JEMPOL: Seorang lelaki warga emas kerugian RM44,500 apabila diperas seorang wanita warga asing yang mengugut akan menyebarkan video bogelnya.
Ketua Polis Daerah Jempol, Supt Hoo Chang Hook berkata, mangsa berusia 61 tahun itu terpaksa membayar sejumlah wang kepada suspek yang dikenalinya di Facebook sebagai Ayuni Seri bagi mengelakkan videonya tersebar.
"Suspek dipercayai warga Indonesia membuat panggilan video dalam keadaan tidak berpakaian pada 3 Jun, 4.30 petang, mangsa diminta membuka pakaian dan melayan (panggilan) video itu lebih kurang seminit.
"Susulan itu, pengadu menerima (panggilan) video lucah terbabit dan suspek mengugut menyebar gambar pengadu di media sosial dengan ugutan sejumlah wang," katanya dalam kenyataan.
Hoo berkata, pengadu yang juga pesara kerajaan membuat pengiriman wang sebanyak enam kali ke empat akaun berlainan berjumlah RM44,500 pada 5 Jun hingga 7 Jun.
Beliau berkata, mangsa terus diminta memasukkan wang sebanyak RM58,500 semalam untuk menyelesaikan masalah tersebut namun disebabkan kehabisan wang, mangsa membuat laporan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan. - BERNAMA
Bernama
Sun Jun 09 2024

Seorang lelaki warga emas kerugian RM44,500 apabila diperas seorang wanita warga asing yang mengugut akan menyebarkan video bogelnya.
Hakim Jepun dipilih sebagai presiden baharu ICJ
Hakim Jepun, Yuji Iwasawa dipilih sebagai presiden baharu Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) bagi tempoh 2025 sehingga 5 Februari 2027.
Tingkat kemahiran, produktiviti mampu lonjak pendapatan
Peningkatan produktiviti boleh dicapai menerusi program menambah kemahiran seperti Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), penguasaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan kewujudan pusat kecemerlangan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Wanita Jepun jatuh dari tingkat 4 isteri usahawan dan pempengaruh - Polis
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan kematian wanita warga Jepun yang maut terjatuh dari tingkat 4 sebuah kondominium adalah isteri kepada usahawan dan pempengaruh media sosial.

Remaja perempuan Orang Asli hilang dari rumah
Remaja perempuan Orang Asli hilang dari rumah
Jaga, hormati sensitiviti agama dan budaya Malaysia - Aaron
Menurut Datuk Aaron Ago Dagang dalam satu kenyataan, sebagai sebuah negara yang majmuk, masyarakat perlu memupuk semangat saling menghormati antara satu sama lain, tanpa mengira latar belakang agama atau bangsa.
[TERKINI] Syarikat lori tayar tercabut sebabkan tujuh maut didakwa lebih muatan
Sebuah syarikat logistik yang terbabit dalam nahas maut mengorbankan tujuh individu hujung Disember lalu didakwa di Mahkamah Majistret Alor Gajah atas pertuduhan membawa muatan melebihi had dibenarkan.

Dua sahabat mengaku salah rompak berkumpulan guna senjata, cederakan dua lelaki
Dua sahabat mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan merompak secara berkumpulan menggunakan senjata dan mencederakan dua lelaki di Bachok, pada 30 Jan.

Sukan olahraga hilang 'sentuhan' Harun Rasheed
KOM mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan menghargai jasa beliau kepada sukan tanah air.

Berpuasa tidak halang Nurul Izzah tampil aksi cemerlang di Turkiye
Ratu berbasikal trek negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri berjanji akan menampilkan aksi cemerlang meskipun beraksi ketika berpuasa di Kejohanan Piala Negara-Negara di Konya, Turkiye.

Rusia larang kemasukan 9 warga Jepun, termasuk diplomat tertinggi
Sebagai tindak balas terhadap dasar sekatan Jepun, Rusia telah melarang sembilan warga Jepun daripada memasuki wilayahnya, termasuk Menteri Luar Jepun Takeshi Iwaya.

Warga emas diugut gambar bogel disebar, rugi lebih RM40,000
Seorang lelaki warga emas kerugian RM44,500 apabila diperas seorang wanita warga asing yang mengugut akan menyebarkan video bogelnya.