Balu ASP Zulkifli Mamat, polis komando VAT 69 yang terkorban dalam pertempuran dengan kumpulan penceroboh di Lahad Datu, Sabah, Jumaat lepas, menerima surat takziah daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.
Surat itu disampaikan oleh Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa kepada Noraziah Nor, 29, di rumah keluarga Allahyarham Zulkifli di Kampung Kubang Ikan, di sini.
"Tiada apa yang mampu dikatakan selain ucapan setinggi-tinggi terima kasih atas ingatan Perdana Menteri yang sudi menyampaikan surat takziah.
"Jasa Perdana Menteri dan isteri (Datin Seri Rosmah Mansor) termasuk kerajaan tidak akan saya lupakan. Apa yang pasti akan dikenang oleh anak-anak saya apabila mereka dewasa kelak," kata Noraziah kepada pemberita selepas majlis ringkas itu.
Penyerahan surat yang ditandatangani Perdana Menteri itu turut disaksikan ibu Allahyarham, Khatijah Ismail, 64 dan abang sulung Zulkifli, Zaidi Mohamed.
Turut hadir Ketua Polis Daerah Besut Supt Kamaruddin Zakaria dan Timbalannya DSP Noorzainy Mohd Noor serta pegawai-pegawai kanan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Besut.
Pada majlis itu juga Jamshah menyampaikan sumbangan derma daripada warga Polis Kontinjen Terengganu.
Mengulas mengenai surat takziah itu, Jamshah berkata beliau diarah menyampaikan surat berkenaan kepada balu Allahyarham sebagai tanda ingatan kerajaan terhadap pengorbanan Zulkifli mempertahankan kedaulatan negara.
"Ini membuktikan bahawa Perdana Menteri amat mementingkan kebajikan setiap anggota keselamatan yang berkorban untuk mempertahankan negara," katanya.
Pada masa sama beliau meminta mana-mana pihak di negeri itu yang ingin menyumbang kepada keluarga Allahyarham agar menyalurkannya menerusi Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu.
Bernama
Fri Mar 08 2013
Jualan penyaman udara naik mendadak di negara Balkan
Menetap di negara sejuk, mereka tidak pernah terfikir memasang penyaman udara di dalam rumah memandangkan musim panas bukanlah setiap hari. Namun, cuaca panas melampau membuatkan mereka bertukar fikiran.
Malaysia kecam sekeras-kerasnya pencerobohan ekstremis Zionis Israel ke atas Masjid Al-Aqsa
Kerajaan Malaysia mengecam sekeras-kerasnya pencerobohan Masjid Al-Aqsa oleh ekstremis Zionis Israel pada 13 Ogos.
Reda dengan pemergian anak walaupun bukan pengakhiran diharapkan - Ayah Nidza Afham
Ayah kepada penyanyi dan Youtubers Muhammad Nidza Afham Mokhtar reda dengan pemergian anak lelakinya walaupun itu bukan pengakhiran yang beliau harapkan.
Ahli perniagaan diberkas, terlibat dalam aktiviti kumpulan mafia
Seorang ahli perniagaan Itali ditangkap di bandar Natal, Brazil pada selasa.
Giuseppe Bruno kini menghadapi tuduhan termasuk melakukan pemerasan dan pengubahan wang haram dan juga penglibatan bersama kumpulan mafia.
Giuseppe Bruno kini menghadapi tuduhan termasuk melakukan pemerasan dan pengubahan wang haram dan juga penglibatan bersama kumpulan mafia.
Srettha hormati keputusan mahkamah
Srettha Thavisin menghormati keputusan Mahkamah Perlembagaan Thailand yang memecatnya daripada jawatan Perdana Menteri.
Lahir empat hari lepas, bayi kembar maut angkara serangan rejim Zionis
Kembar lelaki diberikan nama Asser manakala Ayssel pula nama diberi buat kembar perempuan, kedua-duanya lahir pada 10 Ogos lepas.
Lelaki tikam ibu saudara direman tujuh hari
Seorang lelaki yang disyaki menikam ibu saudaranya di kepala dengan gunting, semalam direman selama tujuh hari hingga 21 Ogos ini.
PN senarai pendek tiga calon, akan diumum selepas PRK Nenggiri
Perikatan Nasional telah menyenarai pendek tiga calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota yang dijadualkan berlangsung pada 28 September depan.
10 cedera dalam kejadian reaktor kilang terbakar di Bintulu
Menurut PGOB kesemua mangsa yang cedera telah dikejarkan ke Hospital Bintulu untuk rawatan lanjut.
Mayat Muhammad Nidza Afham dibawa ke Hospital Shah Alam
Mayat Muhammad Nidza Afham Mokhtar yang ditemukan di Sungai Klang petang tadi dibawa ke Unit Forensik Hospital Shah Alam (HSA) untuk urusan bedah siasat.
Impian wira Lahad Datu Allahyarham Asp Zulkifli Mamat bina kedai tertunai
Keluarga Allahyarham berjaya membina sebuah kedai jahit di hadapan rumah mereka di Kampung Kubang Ikan dengan wang sumbangan daripada pelbagai pihak.
Balu Zulkifli sayu terima surat takziah daripada PM
Balu ASP Zulkifli Mamat, polis komando VAT 69 yang terkorban dalam pertempuran dengan kumpulan penceroboh di Lahad Datu, Sabah, Jumaat lepas, menerima surat takziah daripada Perdana Menteri semalam.