JOHOR BAHRU: Kerajaan Persekutuan didakwa gagal menyelenggara kemudahan asas dan infrastruktur di Johor yang dilihat seperti terabai serta tidak terurus.
Exco Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah berkata, bangunan kerajaan pusat antaranya Wisma Persekutuan, Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini sudah usang malah menjejaskan imej Johor.
"Banyak bangunan dan kemudahan Persekutuan yang gagal diuruskan dengan baik hingga mencemarkan pemandangan yang menyakitkan mata.
"Sepatutnya bangunan dan infrastruktur itu dibaik pulih dan dinaik taraf apatah lagi di Wisma Persekutuan itu menempatkan pengarah-pengarah dari pelbagai jabatan dan agensi kerajaan.
"Oleh itu, adalah wajar untuk mengangkat martabat mereka dan bukannya diletakkan di bangunan yang usang, tambah baiklah bangunan itu menjadi lebih elok," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Hari Koperasi Negara Peringkat Negeri Johor di Angsana Johor Bahru Mall di sini pada Sabtu.
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar semasa bertitah merasmikan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Khamis, melahirkan rasa sedih dengan kerajaan Persekutuan yang tidak menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan terhadap infrastruktur awam di negeri ini.
"Saya rasa sedih dengan bangunan Persekutuan yang tidak diselenggara dengan baik seperti HSA, HSI, Kompleks CIQ (Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin) di BSI (Bangunan Sultan Iskandar) dan juga kemudahan UTC (Pusat Transformasi Bandar) yang perlu dipertingkat dengan sistem penyampaian lebih cekap dan selesa.
"Saya seru kerajaan Persekutuan agar segera tunai janji naik taraf Lebuhraya Utara Selatan kepada enam lorong dan Lebuhraya Senai-Desaru kepada empat lorong, juga jalan persekutuan yang rosak dan berlubang, saya rasa seolah-olah Johor dianaktirikan walhal Johor adalah penyumbang utama ekonomi negara.
"Jangan sampai rakyat Johor desak untuk keluar dari Malaysia, mungkin Johor lebih maju jika berdiri atas kaki sendiri," titah baginda.
*Berita asal disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jun 19 2022
Mohd Hairi (tengah) menyempurnakan perasmian Hari Koperasi Negara Peringkat Negeri Johor di Angsana Johor Bahru Mall, Johor Bahru, pada Sabtu. - Foto Sinar Harian
Nahas Ayer Keroh: Pemandu bas maut kemalangan dikebumikan
Pemandu bas yang maut dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres, lori, treler, MPV dan Perdua Bezza di KIlotere 204 PLUS selamat dikebumikan jam 5.30 petang di Tanah Perkuburan Islam Kampung Maju Jaya, Johor Bahru, pada Selasa.
Nahas Ayer Keroh: Keluarga lima maut yakin siasatan polis telus
Bapa kepada Allahyarham Khairul Ikhwan yakin pihak polis akan menjalankan siasatan teliti dan mengumpulkan bukti kemalangan yang mengorbankan anaknya, menantu, cucu dan dua besannya.
Datuk Mazupi Abdul Rahman percaya pihak berkuasa tidak akan berkompromi dengan individu yang didapati bersalah hingga mengakibatkan berlakunya tragedi ngeri itu.
Datuk Mazupi Abdul Rahman percaya pihak berkuasa tidak akan berkompromi dengan individu yang didapati bersalah hingga mengakibatkan berlakunya tragedi ngeri itu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 24 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Israel bunuh seorang kanak-kanak Palestin setiap jam di Gaza - UNRWA
"Seorang kanak-kanak dibunuh setiap jam. Ini bukan sekadar angka, ia adalah nyawa yang dipendekkan."
TDM tahan dua warga India cuba seberang Sungai Golok
Tentera Darat Malaysia (TDM) melalui Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) menahan dua warga India yang cuba menyeberangi Sungai Golok menuju ke Thailand, pada Ahad lepas.
Keindahan 'rumah tular' tarik pengunjung pelbagai kaum
Kebiasaannya orang ramai hanya berpeluang untuk melihat dekorasi sempena perayaan Krismas di pusat membeli-belah.
Nahas KM204: 'Saya percaya polis kumpul bukti untuk pendakwaan' - Bapa mangsa
Mazupi yakin polis sedang menjalankan siasatan secara telus dan adil berhubung kejadian yang mengorbankan anak, menantu dan besannya.
Menara Eiffel dikosongkan akibat litar pintas pada rel kuasa lif
Masalah teknikal berlaku antara tingkat dua dan puncak menara, lantas mencetuskan penggera kebakaran.
Puak bersenjata Syria setuju bubar, gabung bawah Kementerian Pertahanan
Langkah itu diambil semasa mesyuarat di Damsyik antara ketua pentadbiran baharu Syria Ahmed al-Sharaa dan wakil puak revolusi di negara itu.
Lapan penjara berusia lebih 100 tahun, usang dalam perancangan diganti bangunan baharu
Lapan penjara di negara ini yang dikenal pasti berusia lebih 100 tahun dan mempunyai bangunan lama serta usang dalam perancangan untuk digantikan dengan bangunan baharu secara berperingkat.
Bangunan kerajaan usang jejas imej Johor
Banyak bangunan dan kemudahan Persekutuan yang gagal diuruskan dengan baik hingga mencemarkan pemandangan yang menyakitkan mata.
Risau siling runtuh, pekerja hadir ke pejabat pakai topi keledar
Terdapat tiang di tengah bilik terbabit yang berfungsi sebagai 'pemegang' siling untuk mengelakkan ia runtuh.
Terkejut jumpa mayat ketika bersiaran langsung di YouTube
Park sedang bersiaran di tingkat dua hospital itu ternampak mayat seorang lelaki yang telah mereput serta dikelilingi baju dan selimut.