MENINJAU nasib saki-baki penduduk Kampung Chubadak Tambahan di Sentul, saya terkenang suasana kampung yang aman damai.
Siapa sangka di tengah kepesatan ibukota (kira-kira tujuh kilometer dari pusat bandaraya), masih ada sebuah kampung yang mengekalkan tradisi kehidupan di desa, rumah-rumah papan, kedai runcit dan anak-anak kecil berlari-lari di tepi lorong jalan tar.
Warga kota yang sekian hari semakin lupa tradisi kampung seharusnya ke sini untuk mengingatkan kembali saat kecil dahulu di kampung halaman masing-masing - sekurang-kurangnya dapat mengimbau zaman semasa kecil dahulu.
Namun suasana itu semakin hari semakin pudar, penduduk di sini sebenarnya sudah `terancam' dengan pembangunan sama nasib seperti kampung-kampung di pinggir ibukota yang lain.
Nasib mereka tidak sebaik datuk atau moyang yang mula-mula `membuka' kampung ini sebelum merdeka dahulu.
Ia sudah diancam kemajuan moden sedangkan apa yang dimahukan pengekalan status kampung tradisi yang menjadi darah daging mereka sejak mencelik mata mengenal dunia di sini.
Bagaimana hendak terbayang kondominium atau teres atau mungkin Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang bakal menggantikan bau dinding papan rumah mereka sedia ada?
Paling malang, pihak berkuasa memberi notis amaran untuk merobohkan rumah dengan alasan hendak dibuat pembangunan moden yang terang-terang tidak diperlukan mereka.
Prinsip ini yang dipegang kukuh Pengerusi Persatuan Penduduk Kampung Chubadak Tambahan, Ramlee Ahmad dan kira-kira 300 baki keluarga yang berkeras mahu mempertahankan kampung mereka.
Jadilah apa sahaja, ketelusan prinsip yang dipegang selama ini tidak akan tergadai begitu sahaja.
Sudah berbelas-belas tahun mereka mempertahankan kampung ini walau ada yang `rebah' dengan `godaan' tawaran yang diberikan oleh pemaju iaitu pampasan sebanyak RM7,000 dan sebuah rumah untuk diduduki iaitu di PPR Batu Muda.
Baki penduduk yang `keras' hati ini, tawaran itu hanya umpan dan mereka tetap tidak berganjak walau tawaran berganda diterima.
``Sebab itu kami merayu pihak berkaitan, kami juga sudah merayu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Surat juga sudah dihantar ke tangan Perdana Menteri sendiri ketika pertemuan sebelum ini di Sentul.
``Tolonglah beri perhatian, kami bukan tidak mahu kemajuan tetapi mahu ia diadakan dengan cara kami sendiri (tradisi),'' jelasnya.
Menurut maklumat Ramlee, tanah di kampung tersebut telah memperolehi pengiktirafan pemilikan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada tahun 1998 yang mengatakan bahawa ia adalah milik peneroka-peneroka bandar dan perlu membayar ganti rugi kepada mereka sekiranya ingin memajukan kawasan tersebut.
Menurut keputusan itu, ganti rugi yang perlu dibayar oleh pemaju adalah berdasarkan keseluruhan kos yang dialami penduduk untuk kerja-kerja pembinaan dan pengubahsuaian rumah atau mereka dibayar dengan nilai semasa rumah yang ditaksirkan oleh penilai tanah bebas yang dipersetujui bersama kedua-dua pihak serta pembayaran segala kos sampingan berhubung penempatan semula penduduk.
Tegasnya, baki penduduk di kampung tersebut merupakan waris generasi keempat kepada mereka yang meneroka dan menetap di kawasan sejak ia mula dibuka.
Sayangnya, pada tahun 1996, kampung tersebut digegarkan dengan keputusan DBKL membenarkan pemaju untuk pembinaan apartmen di kawasan berkenaan.
Ramlee tekad, dia sendiri pernah `tidur' di dalam penjara gara-gara berhimpun kerana mahu mempertahankan kampung.
Saya tahu dalam hati mereka kuat menjerit...
``Jangan kacau kampung kami!''
Wan Syamsul Amly
Thu Jun 13 2013

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

COVID-19: Indonesia catat 6,089 jangkitan baharu, 474,771 kes sembuh
151 lagi kematian dicatatkan mejadikan jumlah keseluruhan kematian kepada 17,740 kes.

Kuching kini bergerak ke status bandar raya metropolis
Bandaraya Kuching kini bergerak pantas ke arah mencapai status bandaraya metropolis dengan pembangunan berteraskan digital dan budaya.

Ampang sasar diisytihar sebagai bandaraya pada 2021 - Zuraida
Ampang kini menetapkan sasaran untuk diisytihar sebagai sebuah bandaraya menjelang tahun depan, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin.

Pengisytiharan Seremban sebagai bandaraya ditangguhkan
Pengisytiharan Seremban sebagai bandaraya yang dijadualkan pada Januari tahun depan akan ditangguhkan, kata Menteri Besar Aminuddin Harun.

Datuk Bandar Adelaide lawat Pulau Pinang, bincang inisiatif bandaraya pintar
Yew berkata Adelaide dan George Town adalah lebih daripada bandaraya kembar, yang terjalin sejak 1973, kerana kedua-dua bandaraya mempunyai banyak persamaan dari segi latar belakang sejarah.

Bandar Ipoh dikejutkan dengan aksi pengantin separuh bogel
Kedua-dua pengantin itu kelihatan menjalani sesi tersebut dan berjalan di sekitar Jalan Sultan Yussof, Ipoh, Perak pagi tadi.

Jangan kacau kampung kami!
MENINJAU nasib saki-baki penduduk Kampung Chubadak Tambahan di Sentul, saya terkenang suasana kampung yang aman damai.