Badan Peguam Malaysia mengalu-alukan dan mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Zaharah Ibrahim yang telah mengangkat sumpah sebagai Hakim Besar Malaya yang baharu, hari ini.
Presidennya George Varughese berkata Badan Peguam berharap untuk bekerjasama dengan Zaharah.
"Kami ucapkan selamat maju jaya kepada Yang Arif dalam melaksanakan peranan dan tanggungjawab baharu beliau yang sangat penting, dan kami berikrar untuk memberikan kerjasama dan sokongan sepenuhnya kepada Yang Arif," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, malam tadi.
Zaharah, 65, adalah wanita kedua yang memegang jawatan itu selepas Tan Sri Siti Norma Yaakob, yang berkhidmat sejak 2005 hingga 2007.
Beliau mengisi satu daripada empat jawatan tertinggi dalam badan Kehakiman, menggantikan Tan Sri Ahmad Maarop, yang dilantik sebagai Presiden Mahkamah Rayuan.
Zaharah mengangkat sumpah jawatannya di hadapan Hakim kanan Mahkamah Tinggi Datuk Su Geok Yiam di Istana Kehakiman.
Beliau dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman pada 1 Ogos 2004, berkhidmat di Bahagian Sivil Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur dan kemudian di Bahagian Jenayah Mahkamah Tinggi Malaysia di Shah Alam.
Zaharah kemudiannya dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi pada 28 Julai 2006, menjadi Hakim Mahkamah Rayuan pada 14 April 2010 dan hakim Mahkamah Persekutuan pada 16 Feb 2015.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 17 2018

Zaharah, 65, adalah wanita kedua yang memegang jawatan itu selepas Tan Sri Siti Norma Yaakob, yang berkhidmat sejak 2005 hingga 2007. --fotoBERNAMA

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Bincang MA63 berdasarkan IGC - Abang Johari
Katanya, Sabah dan Sarawak sudah diiktiraf sebagai rakan kongsi setara dalam pembentukan Malaysia dan justeru bilangan anggota jawatankuasa itu mestilah sama.

Polis akan panggil bekas presiden Majlis Peguam, Christopher Leong - KPN
Polis akan memanggil bekas Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong kerana membuat kenyataan menghasut dan mengelirukan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

CLJ bidas kenyataan Presiden Badan Peguam
CLJ menegaskan tidak patut wujud sebarang halangan bagi badan perundangan di negara ini, termasuk untuk meluluskan undang-undang berasaskan prinsip Islam.

Pendirian Badan Peguam terhadap hudud juga tidak ikut Perlembagaan - PPMM
PPMM melalui Presidennya, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar melahirkan rasa kurang senang dan menegur kenyataan media Badan Peguam.

Badan Peguam desak Kerajaan mansuh Akta Hasutan
Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-69 Badan Peguam hari ini meluluskan usul bagi mendesak Kerajaan agar memansuhkan Akta Hasutan 1948.

Bekas Ketua Hakim wakili Anwar, Badan Peguam diminta jelaskan pendirian
Pemuda Gerakan meminta Badan Peguam menjelaskan pendirian tentang bekas Hakim Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram mengetuai pasukan pembelaan bagi kes rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli mesyuarat enggan keluar dewan walau berdepan ancaman bom
Ahli Badan Peguam bertekad meneruskan mesyuarat agung luar biasa (EGM) pada Jumaat, meskipun terdapat ancaman bom di bangunan Wisma MCA di mana mesyuarat itu berlangsung.
Lebih masa buat peguam, badan peguam selesai saman luar mahkamah
Seorang peguam, Badan Peguam dan Majlis Peguam diberi lebih banyak masa oleh Mahkamah Tinggi KL untuk menyelesaikan saman peguam berkenaan.