KUALA LUMPUR: Datuk Seri Azalina Othman Said hari ini memulangkan paku buah keras kepada pembangkang selepas ahli-ahli Parlimen berkenaan enggan membahaskan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2021 di Dewan Rakyat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) itu berkata, blok pembangkang tidak seharusnya takut untuk membahaskan laporan itu, sebaliknya menggunakan ruang berkenaan bagi mewakili suara rakyat.
Dalam masa yang sama, Ahli Parlimen Pengerang itu meluahkan rasa terkilan selepas mendakwa semua ahli Parlimen pembangkang tidak memasuki Dewan Rakyat ketika sesi perbahasan berlangsung.
"Sekurang-kurangnya yang dibahaskan itu boleh dipertengahkan dan menjadi keutamaan dalam perbincangan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).
"Kita nak tegur untuk kebaikan bagi rakyat kerana ini duit rakyat bukan duit kita, bukan duit mak bapak kita? Tak akan itu pun tak boleh Yang Dipertua? Sampai semua pun (Ahli Parlimen pembangkang) tak ada (dalam Dewan Rakyat). Tadi saya nampak ada seorang, lepas itu kena keluar.
"Saya betul-betul terkilan tetapi tak apa nak buat macam mana mereka takut, (tetapi) saya tak tahu nak takut kan apa?," kata Azalina ketika membahaskan LKAN 2021 di Dewan Rakyat pada Selasa.
Mengulas lanjut, Azalina berkata, LKAN 2021 terpaksa dibahaskan pada sesi kali ini kerana Parlimen pada 2021 tidak dapat bersidang berikutan Proklamasi Darurat.
"Kita perbahaskan pada 2023 sebab yang tutup rumah demokrasi ini pun mereka juga.
"Saya kena bebelkan sikit sebab cara mereka bercakap ini macam kita ini kerajaan yang begitu zalim, dan semua tak ikut undang-undang. Kalau kita betul tak ikut undang-undang, tak kan la kita buat dalam rumah demokrasi ini," tambah Azalina.
Dalam masa yang sama, Azalina berkata sepanjang lima penggal bergelar ahli Parlimen, beliau tidak pernah mendengar mana-mana ahli Parlimen baik backbencher, frontbench, atau pembangkang, tidak boleh langsung berbahas mengenai satu-satu laporan, selain daripada laporan PAC.
"Tak kan lah kita menafikan suara (rakyat) melalui kita ahli Parlimen, dan meletakkan hanya suara rakyat melalui PAC yang (dianggotai) kurang daripada 20 orang?," soalnya lagi.
Terdahulu, blok pembangkang mempersoalkan tindakan kerajaan yang membawa usul agar LKAN 2021 dibahaskan di Dewan Rakyat.
Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, tindakan itu bercanggah dengan Perkara 107 Fasal 1 Perlembagaan Persekutuan kerana LKAN perlu dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong terlebih dahulu sebelum dibentang dan dibahaskan di Dewan Rakyat.
Selain itu, Takiyuddin berkata, amalan dalam Parlimen Malaysia, LKAN tidak pernah dibahaskan di Dewan Rakyat, sebaliknya jika terdapat teguran-teguran oleh ketua audit, PAC bertanggungjawab memanggil saksi-saksi termasuk menteri untuk memberikan keterangan.
Hasimi Muhamad
Tue Jun 06 2023
Azalina berkata, blok pembangkang tidak seharusnya takut untuk membahaskan laporan itu, sebaliknya menggunakan ruang berkenaan bagi mewakili suara rakyat - Gambar tangkap layar YouTube Parlimen
[TERKINI] Hanya tiga pintu sempadan Kelantan-Thailand diwartakan
Bermula 1 Disember ini hanya tiga pintu sempadan Kelantan-Thailand yang diwartakan.
Tiada lagi khemah biru, aktiviti berkelah kembali seronok di Port Dickson
Keindahan pemandangan Pantai Teluk Kemang yang dahulunya terhalang dengan deretan khemah biru kini dapat dinikmati seluas-luasnya.
Di Kelantan hanya tiga pintu sempadan diwartakan yang dibenarkan untuk rakyat lintas sempadan - MKN
Mulai 1 Dis ini sesiapa sahaja yang menggunakan laluan haram Sungai Golok-Rantau Panjang untuk melintasi sempadan negara akan ditahan.
