TUMPAT: Jenazah seorang warga emas dari Kampung Kajang Sebidang di sini terpaksa dibawa menggunakan bot hampir dua kilometer dari rumahnya untuk dikebumikan petang tadi, berikutan kawasan penempatan itu dilanda masih dilanda banjir sejak Ahad lepas.
Shahril Mohd Othman,19, berkata datuknya Sulong Ahmad, 88, meninggal dunia akibat sakit tua kira-kira 10 pagi tadi dan jenazah dibawa keluar dari kampung itu pada 2 petang menggunakan bot Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pengkalan Kubor.
Shahril berkata perancangan awal untuk mengebumikan datuknya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kajang Sebidang juga terpaksa ditukar ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Jal Kechik disebabkan kawasan itu digenangi air.
"Kami menghubungi pihak berkuasa sekitar 12 tengah hari tadi untuk meminta bantuan bot bagi membawa keluar jenazah dari kediaman kami menuju ke Kampung Jejulok kerana van jenazah menunggu di sana," katanya kepada pemberita di Kampung Jejulok di sini hari ini.
Jenazah yang tiba kira-kira 3.45 petang itu kemudian turut diusung oleh Ahli Parlimen Tumpat Datuk Che Abdullah Mat Nawi yang kebetulan hadir untuk mengagihkan makanan kepada mangsa banjir di kawasan berkenaan.
Sementara itu, Ketua BBP Pengkalan Kubor Raja Arisansahseni Raja Semail berkata pihaknya menerima panggilan sekitar 12.20 tengah hari tadi daripada ahli keluarga Allahyarham Sulong untuk memohon bantuan bot.
"Pihak kami terpaksa menunggu keputusan ujian calitan COVID-19 terlebih dahulu sebelum menghantar dua anggota dengan sebuah bot bagi membawa jenazah.
"Operasi ini telah menjadi tugas khas kami terutama ketika banjir seperti yang berlaku sekarang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 02 2022

Jenazah dibawa keluar dari kampung itu pada 2 petang menggunakan bot Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pengkalan Kubor. - Gambar/ Bernama
MAVCOM: Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) sekali lagi menegaskan bahawa penumpang syarikat penerbangan mempunyai pilihan untuk mendapatkan kembali bayaran tiket mereka sekiranya penerbangan mereka terlewat lebih lima jam.
Pendigitalan kesihatan: KKM cadang perluas EMR ke 16 hospital, 300 klinik kesihatan tahun ini
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memperluaskan sistem Rekod Perubatan Elektronik (EMR) ke 16 hospital dan 300 klinik kesihatan tahun ini.

Jangan terburu-buru jual tanah di Tanjung Embang - Menteri Sarawak
Harga tanah berhampiran lokasi itu berpotensi melonjak daripada 20 hingga 30 peratus.
Dewan rakyat: isu TVET, projek tembatan banjir, kewangan KWSP tumpuan hari ini
Langkah kerajaan untuk menarik minat golongan muda terhadap Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), projek tebatan banjir dan isu berkaitan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), menjadi antara tumpuan perbincangan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Singapura tangguh hukuman mati warga Malaysia, Pannir Selvam
Mahkamah Singapura pada Rabu membenarkan hukuman mati terhadap banduan warga Malaysia, Pannir Selvam Pranthaman ditangguhkan, hanya beberapa jam sebelum hukuman itu dijadualkan dilaksanakan. #AWANInews
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Lebih 1,000 pegawai, anggota polis terjejas banjir di Kelantan - Ayob Khan
Lebih 1,000 pegawai dan anggota polis daripada 469 keluarga di Kelantan terjejas akibat banjir, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Banjir Kelantan: Usahawan tempatan, pempengaruh media sosial termasuk Khairul Aming turun padang
Khairul Aming memaklumkan sebaik tiba di Kelantan semalam, dalam tempoh dua jam beliau berjaya kumpul bantuan untuk 2,000 mangsa banjir di Pasir Mas.

Banjir memburuk, kini sembilan negeri terjejas, mangsa meningkat lebih 85,000
Situasi banjir di negara ini semakin memburuk dengan tiga lagi negeri dilaporkan mula terjejas iaitu Negeri Sembilan, Melaka dan Johor, menjadikan keseluruhan sembilan negeri terkesan.

Mangsa banjir di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis meningkat
Dua negeri di Pantai Timur, Terengganu dan Kelantan mencatatkan peningkatan mendadak mangsa banjir pada petang ini, berbanding yang direkodkan pada pagi tadi.

Banjir Kelantan: 'Jika perlu apa-apa, terus maklumkan kami' - Zahid pesan kepada Nasuruddin
Ahmad Zahid menghubungi Mohd Nasuruddin untuk bertanya mengenai perkembangan keadaan banjir di Kelantan.

Balai Bomba Rantau Panjang tetap beroperasi walaupun dilanda banjir
Operasi di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rantau Panjang di sini berjalan seperti biasa walaupun premis itu dinaiki banjir sedalam 0.6 meter sejak awal pagi Khamis.

Banjir: Lima pos statik PGA di sempadan Malaysia-Thailand, Sungai Golok ditutup
Lima daripada 13 pos statik Pasukan Gerakan Am (PGA) dalam penugasan Op Taring Wawasan di sempadan Malaysia-Thailand, Sungai Golok telah ditutup akibat terjejas banjir.

TNB tutup 14 lagi pencawang elektrik di Kelantan
Sebanyak 14 lagi pencawang elektrik dihentikan bekalannya bermula 1 pagi tadi ekoran keadaan banjir yang semakin membimbangkan di sekitar Kota Bharu, Pasir Mas, Bachok dan Kuala Krai.

Paras air Sungai Kelantan semakin naik, berisiko melimpah ke pusat bandar Kota Bharu
Paras air Sungai Kelantan di Tambatan D'Raja di sini semakin meningkat susulan hujan lebat berterusan sejak beberapa hari lepas.

Banjir kilat: Penduduk mahu tindakan segera
Penduduk Kampung Permatang Sungkai, Pasir Puteh menggesa pihak berwajib mengambil tindakan segera bagi menangani masalah banjir kilat yang kerap melanda kampung itu bermula awal tahun ini.