Walaupun baharu sahaja Kompleks Pekan Rabu di Alor Setar, Kedah ini dibuka namun ianya membuat rezeki buat Jamaludin Osman, 53 atau lebih dikenali 'Pak Din'.
Bahulu panas yang diusahakannya habis mendapat tempahan pelbagai parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Setiap hari beliau terpaksa menghasilkan lebih 10,000 biji kuih bahulu yang telah ditempah.
Keunikan kuih Bahulu Panas Pak Din ini lembut dan tidak mudah keras walaupun dibiarkan terdedah di luar bekas selain kekal wangi.
Katanya, dia sentiasa mengekalkan keaslian pembuatan daripada ibunya yang mana adunan tepung, telur, gula dan air masih secara manual.
Malah Pak Din berkata, dia mencipta sendiri alat memasukkan adunan ke dalam acuan kuih bahulu itu.
"Alhamdulillah, musim pilihan raya ini saya tidak menang tangan dan mendapat tempahan terlalu banyak. Mungkin kuih bahulu panas ini ditempah untuk diedarkan di markas-markas politik dan jamuan-jamuan rakyat," katanya ketika ditemui Astro AWANI di sini baru-baru ini.
Malah bagi pekerjanya, Mohammad Noor, 25, sepanjang seminggu ini beliau tidak menang tangan untuk menyiapkan tempahan yang tidak pernah putus.
Kata Mohamad, adakalanya calon sendiri datang menempah untuk di letak di Pusat Daerah Mangundi (PDM) bagi penyokong parti yang membuat kerja pemasangan bendera dan poster..
"Kalau ikut tempahan pilihan raya ini kira banyak la kadang-kadang sebelum penamaan calon mereka datang membuat tempahan untuk diletakkan di markas-markas atau PDM masing-masing," katanya.
Bahulu panas Pak Din ini dijual pada harga RM10 setiap bekas yang mengandungi 50 biji. Pelbagai reka bentuk terdapat misalnya bentuk cermai, ikan, cermai pecah lapan dan bahulu comel.
Adie Sufian Zulkefli
Sat May 05 2018
Bahulu panas Pak Din ini dijual pada harga RM10 setiap bekas yang mengandungi 50 biji.
AWANI Ringkas: Pembinaan LCS siap akhir tahun, ikut jadual kontrak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tunggakan bil elektrik cecah RM1.01 bilion - Akmal Nasir
Jumlah akaun dan tunggakan bil elektrik yang terlibat dalam proses pemotongan bekalan terus meningkat.
[KOLUMNIS] Belanjawan 2025 merealisasi agenda ‘Reformasi’ kebajikan veteran tentera
Ini adalah kali pertama tuntutan para veteran ini diselesaikan kerajaan selepas berjuang menuntut pelarasan ini sejak sekian lama.
Adik Zaliha Mustafa meninggal dunia
Adik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa, Shamsiah binti Mustafa dilaporkan meninggal dunia pada jam 1.10 pagi Selasa.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan Zaliha, menerusi semua platform media sosial rasmi beliau.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan Zaliha, menerusi semua platform media sosial rasmi beliau.
Pekerja Islam berdepan diskriminasi solat Jumaat diminta buat aduan - Exco
Pekerja beragama Islam yang berdepan isu diskriminasi untuk menunaikan kewajipan solat Jumaat bermula 1 Jan tahun depan diminta membuat aduan.
Lebih 2,000 alumni bakal sertai Malam Alumni UM 2024
Aktiviti ini dijangka memberi motivasi kepada pelajar baharu dan alumni muda untuk terus mencipta kejayaan dalam bidang masing-masing.
MediaTek lancar cip Dimensity 8350
Ia dihasilkan menggunakan teknologi 4nm, hadir dengan empat teras CPU Cortex-A715, empat teras CPU Cortex-A510, GPU Mali-G615 MC6, dan NPU 780.
[KOLUMNIS] Perolehan aset terpakai: Pilihan praktikal pertahanan
Pembelian aset terpakai ini terbukti mampu menawarkan jalan tengah yang pantas dan efektif.
Sidang Parlimen: Pembinaan LCS siap akhir tahun, ikut jadual kontrak
Fasa akhir pembinaan kapal Littoral Combat Ship (LCS) pertama dijadualkan siap akhir tahun ini dan dilaksanakan mengikut jadual ditetapkan dalam kontrak.
'Kita perlukan pasukan penembak dron' - Saifuddin
Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata Malaysia memerlukan pasukan penembak dron bagi mengatasi masalah penyeludupan dadah dalam negara.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Bahulu panas Pak Din rezeki pilihan raya
Walaupun baharu sahaja Kompleks Pekan Rabu di Alor Setar, Kedah ini dibuka namun ianya membuat rezeki buat Jamaludin Osman, 53 atau lebih dikenali 'Pak Din'.
Sarjan polis direman bantu siasatan terima suapan RM13,000
Seorang sarjan polis direman enam hari untuk membantu siasatan kerana disyaki meminta dan menerima suapan sebanyak RM13,000 bagi menyelesaikan kes dadah pada 12 Feb lepas.
Bayi melecur kerana alahan ubat dijangka pulih dua bulan lagi
Bayi lapan bulan di Alor Setar yang melecur dipercayai akibat alahan ubat dijangka sembuh sebulan dua lagi