Masalah air di Kelantan selesai menjelang 2028
Isu bekalan air di negeri Kelantan dijangka selesai menjelang 2028 melalui 54 loji rawatan air (LRA).
Polis sudah kenal pasti individu rosakkan motosikal di Lembah Permai
Polis menerima tiga laporan berhubung kes perbuatan khianat yang dilakukan seorang lelaki yang merosakkan dua motosikal berhampiran sebuah kondominium di Jalan Lembah Permai, Tanjong Tokong.
AWANI Ringkas: 5,376 penjawat awam Kedah terima bantuan khas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
KPWKM ambil pengalaman isu GISB, tambah baik Dasar Kanak-Kanak Negara
Pengalaman berdepan kes GISB dianggap sebagai pengurusan risiko untuk kementerian bertindak dengan kadar segera dan memperbaiki SOP sedia ada.
Saloma Kuala Lumpur perkenal inisiatif bantu artis veteran, golongan memerlukan
Restoran Saloma Kuala Lumpur memperkenalkan tabung khas untuk membantu mengurangkan beban golongan seni tanah air yang memerlukan.
Lawatan PM perkukuh hubungan Malaysia-Korea menjelang ulang tahun ke-65 - Duta Besar
Lawatan kerja Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Republik Korea akan memperkukuh jalinan dua negara menjelang ulang tahun ke-65 penubuhan hubungan diplomatik Malaysia-Korea.
MOM ucap tahniah kepada Norza atas pelantikan sebagai Presiden Kehormat Seumur Hidup BAM
Majlis Olimpik Malaysia merakamkan ucapan tahniah kepada Presidennya Tan Sri Mohamad Norza Zakaria atas pelantikannya sebagai Presiden Kehormat Seumur Hidup Persatuan Badminton Malaysia.
Waktu bekerja empat hari setengah tertakluk kepada justifikasi kerajaan negeri - Azalina
Cadangan Johor untuk memperkenalkan waktu bekerja empat hari setengah seminggu adalah tertakluk kepada justifikasi kerajaan negeri.
Pemberi maklumat yang mahu perlindungan perlu buat laporan dulu - Azalina
Mana-mana individu yang ingin mendapatkan pelindungan di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 perlu membuat laporan kepada pihak berkuasa yang bertanggungjawab terlebih dahulu.
Dakwaan kumpulan Sulu bebas ambil tindakan terhadap Sabah tidak masuk akal - Azalina
Tuntutan Kumpulan Sulu yang mendakwa mereka bebas untuk mengambil tindakan terhadap Sabah, disifatkan sebagai tidak masuk akal.
Takiyuddin tuntut Azalina perjelas berkaitan Lembaga Pengampunan
Takiyuddin menuntut Azalina membuat penjelasan di Dewan Rakyat berhubung kenyataan mengelirukan mengenai sekretariat Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan
Tuntutan Sulu: Mahkamah Agung Perancis umum keputusan bermakna buat kedaulatan Malaysia - Azalina
Mahkamah Agung Perancis hari ini menolak sepenuhnya cabaran perundangan difailkan oleh kumpulan yang mendakwa waris Kesultanan Sulu.
Malaysia raikan pelantikan bersejarah kepimpinan dalam pencegahan rasuah
Azam Baki berkata pelantikan berprestij itu dilihat sebagai bukti komitmen Malaysia semakin meningkat dalam memerangi rasuah.
Parlimen: Kajian empirikal asing peranan AG, Pendakwa Raya akan ambil masa - Azalina
Azalina berharap satu laporan interim berkaitan status pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya dapat dimasukkan dalam kajian empirikal berkaitan perkara itu pada tahun depan.
Menteri Kabinet sambut baik pindaan Perlembagaan Persekutuan berhubung kewarganegaraan
Pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan berkaitan kewarganegaraan disifatkan satu detik bersejarah buat negara.
Tiga kertas kerja berkaitan GISB dibentangkan di Parlimen minggu depan - Azalina
Tiga kertas kertas kerja berkaitan GISB akan dibentangkan pada hari kedua Persidangan Dewan Rakyat yang bermula Isnin ini.
Kes Lahad Datu: Keputusan mahkamah setimpal dengan sifat, kezaliman tertuduh - Azalina
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata ia juga satu keputusan yang positif kepada negara.