Media sosial sekali lagi dikejutkan dengan aksi 'bogel' apabila sepasang kekasih yang dipercayai baru berkahwin, menjalani sesi fotografi mereka dalam keadaan separuh bogel.
Menurut beberapa laman blog di mana foto pasangan itu tersebar, kedua-dua pengantin itu kelihatan menjalani sesi tersebut dan berjalan di sekitar Jalan Sultan Yussof, Ipoh, Perak pagi tadi.
Dalam foto yang tersebar di Facebook dan Twitter itu, wanita tersebut kelihatan hanya memakai baju dalam dan seluar dalam putih beserta kain layah menutup kepala, manakala pasangannya hanya memakai seluar panjang hitam dan tidak berbaju.
Selain gambar, terdapat juga video pasangan tersebut yang dimuatnaik oleh pengguna di Facebook.
Menurut laporan The Star Online yang menemubual pengurus sebuah galeri perkahwinan yang mengaturkan untuk foto tersebut diambil.
Pengurus yang hanya ingin dikenali sebagai Koo itu berkata pasangan itu adalah model dan jurugambar yang mengambil foto itu hanya hendak meneroka "kreativiti dalam fotografi" mereka.
Koo telah berkata jurugambar-jurugambar tersebut terkejut dengan reaksi yang diterima di laman media sosial.
Sementara itu, polis Perak mengesahkan akan mengambil tindakan terhadap pasangan tersebut di atas kelakuan mereka yang disifatkan 'tidak bermoral dan berakhlak', lapor Berita Harian hari ini.
Menurut akhbar tersebut, Ketua Polis Perak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani mengesahkan akan menyiasat kejadian tersebut mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana berkelakuan tidak senonoh di khalayak ramai.
Pada 5 Ogos lalu, negara dikejutkan dengan satu pesta sukan bogel yang dipanggil 'Malaysia Nude Sports Games 2014' di Pulau Pinang yang difahamkan diadakan sekitar Jun lepas.
Ia mendapat perhatian orang ramai dan pihak berkuasa selepas gambar dan juga video berdurasi 5 minit 22 saat yang dikatakan dirakam di sebuah pulau di Teluk Bahang, Pulau Pinang tersebar di beberapa blog dan laman sosial pada Selasa.
Astro Awani
Tue Aug 26 2014

MENGEJUTKAN: Pasangan tersebut menjalani sesi fotografi mereka dalam keadaan separuh bogel. - Gambar laman media sosial

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.

COVID-19: Indonesia catat 6,089 jangkitan baharu, 474,771 kes sembuh
151 lagi kematian dicatatkan mejadikan jumlah keseluruhan kematian kepada 17,740 kes.

Kuching kini bergerak ke status bandar raya metropolis
Bandaraya Kuching kini bergerak pantas ke arah mencapai status bandaraya metropolis dengan pembangunan berteraskan digital dan budaya.

Ampang sasar diisytihar sebagai bandaraya pada 2021 - Zuraida
Ampang kini menetapkan sasaran untuk diisytihar sebagai sebuah bandaraya menjelang tahun depan, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin.

Pengisytiharan Seremban sebagai bandaraya ditangguhkan
Pengisytiharan Seremban sebagai bandaraya yang dijadualkan pada Januari tahun depan akan ditangguhkan, kata Menteri Besar Aminuddin Harun.

Datuk Bandar Adelaide lawat Pulau Pinang, bincang inisiatif bandaraya pintar
Yew berkata Adelaide dan George Town adalah lebih daripada bandaraya kembar, yang terjalin sejak 1973, kerana kedua-dua bandaraya mempunyai banyak persamaan dari segi latar belakang sejarah.

Bandar Ipoh dikejutkan dengan aksi pengantin separuh bogel
Kedua-dua pengantin itu kelihatan menjalani sesi tersebut dan berjalan di sekitar Jalan Sultan Yussof, Ipoh, Perak pagi tadi.

Jangan kacau kampung kami!
MENINJAU nasib saki-baki penduduk Kampung Chubadak Tambahan di Sentul, saya terkenang suasana kampung yang aman damai.