Setiausaha Agung PKR Mohd Rafizi Ramli pada Isnin memfailkan permohonan untuk merujuk tiga persoalan perlembagaan berhubung pertuduhan di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (BAFIA) yang dihadapinya ke Mahkamah Tinggi.
Mohd Rafizi yang juga anggota Parlimen Pandan memfailkan permohonan itu bersama kerani bank, Johari Mohamad melalui Tetuan Daim & Gamany, di Mahkamah Sesyen di sini.
Peguam mereka, N.Surendran memberitahu pemberita bahawa permohonan itu dijangka akan didengar di Mahkamah Sesyen sebelum perbicaraan bermula pada 27 April ini.
Beliau berkata permohonan itu dibuat mengikut Seksyen 30 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 bagi mendapatkan keputusan berhubung persoalan sama ada dakwaan terhadap Mohd Rafizi dan Johari boleh diteruskan walaupun BAFIA telah dimansuhkan dua tahun lepas.
Akta itu digantikan dengan Akta Perkhidmatan Kewangan 2013. Peguam itu berkata permohonan juga dibuat atas persoalan sama ada dakwaan di bawah BAFIA itu tidak berperlembagaan memandangkan unsur niat tidak dinyatakan sebagai elemen bagi kesalahan di bawah Akta itu.
"Permohonan turut dibuat untuk satu keputusan atas persoalan sama ada Seksyen 87(2) BAFIA boleh menyebabkan individu bersalah kerana menjawab sebarang soalan yang diajukan kepadanya.
Mohd Rafizi yang turut hadir pula berkata permohonan itu difailkan kerana tuduhan ke atasnya jelas bermotifkan politik serta tidak mengambil kira soal kepentingan awam.
Mohd Rafizi, 38, mengaku tidak bersalah mendedahkan dokumen penyata baki akaun pelanggan Public Bank Bhd iaitu National Feedlot Corporation (NFC), National Meat & Livestock Sdn Bhd, Agroscience Industries Sdn Bhd dan Pengerusi NFC Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, yang beliau mempunyai akses, kepada perunding media Yusof Abdul Alim dan pemberita The Star Erle Martin Carvalho.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Ibu Pejabat PKR di Merchant Square, Jalan Tropicana Selatan, Petaling Jaya, pada 7 Mac 2012.
Mohd Rafizi didakwa mengikut Seksyen 97(1) BAFIA yang boleh dihukum mengikut Seksyen 103(1)(a) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda maksimum RM3 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Johari, 44, juga mengaku tidak bersalah bersubahat dengan Mohd Rafizi pada tarikh dan di alamat yang sama. Beliau didakwa mengikut Seksyen 112(1)(c) BAFIA, dan boleh dihukum menurut Seksyen 103 akta sama.
Kes itu ditetapkan untuk perbicaraan pada 27 April ini di Mahkamah Sesyen.
Pada 10 Sept 2012 Setiausaha Agung PKR itu memfailkan permohonan untuk mengetepikan pertuduhan berkenaan tetapi permohonannya ditolak Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 23 Nov 2012.
Mahkamah Rayuan juga mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi itu selepas menolak rayuan Mohd Rafizi.
Pada 6 April lepas, Mahkamah Persekutuan membatalkan rayuan Mohd Rafizi bagi mengetepikan pertuduhan di bawah BAFIA berikutan mahkamah itu tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes yang berasal daripada Mahkamah Sesyen.
Bernama
Mon Apr 20 2015

Mohd Rafizi yang juga anggota Parlimen Pandan memfailkan permohonan itu bersama kerani bank, Johari Mohamad melalui Tetuan Daim & Gamany, di Mahkamah Sesyen di sini.
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

BAFIA: Rafizi fail permohonan rujuk tiga soal perlembagaan
Mohd Rafizi yang juga anggota Parlimen Pandan memfailkan permohonan itu bersama kerani bank, Johari Mohamad melalui Tetuan Daim & Gamany, di Mahkamah Sesyen di sini.