Seorang pelajar wanita yang bakal bergelar doktor mengalami kerugian RM14,700 selepas diperdaya dipercayai oleh sindiket Macau Scam menerusi panggilan telefon yang mendakwanya terlibat dalam kegiatan judi dalam talian haram.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata dalam kejadian pada pukul 2 petang semalam, pelajar jurusan perubatan berumur 25 tahun itu menerima panggilan kononnya daripada sebuah syarikat telekomunikasi.
"Pemanggil berkenaan mendakwa nama mangsa telah disalah guna dengan perjudian secara online haram di Sabah.
"Susulan itu talian mangsa disambungkan kepada anggota polis palsu di Sabah yang meminta maklumat peribadi daripada mangsa sebelum disambungkan kepada pegawai atasan yang menyiasat kes tersebut," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Katanya, suspek ketiga yang memperkenalkan diri sebagai inspektor polis itu kemudian telah menyuruh mangsa mengeluarkan kesemua wang di dalam akaun banknya yang berjumlah RM14,700.
Beliau berkata, mangsa yang mengikuti arahan berkenaan kemudian telah melakukan beberapa transaksi ke dalam akaun yang diberi oleh suspek kononnya bagi tujuan siasatan pengubahan wang haram oleh Bank Negara.
Katanya, mangsa menyedari ditipu setelah gagal menghubungi suspek sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh, lewat petang semalam.
Sementara itu, nasib yang sama turut dialami seorang lagi wanita di Temerloh yang mengalami kerugian RM32,000 setelah diperdaya menggunakan modus operandi yang sama.
Mohd Wazir berkata, mangsa, 56, yang menerima panggilan itu pada 12.45 tengah hari semalam, kemudiannya telah memasukkan kesemua wang berjumlah RM32,000 ke dalam akaun yang diberikan suspek.
Dia hanya menyedari ditipu setelah gagal menghubungi semula suspek sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Dearah Temerloh petang semalam, katanya.
Kedua-dua kes di siasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, sebatan dan denda jika sabit kesalahan. -- Bernama
Bernama
Wed Sep 05 2018

Kedua-dua mangsa diperdaya oleh sindiket yang menghubungi mereka melalui panggilan telefon. - Gambar hiasan

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Teknologi canggih makmal analisis cryptocurrency selesai kes jenayah besar
Makmal analisis jenayah mata wang kripto yang mula beroperasi sejak 2021 merekodkan pencapaian membanggakan dan berjaya menyelesaikan kes-kes besar.

"Untung" RM110, rugi lebih RM200,000 akibat pelaburan tak wujud
Lelaki berusia 55 tahun itu mendakwa tertarik menyertai pelaburan yang dikatakan patuh syariah selain menjanjikan pulangan lumayan.

Pelajar IPTA di Arau alami kerugian RM38,000 ditipu Macau Scam
Seorang pelajar IPTA di Arau mengalami kerugian RM38,000 selepas dipercayai ditipu Macau Scam apabila terpedaya dengan dakwaan terlibat dalam siasatan kes pengubahan wang haram.

Macau Scam: Pesara guru rugi RM199,500
Mangsa mendakwa dihubungi suspek yang memperkenalkan diri sebagai pekerja syarikat penghantaran yang memaklumkan terdapat barang atas namanya.

PDRM sedang kenal pasti dalang seludup 43 rakyat Malaysia ke Peru
Polis sedang mengenal pasti dalang utama sindiket Macau Scam yang menyebabkan 43 rakyat Malaysia menjadi mangsa pemerdagangan manusia di Peru.

Kerajaan usaha bawa balik mangsa 'scam' luar negara
Buat masa ini kerajaan sedang berusaha mengesan mereka yang menjadi mangsa, kata Timbalan Perdana Menteri.

43 rakyat Malaysia mangsa sindiket Macau Scam diselamatkan di Peru
Seramai 43 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa penyeludupan manusia sindiket Macau Scam berjaya diselamatkan polis Republik Peru pada 7 Oktober lalu.

Guru paling ramai dalam kalangan penjawat awam jadi mangsa scammer di Johor - Polis
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata faktor itu dipercayai berikutan terdapat banyak komuniti guru di negeri ini iaitu kira-kira 50,000 orang.

Macau Scam: Pekebun sayur rugi hampir RM800,000
Mangsa yang takut dengan ugutan itu mendakwa telah diarah memindahkan wang daripada akaun simpanan ke lima akaun berbeza.

Sebanyak 5,513 aduan penipuan dalam talian dilapor ke MCMC, ini lima jenis scam
Sebanyak 5,513 aduan penipuan dalam talian dilaporkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dari 2020 hingga Mei tahun ini.