ALOR SETAR: Dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Kuala Muda yang menempatkan 42 orang daripada 16 keluarga terjejas banjir susulan fenomena kepala air di Gunung Jerai, Yan ditutup pada 10 pagi ini.
Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah ketika dihubungi berkata, semua penduduk yang ditempatkan di PPS Dewan UMNO Gurun dan Surau Taman Lembah Merbok itu dibenarkan pulang selepas paras air di kediaman masing-masing mulai surut pagi ini.
"PPS Dewan UMNO Gurun yang menempatkan 20 orang daripada enam keluarga dibuka pada 6 petang semalam manakala PPS Surau Taman Lembah Merbok dibuka pada 9 malam tadi dan menempatkan 22 orang daripada 10 keluarga," katanya.
Bagi daerah Yan yang turut terjejas akibat banjir dan fenomena kepala air itu, dua PPS telah dibuka iaitu PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Yan yang menempatkan tiga orang daripada satu keluarga dan PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Teroi dibuka untuk menempatkan mangsa positif COVID-19.
Bagaimanapun, PPS SK Teroi belum menerima kemasukan penduduk yang terjejas setakat ini walaupun terdapat laporan menyatakan mangsa banjir yang terdiri daripada pesakit COVID-19 dan penduduk yang menjalani kuarantin di rumah telah dipindahkan ke PPS itu.
Selain itu, beberapa kawasan kampung di tiga mukim di daerah Bandar Baharu turut terjejas banjir akibat hujan lebat semalam dan menyebabkan penduduk terpaksa dipindahkan.
"Mukim terlibat ialah Selama, Bagan Samak dan Serdang yang melibatkan tiga kampung dilanda banjir akibat hujan lebat selama dua jam serta pergerakan air laju yang menyebabkan benteng sungai pecah di Sungai Kechil Hilir, Sungai Tebuk Kelantan dan Sungai Salleh," katanya.
Jurucakap itu berkata tiga PPS dibuka di daerah itu iaitu SK Sungai Salleh yang menempatkan 25 orang daripada lima keluarga manakala PPS SMK Lubuk Buntar dan PPS Selama masing-masing menempatkan tujuh orang daripada satu keluarga.
Sementara itu, Pengarah Kesihatan Kedah Dr Othman Warijo yang dihubungi mengesahkan tiada mangsa banjir terdiri daripada pesakit COVID-19 dipindahkan ke PPS SK Teroi memandangkan paras air di kediaman penduduk terjejas mulai surut sejak semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 19 2021
![Banjir: Dua PPS di Kuala Muda ditutup selepas paras air surut Banjir: Dua PPS di Kuala Muda ditutup selepas paras air surut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/71629352409_lumpur.jpg)
Seorang penduduk membersihkan rumahnya yang dipenuhi dengan lumpur dan kotoran di Kampung Seberang Pekan Yan hari ini. - Bernama
Mayat juruterbang New Zealand ditembak di Papua ditemukan
Glen Malcolm Conning, 50, seorang juruterbang PT Intan Angkasa Air Service, terbunuh pada Isnin selepas mendarat di Papua bersama dua pekerja kesihatan Indonesia dan dua kanak-kanak, yang semuanya terselamat.
Singapura bentang pindaan tingkatkan keselamatan tenaga
Kementerian Perdagangan dan Perindustrian Singapura telah mengemukakan rang undang-undang pindaan untuk meningkatkan ketahanan tenaga kepada Parlimen untuk bacaan pertama pada Selasa.
India perkukuh kawalan sempadan negara
India memperkukuh kawalan di sempadan negara itu dengan Bangladesh sekali gus berwaspada dengan sebarang situasi.
Harris pilih Walz sebagai calon Naib Presiden
Calon presiden dari parti Demokrat, Kamala Harris hari ini memilih Gabenor Minnesota, Tim Walz sebagai gandingannya, untuk membantu memenangi pengundi luar bandar, berkulit putih.
Presiden Bangladesh bubar Parlimen
Presiden Bangladesh membubarkan parlimen pada Selasa sekali gus membuka jalan kepada pembentukan kerajaan sementara, sehari selepas Perdana Menteri Sheikh Hasina meletak jawatan dan melarikan diri ke India.
Lebih 25 juta terkesan, Sudan alami tahap kebuluran melampau
Sudan sedang mengalami krisis makanan terburuk yang belum pernah berlaku sebelum ini. Organisasi Makanan dan Agrikultur (FAO) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam kenyataannya pada Isnin berkata, 25.6 juta penduduk Sudan kini ditahap kebuluran ekstrem dengan 755,000 daripadanya berada pada tahap paling buruk dan diklasifikasikan sebagai 'becana kebuluran melampau'.
Malaysia harap rundingan damai di Sudan berjaya dicapai - PM
Malaysia menyuarakan harapan agar rundingan yang sedang diusahakan untuk mewujudkan gencatan senjata dan kestabilan berkekalan di Sudan, berjaya dicapai.
Naikkan nilai martabat manusia cara tangani krisis global
Martabat manusia boleh berfungsi dalam mencari pendekatan yang lebih berkesan dan berperikemanusiaan untuk menyelesaikan pelbagai masalah.
Tumpu bangun keupayaan reka bentuk semi konduktor - Rafizi
Malaysia perlu memberi tumpuan untuk membangunkan keupayaan mereka bentuk semikonduktornya sendiri dan mengurangkan pergantungan kepada cip import pada masa depan.
