk membuat laporan. Sudahlah kami tak boleh tinggal di sini kerana keadaan yang kotor, nak kena ulang-alik sampai ke Klang pula,” luahya lagi.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Jumlah mangsa banjir di dua negeri turun, tiga negeri kekal
Dalam pada itu, kontraktor elektrik M Aru ketika ditemui Astro AWANI berkata, dia turun ke Taman Sri Muda untuk menawarkan khidmat pembaikan elektrik bagi rumah yang terjejas.
“Bila keadaan sudah mula okey, saya rasa saya kena turun tawarkan bantuan apa yang boleh. Sebab tu saya turun jumpa penduduk mana yang memerlukan bantuan untuk pendawaian.
“Setakat ini saya sasarkan sepuluh rumah untuk saya tolong. Satu rumah dalam RM1,000… jadi saya nak cuba cari sepuluh rumah dahulu,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Wed Dec 29 2021
Menceritakan kembali detik hitam pada 18 Disember itu, Ajit berkata, mereka sekeluarga langsung tidak menjangkakan paras air boleh naik sehingga mencecah tingkat dua rumah mereka. - Astro AWANI
PM Perancis Francois Bayrou terselamat undi tidak percaya
Ahli Parlimen Perancis pada Khamis mengundi menolak usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Perancis Francois Bayrou, lapor Xinhua.
Hala tuju kerajaan adalah penggunaan bas EV - Anthony Loke
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke memaklumkan bahawa 310 bas diesel ini merupakan batch terakhir sebelum mendapat 250 buah bas EV yang kini sedang dalam proses tender.
#AWANInews
#AWANInews
Ejen insurans kerugian lebih RM600,000 terperdaya pelaburan tidak wujud di FB
Seorang ejen insurans mengalami kerugian RM666,546 selepas terperdaya dengan tawaran skim pelaburan tidak wujud.
300 van baru akan mula beroperasi pada Mac - Anthony Loke
Tahun ini, Prasarana melalui Rapid Bus akan memperkenalkan sehingga 300 buah van baru di kawasan Lembah Kelang berdekatan stesen-stesen pengangkutan awam bagi menyelesaikan masalah "first mile and last mile", kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke. Tambah beliau, selepas beberapa bulan beroperasi dengan 20 van, ramai yang suka dengan perkhidmatan ini.
#AWANInews
#AWANInews
Umat Islam diseru terus hulur bantuan kepada rakyat Palestin - Mohd Na'im
Mohd Na'im menyeru umat Islam terus menghulurkan bantuan kepada Palestin sebagai tanda kesatuan hati dan jiwa menyokong rakyatnya.
Ubur-ubur api terdampar di Terengganu bukan dari perairan tempatan
Ubur-ubur api atau Portuguese Man of War yang terdampar di Terengganu mempunyai sengatan berbisa dan boleh mendatangkan kesan kecederaan teruk serta berbahaya.
Pantau Belanjawan: ASEAN 2025: Malaysia sebagai peneraju tenaga bersih serantau
Dalam menghadapi ketidaktentuan geopolitik global, Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 berpeluang memainkan peranan penting dalam mempercepatkan peralihan kepada tenaga bersih di rantau ini. Perbincangan bersama Pengarah Urusan Gading Kencana, Guntor Tobeng ini akan membedah cabaran, peluang, dan langkah strategik untuk menjadikan Malaysia pemimpin utama dalam sektor tenaga bersih.
AWANI Ringkas: Jenayah | Sungai Kabul Merah Jambu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Hadiah Tahun Baharu Cina, 5 individu bebas kes pencemaran minyak Sungai Gong
Hakim Nor Rajiah Mat Zin memutuskan demikian selepas pihak pendakwaan gagal menimbulkan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.
107 anak-anak bekas anggota GISBH tidak dituntut
Nancy berkata, seramai 448 kanak-kanak sudah diserahkan kepada keluarga mengikut Seksyen 30(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Pahang, Sabah dilanda banjir pagi ini
Pahang dan Sabah dilanda banjir pagi ini dengan masing-masing satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah Raub dan Kota Marudu.
Banjir di Johor beransur pulih, Pahang tidak catat perubahan ketara, Perak kekal
Di Johor, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 1,860 orang setakat 4 petang ini berbanding 2,498 orang yang direkodkan pagi tadi.
Mangsa banjir di Pahang meningkat, Johor berkurang, Perak dan Sarawak kekal
Pahang merekodkan peningkatan mangsa susulan air pasang dan angin kencang di Rompin pagi ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 13 Januari 2025.
Lelaki hilang selepas dibawa arus semasa berenang menyeberang sungai
Seorang lelaki berusia 25 tahun dikhuatiri lemas apabila hilang semasa berenang untuk menyeberangi sungai berhampiran Rumah Manggin, Nanga Buan, Ngemah, Kanowit hari ini.
Banjir: Orang ramai diingat berwaspada, patuhi arahan pihak berkuasa - Ahmad Zahid
Orang ramai, terutamanya penduduk yang berada di kawasan terjejas banjir diingatkan agar sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa.
Banjir Kanowit: Lelaki dikhuatiri lemas dihanyut arus deras
Mangsa seorang lelaki, dikatakan hendak pulang ke rumah sewanya untuk makan tengah hari dengan berenang, kerana keadaan sungai yang banjir.
Banjir: Jumlah mangsa di Johor menurun, satu PPS dibuka di Sarawak
Jumlah mangsa banjir di Johor menurun pagi ini berbanding malam tadi manakala sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Sarawak, selain situasi di Perak tidak berubah.
Tujuh maut dalam insiden tanah runtuh di Brazil
Keadaan itu sekaligus memaksa pihak berkuasa mengisytiharkan darurat awam selama 180 hari.
Jumlah mangsa banjir di Johor terus meningkat malam ini
Di Johor, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 3,869 orang setakat 8 malam ini berbanding 3,779 orang yang direkodkan petang tadi.