KUALA LUMPUR: Banci Malaysia 2020 yang berakhir semalam mencapai tahap membanggakan apabila 32.3 juta penduduk Malaysia atau 99.2 peratus daripada 32.6 juta jumlah anggaran penduduk dibanci meskipun dilaksanakan ketika pandemik COVID-19.
Pesuruhjaya Banci 2020 Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata sebanyak 9.5 juta tempat kediaman dan 8.1 juta isi rumah telah berjaya dibanci dalam tempoh Julai 2020 sehingga semalam.
Susulan penularan COVID-19, katanya pelaksanaan banci bersemuka telah beberapa kali ditangguhkan dan seramai 330 pegawai banci pula telah dijangkiti dan seorang daripadanya meninggal dunia.
"Operasi Banci 2020 akhirnya ditutup selepas 482 hari dilaksanakan di negara ini dengan kos sebanyak RM400 juta," katanya dalam sidang media penutupan operasi Banci 2020 di sini, hari ini.
Banci Malaysia 2020 dilancarkan pada Julai 2020 melalui beberapa fasa penjadualan dan penyesuaian semula tempoh operasi apabila banci bersemuka tidak dapat dijalankan berikutan pandemik COVID-19 dan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP).
Mohd Uzir berkata pelaksanaan Banci 2020 dilaksanakan menggunakan lima kaedah iaitu e-Census; Computer Assisted Telephone Interview (CATI); Computer Assisted Personal Interview (CAPI); Paper dan Pen Interview (PAPI) dan Drop Off Pick Up (DOPU).
Daripada 32.3 juta penduduk Malaysia yang telah dibanci, seramai 23.6 peratus penduduk dibanci secara dalam talian melalui e-Census dan CATI manakala selebihnya bersemuka, katanya.
"Banci secara dalam talian mencatatkan peningkatan 24 peratus berbanding hanya 0.5 peratus ketika pelaksanaan banci sebelum ini. Ia mungkin kerana ramai berada di rumah ketika pandemik," katanya.
Berkongsi beberapa dapatan awalan operasi Banci Malaysia 2020, Mohd Uzir berkata purata kadar pertumbuhan tahunan penduduk Malaysia adalah 1.6 peratus manakala purata saiz isi rumah mencatatkan 4.0 pada 2020.
Menurutnya, purata penduduk Malaysia pula merangkumi 91.6 peratus warganegara iaitu Bumiputera (69.7 peratus), Cina (22.9 peratus), India (6.6 peratus) serta lain-lain (0.8 peratus) manakala 8.4 peratus lagi adalah bukan warganegara.
"Nisbah jantina menunjukkan 106 orang lelaki bagi setiap 100 wanita di Malaysia," katanya.
Dapatan daripada bancian 32.3 juta penduduk Malaysia itu menunjukkan 25.6 peratus adalah dalam kalangan umur (0-14 tahun), 69.1 peratus penduduk umur bekerja (15-64 tahun) dan 5.3 peratus berumur 65 tahun ke atas.
"Penduduk paling tua yang direkodkan dalam Banci 2020 serta selari dengan data Jabatan Pendaftaran Negara ialah 120 bagi lelaki dan 117 bagi wanita," katanya.
Mohd Uzir berkata laporan penemuan awalan Banci Malaysia 2020 dijangka dapat dikeluarkan pada Januari tahun depan.
"Terdapat lebih 1,000 laporan Banci 2020 akan dikeluarkan di pelbagai peringkat dan semua pihak boleh menggunakan data tersebut," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 01 2021

Mohd Uzir berkata sebanyak 9.5 juta tempat kediaman dan 8.1 juta isi rumah telah berjaya dibanci dalam tempoh Julai 2020 sehingga semalam. - Gambar fail

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Banci 2020 tamat, 32.3 juta penduduk Malaysia dibanci
Pesuruhjaya Banci 2020 Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata sebanyak 9.5 juta tempat kediaman dan 8.1 juta isi rumah telah berjaya dibanci dalam tempoh Julai 2020 sehingga semalam.

Lebih 68 peratus penduduk Malaysia telah dibanci
Seramai 22.5 juta atau 68.8 peratus daripada 32.7 juta penduduk Malaysia telah dibanci menerusi Operasi Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (Banci Malaysia 2020).

Seramai 20.1 juta penduduk Malaysia sudah dibanci
Sejumlah 20.1 juta atau 61.5 peratus penduduk telah dibanci dalam Banci Malaysia 2020 setakat ini berbanding anggaran 32.7 juta penduduk tahun lepas.

Hanya 30.4 peratus rakyat Malaysia sertai Banci, didahului Putrajaya, Johor dan Perlis - Dr Uzir
22.7 juta penduduk, atau 69.4 peratus daripada 32.7 juta penduduk Malaysia, masih belum memberi respons kepada Banci Malaysia 2020.

PKP 2.0: Gerak kerja banci secara bersemuka disusun semula
Gerak kerja Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (Banci Malaysia 2020) secara bersemuka akan disusun semula berdasarkan tiga kategori pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).