KUALA LUMPUR:Polis Selangor menerima 180 laporan berhubung aktiviti ugutan untuk menyebarkan gambar serta video bogel yang pernah dikongsi mangsa sejak Januari hingga November tahun ini.
Sebahagian besar kes membabitkan sindiket yang memperdaya mangsa di media sosial, selain suspek yang terdiri daripada individu dikenali mangsa termasuk bekas suami atau teman lelaki.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Datuk Fadzil Ahmat, berkata modus operandi sindiket itu ialah memperdayakan mangsa di laman sosial sehingga sanggup berkongsi berbogel atau lucah.
"Sindiket ini memperdaya lelaki atau wanita tidak mengira umur termasuk warga emas menggunakan aplikasi media sosial seperti Wechat, Facebook, Michat, WhatsApp dan laman web seperti Godate2night, Locanto.Asia dan beberapa platform Internet lain.
"Sindiket akan merekod video serta gambar-gambar lucah mangsa supaya mereka boleh memeras ugut mangsa untuk menyebarkan video serta gambar-gambar tersebut.
"Sindiket ini seterusnya akan meminta wang RM10,000 hingga RM20,000 dan sekiranya mangsa tidak membayar, mereka akan menyebarkan gambar dan video mangsa di media sosial selain kepada ahli keluarga dan rakan mangsa," katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.
Tambah Fadzil, selain sindiket, sebanyak 42 kes melibatkan pemerasan oleh individu dikenali mangsa termasuk bekas suami atau teman lelaki.
"Polis menasihatkan masyarakat agar tidak mudah terpedaya dengan tipu muslihat sebegini. Pelbagai cara dibuat suspek melalui aplikasi-aplikasi dinyatakan.
"Masyarakat perlu lebih bijak menggunakan media sosial dan perlu diingatkan sebarang aksi langsung di media sosial akan mudah dirakam oleh pihak kedua.
"Jangan mempercayai sesiapa yang baharu dikenali di media sosial kerana ramai yang telah menjadi mangsa kepada kumpulan 'scammer' ini," tegas beliau.
Afiezy Azaman
Mon Nov 30 2020
![Bahana kongsi gambar, video bogel, polis Selangor terima 180 laporan pemerasan Bahana kongsi gambar, video bogel, polis Selangor terima 180 laporan pemerasan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/81606749386_rape.jpg)
Sebahagian besar kes membabitkan sindiket yang memperdaya mangsa di media sosial, selain suspek yang terdiri daripada individu dikenali. -Gambar hiasan
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
![Empat lelaki termasuk remaja bawah umur ditahan berkaitan kes culik Empat lelaki termasuk remaja bawah umur ditahan berkaitan kes culik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718632115_tbBalveerSingh.jpg)
Empat lelaki termasuk remaja bawah umur ditahan berkaitan kes culik
Polis menahan empat lelaki warga tempatan berumur dalam lingkungan 15 hingga 20 tahun berkaitan kes tiga remaja lelaki dilarikan sekumpulan lelaki dari sebuah pasar raya di Skudai di sini pada 15 Jun.
![Warga emas diugut gambar bogel disebar, rugi lebih RM40,000 Warga emas diugut gambar bogel disebar, rugi lebih RM40,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81700903158_LogoPDRM.jpg)
Warga emas diugut gambar bogel disebar, rugi lebih RM40,000
Seorang lelaki warga emas kerugian RM44,500 apabila diperas seorang wanita warga asing yang mengugut akan menyebarkan video bogelnya.
![Sebar gambar bogel punca lelaki dibunuh Sebar gambar bogel punca lelaki dibunuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51704345636_IPDGombak.jpg)
Sebar gambar bogel punca lelaki dibunuh
Polis telah menahan lapan suspek terdiri daripada lima lelaki dan tiga wanita berusia antara 19 hingga 46 tahun dalam kes bunuh di Sungai Choh, Rawang 23 Disember lalu.
![Polis terima 21 laporan peras ugut guna gambar, video lucah libatkan pelajar IPT Polis terima 21 laporan peras ugut guna gambar, video lucah libatkan pelajar IPT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/81621400629_twitter.jpg)
Polis terima 21 laporan peras ugut guna gambar, video lucah libatkan pelajar IPT
12 mangsa terlibat telah membuat pembayaran kepada suspek sehingga mengakibatkan kerugian sebanyak RM33,788.88.
![Bahana kongsi gambar, video bogel, polis Selangor terima 180 laporan pemerasan Bahana kongsi gambar, video bogel, polis Selangor terima 180 laporan pemerasan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/81606749386_rape.jpg)
Bahana kongsi gambar, video bogel, polis Selangor terima 180 laporan pemerasan
Sebahagian besar kes membabitkan sindiket yang memperdaya mangsa di median sosial, selain suspek yang terdiri daripada individu dikenali mangsa termasuk bekas suami atau teman lelaki.
![Lelaki, tunang ditahan kerana peras ugut sebar gambar bogel Lelaki, tunang ditahan kerana peras ugut sebar gambar bogel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-07/81595555534_NikEzaneeMohdFais.jpg)
Lelaki, tunang ditahan kerana peras ugut sebar gambar bogel
Perbuatan seorang wanita berkongsi gambar dan video bogel dengan bekas teman lelakinya membawa padah apabila menjadi mangsa peras ugut selepas telefon lelaki itu 'hilang'.
![Guru ditahan hantar gambar bogel, adakan hubungan seks dengan pelajar 14 tahun Guru ditahan hantar gambar bogel, adakan hubungan seks dengan pelajar 14 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/61519870819_teacher.jpg)
Guru ditahan hantar gambar bogel, adakan hubungan seks dengan pelajar 14 tahun
Seorang guru sains wanita di Amerika Syarikat ditahan selepas mengadakan hubungan seks dengan pelajar lelaki berusia 14 tahun.
![Serah 30 gambar bogel demi wang, wanita kini dalam ketakutan Serah 30 gambar bogel demi wang, wanita kini dalam ketakutan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-12/51513002039_WanitaSerahGambar.jpg)
Serah 30 gambar bogel demi wang, wanita kini dalam ketakutan
Seorang wanita kini hidup dalam ketakutan akibat memberikan 30 keping gambar bogel kepada seorang lelaki.
![Uqasha Senrose diugut peminat serah gambar bogel Uqasha Senrose diugut peminat serah gambar bogel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-12/81512650357_uqashasenrose.jpg)
Uqasha Senrose diugut peminat serah gambar bogel
Pelakon Uqasha Senrose bengang apabila ada peminat yang bertindak liar dan agresif meminta gambar bogelnya menerusi direct message di akaun Instagramnya.
![Gambar bogel tersebar, Jennifer Lawrence rasa seperti 'diperkosa' satu dunia Gambar bogel tersebar, Jennifer Lawrence rasa seperti 'diperkosa' satu dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-11/81511521361_JeniferLawrence.jpg)
Gambar bogel tersebar, Jennifer Lawrence rasa seperti 'diperkosa' satu dunia
Jennifer Lawrence mendedahkan dia rasa seperti diperkosa satu dunia selepas foto-foto peribadinya dalam keadaan tanpa seurat benang tersebar.