SINGAPURA: Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura Datuk Azfar Mohamad Mustafar mengingatkan rakyat Malaysia termasuk golongan yang bekerja di sini supaya sentiasa cakna dengan perkembangan undang-undang negara berkenaan.
Katanya ini penting bagi mengelakkan kesulitan kepada diri sendiri dan keluarga jika mereka ditahan dan disiasat oleh pihak berkuasa di negara ini.
“Saya harap semua sentiasa ‘update’ (cakna) tentang undang-undang Singapura. Baru-baru ini ramai yang kena tahan bawa vape (rokok elektronik) dan sebagainya.
“Apabila disiasat, pasport kena ambil dan tidak boleh balik ke Malaysia dan ini akan sebabkan banyak masalah dan kadang kala apabila majikan tahu, mereka akan terus diberhentikan,” katanya ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa di Suruhanjaya Tinggi Malaysia, di sini, Rabu malam.
Majlis anjuran Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura dengan kerjasama Kementerian Sumber Manusia itu dihadiri lebih 80 rakyat Malaysia yang majoritinya terdiri daripada golongan pekerja.
Vape adalah diharamkan di Singapura dan menjadi satu kesalahan untuk memiliki, membeli atau menggunakan rokok elektronik dan komponen berkaitannya serta pesalah boleh didenda sehingga S$2,000 (RM7,000) bagi setiap kesalahan.
Ia juga merupakan satu kesalahan untuk menjual, memiliki untuk dijual, mengimport atau mengedar rokok elektronik dan komponen berkaitannya.
Pesalah boleh didenda sehingga $10,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan didenda sehingga $20,000 atau penjara sehingga 12 bulan atau kedua-duanya untuk kesalahan kedua atau seterusnya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 03 2024
Rakyat Malaysia termasuk golongan yang bekerja di Singapura diingatkan supaya sentiasa cakna dengan perkembangan undang-undang negara berkenaan. - Gambar hiasan
Google Tasks kini diintegrasi sepenuhnya dalam Google Calendar
Ia mengintegrasikan Tasks sepenuhnya ke dalam Calendar membenarkan pengguna melakukan perkara sama yang ada dalam aplikasi Tasks sendiri.
Pelarian di Sudan gigih cari rezeki dengan manisan
Golongan wanita berpeluang mempelajari kemahiran membuat manisan untuk mendapatkan makanan dan menjana pendapatan.
Lawatan kerja PM: Tiga MoU dimeterai antara Malaysia-Korea
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima sambutan negara di Istana Presiden Yongsan untuk bertemu Presiden Yoon Suk Yeol pada Isnin.
Perkhidmatan feri Pulau Pinang alami kerugian tahunan RM14 juta
Kos perkhidmatan feri di Pulau Pinang melebihi jumlah kutipan tiket, menyebabkan kerugian tahunan sekitar RM14 juta.
Pelajar Tingkatan Lima maut motosikal langgar kon
Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pembonceng dan penunggang motosikal lelaki mengalami luka.
LaLiga: Mbappe tamatkan kemarau jaringan
Los Blancos memanfaatkan keputusan seri Barcelona dengan Celta Vigo pada Sabtu untuk merapatkan jurang kepada empat mata.
Guru dikhuatiri lemas: Operasi SAR bersambung pagi ini
Operasi mencari Murdani Ab Rahman, 53, ditangguhkan pada 9.30 malam berikutan faktor cuaca tidak mengizinkan.
Anwar, Yoon adakan mesyuarat dua hala mengenai hubungan Malaysia dan Korea Selatan
Kedua-dua pemimpin, diiringi beberapa menteri, mengadakan mesyuarat dua hala bermula 11.10 pagi, dijangka berlangsung kira-kira sejam.
Mengenang Legasi Seniman Negara Tan Sri Ahmad Nawab
Bagi mengimbas kembali legasi Allahyarham kita bersama Datuk Chuari Selamat, penulis lirik dan bekas penyampai radio popular RTM.
Leicester City pecat Cooper selepas hanya 12 perlawanan
Leicester City mengambil keputusan memecat jurulatih mereka, Steve Cooper pada Ahad selepas hanya mengendalikan 12 perlawanan.
Rakyat Malaysia diingatkan cakna perubahan undang-undang Singapura
Ini penting bagi mengelakkan kesulitan kepada diri sendiri dan keluarga jika mereka ditahan dan disiasat oleh pihak berkuasa.