Dasar Gaji Progresif: Kementerian Ekonomi, KESUMA tumpu pembinaan sistem yang lebih teguh
Kementerian Ekonomi dan Kementerian Sumber Manusia sedang memberi tumpuan kepada sistem yang lebih baik bagi memastikan pelaksanaan Dasar Gaji Progresif secara penuh akan lebih berkesan.
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, dasar tersebut adalah rumit, dan tanpa sistem yang baik, ia takkan boleh dicapai dan akhirnya akan gagal mencapai sasaran yang telah ditetapkan sebelum ini, iaitu membantu mencapai sasaran bahagian pampasan pekerja sebanyak 45 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dalam tempoh 10 tahun.
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, dasar tersebut adalah rumit, dan tanpa sistem yang baik, ia takkan boleh dicapai dan akhirnya akan gagal mencapai sasaran yang telah ditetapkan sebelum ini, iaitu membantu mencapai sasaran bahagian pampasan pekerja sebanyak 45 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dalam tempoh 10 tahun.
![143 mangsa banjir Hulu Bernam masih berlindung di PPS pagi ini 143 mangsa banjir Hulu Bernam masih berlindung di PPS pagi ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81722909665_DewanOrangRamai.jpg)
143 mangsa banjir Hulu Bernam masih berlindung di PPS pagi ini
Seramai 143 mangsa banjir di Hulu Bernam, Hulu Selangor masih berlindung di PPS Dewan Serbaguna Kampung Sungai Selisek pagi ini.
![Jalan raya Florida bertukar sungai selepas Taufan Debby Jalan raya Florida bertukar sungai selepas Taufan Debby](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51722899671_StormDebby.jpg)
Jalan raya Florida bertukar sungai selepas Taufan Debby
Jalan raya di beberapa bahagian Florida bertukar menjadi sungai selepas Taufan Tropika Debby mengalami hujan lebat di bahagian utara negeri tersebut pada Isnin.
![Angka korban banjir Kerala mencecah 215 orang Angka korban banjir Kerala mencecah 215 orang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71722817174_IndiaLandslides.jpg)
Angka korban banjir Kerala mencecah 215 orang
Mereka dilaporkan maut ekoran kejadian tanah runtuh khususnya di daerah Wayanad yang memaksa operasi besar-besaran dilakukan dengan segera.
![Mangsa banjir di Muallim berkurang, enam kampung masih terjejas Mangsa banjir di Muallim berkurang, enam kampung masih terjejas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51722814378_Banjir.jpg)
Mangsa banjir di Muallim berkurang, enam kampung masih terjejas
Terdapat pertambahan dari jumlah kampung yang terjejas iaitu menjadi enam kampung, berbanding empat sebelum ini.
![Banjir: 113 orang di Hulu Bernam dipindahkan ke PPS Banjir: 113 orang di Hulu Bernam dipindahkan ke PPS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81705586530_BanjirBukitRaja.jpg)
Banjir: 113 orang di Hulu Bernam dipindahkan ke PPS
Sebanyak 113 individu dari enam kampung di Hulu Bernam, Hulu Selangor dekat sini dipindahkan ke pusat pemindahan banjir (PPS) selepas rumah mereka dinaiki air petang tadi.
![Mangsa banjir di Muallim meningkat kepada 86, jejas 16 keluarga Mangsa banjir di Muallim meningkat kepada 86, jejas 16 keluarga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41722764166_MuallimMangsaban.jpg)
Mangsa banjir di Muallim meningkat kepada 86, jejas 16 keluarga
Seramai 81 orang daripada 15 keluarga berada di PPS SMK Khir Johari, Tanjong Malim, manakala lima lagi daripada satu keluarga di Dewan Kampung Pauh Behrang Stesen.
![Banjir Muallim: Empat kampung terjejas, 15 mangsa ditempatkan di dua PPS Banjir Muallim: Empat kampung terjejas, 15 mangsa ditempatkan di dua PPS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61722760189_TBbanjirPerak.jpg)
Banjir Muallim: Empat kampung terjejas, 15 mangsa ditempatkan di dua PPS
Kawasan yang terjejas merangkumi Kampung Sri Behrang, Kampung Lambak, Kampung Kelawar dan Kampung Ketoyong.
![Hujan lima jam, 18 rumah terjejas banjir di Muallim Hujan lima jam, 18 rumah terjejas banjir di Muallim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61722742184_tbbanjirdiMuallim.jpg)
Hujan lima jam, 18 rumah terjejas banjir di Muallim
Faktor limpahan air sungai berhampiran juga menyebabkan banjir berlaku di kawasan tersebut.
![Lebih 1,700 sekolah ditutup akibat banjir di Myanmar Lebih 1,700 sekolah ditutup akibat banjir di Myanmar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41722590942_ElevenMyanmar.jpg)
Lebih 1,700 sekolah ditutup akibat banjir di Myanmar
Banjir berkenaan berpunca daripada peningkatan paras air sungai Ayeyarwady dan Chindwin.
![Korea Selatan sedia tawar bantuan banjir kepada Korea Utara Korea Selatan sedia tawar bantuan banjir kepada Korea Utara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61722554817_KimJongUn.jpg)
Korea Selatan sedia tawar bantuan banjir kepada Korea Utara
Korea Selatan bersedia untuk berbincang bagi menyalurkan skala dan bekalan bantuan yang diperlukan serta cara mengagihkannya.