GEORGE TOWN: Kerajaan diminta supaya mengkaji semula cadangan cukai eksais ke atas rokok elektronik dan cecair bernikotin yang diumumkan dalam Bajet 2022 pada Jumaat lalu.
Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, pengumuman itu boleh dianggap bahawa kerajaan membenarkan bahan tersebut diedarkan di pasaran secara terbuka untuk kegunaan orang ramai.
Menurutnya, ia juga mencerminkan sikap kerajaan yang tidak serius dalam melarang amalan merokok seperti yang dihebahkan melalui iklan-iklan yang disiarkan di pelbagai media cetak dan elektronik selama ini.
"Kerajaan sepatutnya melihat isu ini secara menyeluruh dan untuk jangka masa panjang.
"Mungkin dalam jangka masa pendek, mengenakan cukai eksais terhadap bahan ini dapat menjana keuntungan kepada negara, tetapi kesihatan rakyat yang terjejas akibat ketagihan rokok dibimbangi akan merugikan negara.
"Kita mengharapkan kerajaan akan menyemak semula cadangan mengenakan cukai terhadap bahan bernikotin ini sebelum ia dilaksanakan.
"Ia bagi mengelakkan kesan negatif ke atas rakyat terutama generasi muda yang menjadi aset negara pada masa depan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Beliau turut mengingatkan keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan pada 21 Disember 2015 yang menegaskan tentang hukum penggunaan rokok elektronik dan vape sebagai haram.
"Sebagai mufti, saya ingin mengingatkan, keputusan ini dibuat setelah mempertimbangkan isu ini daripada pelbagai sudut terutamanya sudut kesihatan.
"Para mufti seluruh negara bersetuju dengan status haram rokok elektronik setelah disahkan oleh pakar perubatan dan kesihatan termasuk daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bahawa rokok ini membahayakan kesihatan penggunanya," katanya.
Wan Salim menambah, rokok elektronik itu juga dikesan mengandungi pelbagai jenis racun yang boleh memudaratkan kesihatan.
"Secara umumnya, merokok juga merupakan satu pembaziran, tambahan pula dalam keadaan ramai rakyat yang terjejas pendapatan akibat pandemik Covid-19 yang melanda dunia pada masa kini," katanya.
Pada Jumaat, Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kerajaan bercadang mengenakan duti eksais ke atas produk cecair atau gel mengandungi nikotin yang digunakan untuk rokok elektronik dan vape.
Tambah Tengku Zafrul, kerajaan turut bercadang meluaskan duti eksais ke atas produk minuman bergula dalam bentuk pracampuran berasaskan coklat atau koko, malt, kopi dan teh dalam usaha menjayakan gaya hidup sihat rakyat.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Nov 01 2021
Kerajaan diminta supaya mengkaji semula cadangan cukai eksais ke atas rokok elektronik dan cecair bernikotin. -Gambar hiasan/Dagang News
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Peraturan penjualan rokok elektronik dijangka dilaksana dalam masa terdekat
Peraturan dan perintah larangan berkaitan penjualan produk rokok elektronik atau vape dijangka dilaksanakan dalam masa terdekat.
Kod Sukan Selamat: Tiada lagi pembiayaan aktiviti yang ditaja jenama vape, tembakau
Hannah prihatin dengan pelbagai isu membabitkan masalah kesihatan terutama dalam kalangan anak muda, yang berpunca daripada rokok dan vape.
Magic mushroom: Kerajaan Kelantan akan bincang dengan Jabatan Pendidikan Negeri
Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata pihaknya akan meneliti lebih lanjut mengenai perkara itu.
Perlu segera pewartaan peraturan produk vape- MMA
Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menggesa kerajaan supaya segera mewartakan peraturan bagi produk berkaitan rokok elektronik dan vape.
Kerajaan Australia guna TikTok dalam kempen antimerokok, vape
Kerajaan Australia telah melancarkan kempen baharu yang menggalakkan orang ramai untuk berhenti merokok dan menghisap vape.
Penggunaan rokok elektronik vape akan dikawal dengan ketat - Dr Dzulkefly
Pengunaan rokok elektronik akan dikawal ketat menerusi Peraturan-peraturan kawal selia di bawah Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 yang akan dikuatkuasakan bulan ini.
Promosi berleluasa, tanpa kawalan antara faktor pengaruhi remaja jadi perokok kekal - KKM
Di bawah Akta 852, KKM akan memperketatkan larangan penjualan, pembelian dan penggunaan semua jenis produk merokok kepada orang belum dewasa (OBD) yang berumur kurang 18 tahun.
KKM kuat kuasa Akta 852, tangani penggunaan rokok elektronik babit golongan muda
Kementerian Kesihatan akan menguatkuasakan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) sepenuhnya pada Jun depan.
Kemasukan ke hospital kerana hisap 'vape', termasuk golongan kanak-kanak meningkat 733 peratus dalam 4 tahun
Kemasukan kanak-kanak kerana penyakit berkaitan mengevap merupakan enam peratus daripada jumlah kemasukan keseluruhan dalam tahun 2020.
Rakyat Malaysia diingatkan cakna perubahan undang-undang Singapura
Ini penting bagi mengelakkan kesulitan kepada diri sendiri dan keluarga jika mereka ditahan dan disiasat oleh pihak berkuasa.