Pengisytiharan Seremban sebagai bandaraya yang dijadualkan pada Januari tahun depan akan ditangguhkan, kata Menteri Besar Aminuddin Harun.
Beliau berkata antara sebab penangguhan pengisytiharan itu ialah kerana bangunan yang sedang diubah suai di Rahang untuk dijadikan pejabat urusan pentadbiran Majlis Bandaraya Seremban (MBS) hanya akan siap pada hujung tahun ini.
"Selain itu, kita juga hendak melihat beberapa kelemahan dikenalpasti dahulu untuk dibaiki. Antaranya termasuk dari segi infrastruktur khususnya. Kalau dibandingkan dengan bandaraya yang ada, kita masih tidak cukup kemudahan seperti hotel bertaraf tiga bintang ke atas, pusat pengajian tinggi dan sebagainya.
"Jika semua ini dapat diselesaikan, pengisytiharan MBS akan dibuat pada pertengahan atau hujung tahun depan (2019)," katanya kepada pemberita selepas majlis perhimpunan khas Majlis Perbandaran Seremban (MPS) dan Majlis Perbandaran Nilai (MPN) di sini, hari ini.
Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan Kerajaan Tempatan Dan Kampung Baru negeri Teo Kok Seong, Setiausaha Kerajaan Negeri Dr. Razali Ab. Malik dan Yang Dipertua MPS Datuk Zazali Salehudin.
Sebelum ini, Seremban bakal diisytiharkan sebagai bandar raya secara rasmi pada Januari tahun depan, bersempena sambutan Hari Keputeraan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir. MBS membabitkan percantuman dua entiti iaitu MPS dan MPN.
Aminuddin juga memberi jaminan tiada kenaikan cukai ekoran Seremban diisytiharkan sebagai MBS nanti.
"Kita tidak akan usik cukai. Sebaliknya kekal macam itu dulu dan tiada semakan apa-apa," katanya.
Sementara itu, katanya satu sistem perjawatan terbuka akan dilaksanakan dikalangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini.
Katanya menerusi sistem ini, mana-mana pegawai boleh ditukarkan dikalangan PBT di negeri ini jika ada kekosongan.
"Dengan ini, kita boleh memberi ruang kepada pegawai berkenaan dinaikkan pangkat dan sebagainya. Sebelum ini perjawatan disatu-satu PBT itu tertutup dan mereka tidak boleh bertukar atau berpindah ke PBT lain di negeri ini.
"Perkara ini kita akan selaraskan dan kerajaan negeri akan mohon kepada kerajaan pusat untuk kelulusan sebelum ia dapat dilaksanakan," katanya.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata penguatkuasaan terhadap mereka yang menghisap rokok dimana-mana bangunan kerajaan di negeri ini akan dipertingkatkan.
"Kita telah mengarahkan penguatkuasa Kementerian Kesihatan untuk menangkap mereka yang didapati menghisap rokok dalam bangunan kerajaan. Oleh itu, saya memberi amaran supaya orang ramai supaya berhati-hati tidak menghisap rokok di premis kerajaan.
"Mereka yang ditangkap kerana didapati menghisap rokok dibangunan kerajaan akan dikenakan tindakan undang-undang termasuk saman. Penguatkuasaan ini melibatkan semua bangunan kerajaan di negeri ini dan buat permulaan kita laksanakan penguatkuasaan itu di Wisma Negeri di sini, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 03 2018

Pengisytiharan Seremban sebagai bandaraya yang dijadualkan pada Januari tahun depan akan ditangguhkan, kata Menteri Besar Aminuddin Harun. -Bernama
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai bekas Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Hormati larangan pasang khemah di Port Dickson, elak maksiat - MB
Orang ramai diharap dapat menghormati peraturan larangan pemasangan khemah awam di 11 pantai di daerah terbabit.

Pembukaan NADI pupuk komuniti lebih berinovatif, interaktif
Kemudahan NADI membantu pelajar dan penduduk mempelajari ilmu baharu yang relevan dengan perkembangan semasa.

Pembinaan masjid terapung di Port Dickson bermula tahun depan
Pembinaan Masjid Terapung Port Dickson dijangka akan dimulakan pada tahun hadapan di Batu 4, Pantai Cahaya Negeri.

Kerajaan Negeri Sembilan mohon pembinaan hospital baharu di Seremban
Kerajaan negeri telah memohon kepada Kementerian Kesihatan untuk mempertimbangkan pembinaan sebuah hospital baharu berikutan kesesakan di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di Seremban.

Kerajaan Negeri Sembilan arah siasat dakwaan penemuan emas di Lenggeng
Kerajaan Negeri Sembilan mengarahkan Pejabat Tanah dan Galian negeri serta Jabatan Mineral dan Geosains negeri menyiasat dakwaan berkaitan penemuan emas di Lenggeng.

N.Sembilan terus jadi pilihan pelabur, rekod pelaburan RM3.0 bilion pada suku kedua 2024
Beliau berkata pada suku kedua 2024 Malaysia Investment Development Authority (MIDA) melaporkan Negeri Sembilan merekodkan pelaburan berjumlah RM3.0 bilion.

ASEAN: MBS, MPPD perlu pastikan kebersihan bandar
Ia bersempena dengan kedudukan Malaysia selaku Pengerusi ASEAN bermula bulan ini.

Aminuddin umum BKK sempena Hari Raya Aidilfitri
Bantuan berkenaan turut diberikan kepada pejawat awam Persekutuan termasuk guru, pasukan berunifom dan lain-lain perkhidmatan.

Negeri Sembilan rekod kutipan hasil berjumlah RM636 juta pada 2024 - Menteri Besar
Beliau berkata ini merupakan satu pencapaian membanggakan dan sekali gus mencerminkan dedikasi, integriti serta usaha gigih seluruh penjawat awam negeri.

Bayaran masuk Muzium Tentera Darat Port Dickson mulai hari ini
Pengunjung yang berumur bawah enam tahun boleh masuk secara percuma.