Perdana Menteri memberi jaminan tersebut selepas beberapa pihak daripada blok pembangkang didakwa mempertikai usaha kerajaan, dengan mengatakan mustahil kemiskinan dapat dinoktahkan.
"Saya agak sangsi dengan pandangan beberapa yang menyebut 'dalam Islam tidak ada maksud menoktahkan kemiskinan', dan tak salah saya Kepala Batas mengatakan dalam tradisi Islam tidak boleh menoktahkan kemiskinan kerana ada zakat.
"Saya minta Yang Berhormat menelaah lagi... Tanggungjawab kita ialah pastikan agihan kekayaan itu dapat dimanfaatkan oleh segolongan besar.
"Bagaimana mereka yang dalam parti Islam ini kata ini tidak mungkin? Jadi, kita gunakan jentera kita sebaik mungkin.
"Percayalah saya akan pastikan seluruh jentera kerajaan tanpa tolak ansur memastikan kita noktahkan kemiskinan tegar tahun ini juga," katanya ketika sesi penggulungan kemengterian di Dewan Rakyat pada Khamis.