SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan akan mengambil tindakan undang-undang susulan isu 2,000 ekor babi di 19 ladang tidak berlesen di Kampung Baru Tanah Merah Site A, Port Dickson, dipercayai dibawa keluar dari kawasan itu tanpa pengetahuan pihak berkuasa berkaitan.
Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata pihaknya meminta Exco dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan (JPVNS) menyiasat perkara itu, selain membuat laporan polis berhubung kejadian.
Katanya kerajaan negeri khuatir haiwan yang dibawa keluar itu akan mencetuskan jangkitan penyakit Demam Babi Afrika (ASF) ke negeri lain.
"Disebabkan itu kita serahkan pada pihak polis menyiasat bagaimana haiwan itu dipindahkan. Sepatutnya babi itu tidak dipindahkan sehingga JPVNS selesai memeriksa dan mengesahkan kesemuanya selamat daripada jangkitan ASF," katanya kepada pemberita.
BACA: 2,000 ekor babi berhampiran ladang dijangkiti Demam Babi Afrika 'hilang'
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Sumbangan Hari Raya Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) dan Menteri Besar Incorporated (MBI) Negeri Sembilan kepada golongan fakir dan miskin bagi daerah Seremban di sini, hari ini.
Sementara itu Aminuddin berkata pihak JPVNS juga seharusnya lebih peka kerana mereka ditugaskan untuk memastikan tiada perpindahan haiwan itu keluar dari ladang terbabit.
Semalam media melaporkan kesemua 2,000 ekor babi yang ditempatkan berhampiran dengan ladang yang dikesan dijangkiti penyakit ASF di kampung berkenaan, dipercayai dibawa keluar oleh pemilik ladang tanpa pengetahuan pihak berkuasa.
Sebanyak 273 ekor babi yang dijangkiti wabak itu telah dilupuskan pada 13 April lepas.
Sementara itu dalam majlis malam ini Aminuddin berkata seramai 4,629 fakir dan miskin di negeri ini masing-masing menerima RM700 dan RM500 daripada MAINS, manakala MBI negeri turut menyumbang RM300 sempena perayaan Aidilfitri ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 25 2022
!['Babi hilang': Kerajaan Negeri Sembilan ambil tindakan undang-undang 'Babi hilang': Kerajaan Negeri Sembilan ambil tindakan undang-undang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/41650898384_babi.jpg)
Kerajaan negeri khuatir haiwan yang dibawa keluar itu akan mencetuskan jangkitan penyakit Demam Babi Afrika (ASF) ke negeri lain. - Gambar hiasan
![Kutipan hasil cukai berkurangan selepas SST dilaksanakan semula ganti GST - MoF Kutipan hasil cukai berkurangan selepas SST dilaksanakan semula ganti GST - MoF](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71697186819_SST.jpg)
Kutipan hasil cukai berkurangan selepas SST dilaksanakan semula ganti GST - MoF
Kutipan hasil cukai berasaskan penggunaan telah berkurangan selepas SST dilaksanakan semula bagi menggantikan GST.
![3.61 juta ahli KWSP lakukan pindahan ke Akaun Fleksibel berjumlah RM11.52 bilion - MoF 3.61 juta ahli KWSP lakukan pindahan ke Akaun Fleksibel berjumlah RM11.52 bilion - MoF](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714026552_BangunanKumpulanWa.jpg)
3.61 juta ahli KWSP lakukan pindahan ke Akaun Fleksibel berjumlah RM11.52 bilion - MoF
Seramai 3.61 juta daripada 13.01 juta keseluruhan ahli KWSP di bawah umur 55 tahun memilih untuk mempunyai amaun permulaan di dalam Akaun Fleksibel.
![Sarat tradisi, warkah persilaan undangan ke pertabalan Agong ke-17 Sarat tradisi, warkah persilaan undangan ke pertabalan Agong ke-17](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720574331_tbAdatWarkahpersi.jpg)
Sarat tradisi, warkah persilaan undangan ke pertabalan Agong ke-17
Warkah persilaan menggunakan tulisan jawi yang ditulis tangan itu, diletakkan di dalam kapsul khas untuk dipersembahkan kepada Raja-Raja Melayu dan Tuan Yang Terutama.
![Trump cabar Biden sertai debat tanpa moderator Trump cabar Biden sertai debat tanpa moderator](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720573574_tbDonaldTrump.jpg)
Trump cabar Biden sertai debat tanpa moderator
Donald Trump dakwa, Demokrat sedang mengalami "keruntuhan besar-besaran" dan cabar Joe Biden untuk tampil dalam satu lagi sesi debat.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [10ulai 2024]
Fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Azib Zikry
- Bnuh diri: Lebih 48,000 panggilan diterima Talian 15555 - Ahmad Zahid
- PM perincikan cadangan sediakan elaun kos sara hidup tingkatan enam
- itipu penjual durian, pengguna disaran lapor KPDN
- Bnuh diri: Lebih 48,000 panggilan diterima Talian 15555 - Ahmad Zahid
- PM perincikan cadangan sediakan elaun kos sara hidup tingkatan enam
- itipu penjual durian, pengguna disaran lapor KPDN
![EURO 2024: Lamine Yamal penuhi impian diri sendiri, ibu EURO 2024: Lamine Yamal penuhi impian diri sendiri, ibu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720572108_tbLamineYamal.jpg)
EURO 2024: Lamine Yamal penuhi impian diri sendiri, ibu
"Saya tidak tahu sama ada saya ikon atau tidak. Itu tidak benar-benar membantu apa-apa di atas padang. Saya perlu membantu pasukan saya."
![Kulit lembu jadi punca rezeki Zulkifli Kulit lembu jadi punca rezeki Zulkifli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720521266_Pengusahakulitlemb.jpg)
Kulit lembu jadi punca rezeki Zulkifli
Menu Sambal Taun Belulang daripada kulit lembu yang sering dimakan sejak kecil mencetuskan idea buat Zulkifli Akhiar untuk mengkomersialkan kulit berkenaan sehingga mampu menjana pendapatan.
![EURO 2024: Belanda ditimpa musibah, kecewa dengan keadaan huru-hara EURO 2024: Belanda ditimpa musibah, kecewa dengan keadaan huru-hara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720569696_EUROBelanda.jpg)
EURO 2024: Belanda ditimpa musibah, kecewa dengan keadaan huru-hara
Belanda terkandas di platform stesen kereta api dan perlu melakukan penerbangan kecemasan untuk sampai ke venue pertandingan.
![Pejuang Houthi umum serang kapal Maersk Sentosa di Laut Arab Pejuang Houthi umum serang kapal Maersk Sentosa di Laut Arab](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720563410_tbHouthis.jpg)
Pejuang Houthi umum serang kapal Maersk Sentosa di Laut Arab
Pejuang Houthi umum serang kapal Maersk Sentosa di Laut Arab dengan beberapa peluru berpandu pada Selasa.
Hadi Awang enggan ulas kenyataan Zahid
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang enggan mengulas kenyataan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang memberi bayangan tidak akan ada kerjasama kedua-dua parti itu selagi Abdul Hadi memegang jawatan.
![Pampasan kepada penternak babi dijangkiti ASF akan dimuktamadkan Pampasan kepada penternak babi dijangkiti ASF akan dimuktamadkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-04/61554644158_babi.jpg)
Pampasan kepada penternak babi dijangkiti ASF akan dimuktamadkan
Pampasan kepada penternak terjejas akibat penularan African Swine Fever (ASF) atau demam babi Afrika akan dimuktamadkan pada peringkat Kementerian kewangan dalam masa terdekat
![30 ladang babi di Pulau Pinang dijangkiti ASF 30 ladang babi di Pulau Pinang dijangkiti ASF](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/61674881753_Babi.jpg)
30 ladang babi di Pulau Pinang dijangkiti ASF
Sebanyak 30 ladang babi komersial di Pulau Pinang dijangkiti penyakit African Swine Fever (ASF) sejak awal Januari lepas.
![Demam Babi Afrika merebak ke daerah Barat Daya Pulau Pinang, 62,197 babi dijangkiti Demam Babi Afrika merebak ke daerah Barat Daya Pulau Pinang, 62,197 babi dijangkiti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/61674881753_Babi.jpg)
Demam Babi Afrika merebak ke daerah Barat Daya Pulau Pinang, 62,197 babi dijangkiti
Penyakit African Swine Fever (ASF) atau demam babi Afrika kini telah merebak ke daerah Barat Daya Pulau Pinang, menyebabkan tiga lagi ladang ternakan babi ditutup.
![23 ladang ternak babi dijangkiti ASF 23 ladang ternak babi dijangkiti ASF](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71674121256_babi.jpg)
23 ladang ternak babi dijangkiti ASF
Ia membabitkan 53,275 ekor babi yang terdapat di ladang tersebut.
![ASF: Lapor segera jika jumpa babi mati - JPVNS ASF: Lapor segera jika jumpa babi mati - JPVNS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/61674881753_Babi.jpg)
ASF: Lapor segera jika jumpa babi mati - JPVNS
Seekor babi hutan jantan dewasa yang mati dan positif ASF ditemukan di Ladang Sengkang, Pasir Panjang, Port Dickson, pada 3 Januari lalu.
![ASF: 5 ladang ternakan babi di Perak ditutup ASF: 5 ladang ternakan babi di Perak ditutup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71674121256_babi.jpg)
ASF: 5 ladang ternakan babi di Perak ditutup
Sebanyak lima ladang ternakan babi yang dijangkiti Demam Babi Afrika (ASF) di Perak ditutup bagi kerja-kerja memusnahkan ternakan untuk mengurangkan risiko penyebaran wabak berkenaan.
![Empat kes demam babi Afrika di Perak sejak Disember Empat kes demam babi Afrika di Perak sejak Disember](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71663922258_babi.jpg)
Empat kes demam babi Afrika di Perak sejak Disember
Perak melaporkan empat kes penyakit demam babi Afrika (ASF) melibatkan dua daerah dari Disember hingga awal tahun ini.
![1,500 ekor babi dimusnahkan bendung penularan ASF 1,500 ekor babi dimusnahkan bendung penularan ASF](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71663922258_babi.jpg)
1,500 ekor babi dimusnahkan bendung penularan ASF
Semua babi yang dimusnahkan itu membabitkan ladang pertama yang dikesan terdapat kes jangkitan ASF.
![Kes baharu ASF di sebuah lagi ladang ternakan babi di Valdor Kes baharu ASF di sebuah lagi ladang ternakan babi di Valdor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/51673109898_Babi.jpg)
Kes baharu ASF di sebuah lagi ladang ternakan babi di Valdor
Ia menjadikan dua kes terkumpul positif ASF membabitkan dua ladang ternakan babi di negeri itu, setakat ini.
![Penyakit ASF dikesan di ladang di Sungai Bakap Penyakit ASF dikesan di ladang di Sungai Bakap](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71663922258_babi.jpg)
Penyakit ASF dikesan di ladang di Sungai Bakap
Penyakit demam babi Afrika atau 'African Swine Fever' (ASF) dikesan menjangkiti babi di sebuah ladang babi di Sungai Bakap di Seberang Perai Selatan.