PENGACARA tersohor negara, Datuk Aznil Nawawi mengakui beliau cukup beruntung kerana berpeluang berkarya di lingkaran era artis lama dan artis baharu atau lebih dikenali sebagai Budak Baru Nak Up (BBNU).
Sehubungan itu, bersandarkan pengalaman serta pengaruh yang dimiliki, beliau yang lebih mesra disapa sebagai Pak Nil tergerak hati mengambil langkah untuk melakukan sebuah rakaman penghargaan kepada legenda seni tanah air bagi berkongsi pengalaman mereka melalui ranjau kehidupan.
Buah fikirannya diterjemahkan ke produksi Yang Dulu iaitu sebuah program televisyen yang sarat menyimpan nilai kasih sayang daripada beliau buat seniman dan seniwati handalan negara.
Kepada Aznil, sumbangan besar anak-anak seni terdahulu daripadanya sesuatu yang wajar dihargai dan dikenang oleh seluruh rakyat Malaysia.
Personaliti berusia 58 tahun itu berkata, sudah lama beliau merancang untuk mengendalikan sebuah program yang menzahirkan penghargaan kepada karyawan seni veteran.
Selepas sekian lama merancang, baru kini beliau berjaya merealisasikannya di kaca televisyen.
Program yang diberi tajuk Yang Dulu adalah naskhah terbaharu berdurasi 30 minit yang diterbitkan sebanyak 25 episod secara eksklusif.
Yang Dulu merupakan rancangan temu bual eksklusif terbitan Astro Prima (saluran 125) yang menyingkap kisah artis veteran tanah air dan telah mula bersiaran pada 1 Januari lalu.
“Rancangan ‘Yang Dulu’ ini sebenarnya daripada saya sendiri, di mana saya ingin memberikan satu penghargaan kepada penyanyi, pelakon, bintang lama, pelawak-pelawak lama.
“Yang mana sudah tentunya kita macam singgah sekejap ke dalam perjalanan kerjaya mereka kerana kadang-kadang kita terlalu fokus kepada anak-anak muda, terutama BBNU.
“Legenda-legenda ini mempunyai kehidupan yang sangat berbeza dengan anak-anak seni sekarang, mereka bersusah payah memerah keringat bagi mendapat tempat dalam bidang seni,” ujar Pak Nil dalam temu bual dengan Astro AWANI.
Apa yang ada dengan 'Yang Dulu'?
Program berkgonsepkan dokumentari itu bakal menampilkan 25 orang artis lama yang telah menempa nama dalam industri sejak berpuluh-tahun dahulu sehingga menjadi nama yang tidak asing lagi sehingga ke hari ini.
Antara nama besar yang menjayakan musim pertama itu termasuk Datuk M Daud Kilau, Datuk David Arumugam, Datuk Rosnani Jamil, Datuk Jeffrydin, Datuk Ahmad Nawab, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar, Datuk Malek Noor, Mamat Khalid, Bob Lokman, Man Keedal, AR Badul, Herman Tino, Ja'afar Onn, Ruminah Sidek, Uji Rashid, Salamiah Hassan, Norlia Ghani dan Fauziah Nawi.
Menurut Pak Nil, program Yang Dulu membawakan pelbagai kisah, emosi serta perkongsian yang boleh dimanfaatkan oleh pemain industri hiburan ketika ini.
“'Yang Dulu' ini kami tidak buat perbandingan, saya banyak meminta artis lama memberi bimbingan nasihat, itu sahaja.
“Ini bukan satu rancangan untuk kita berdebat, membuat analisa bijak pandai, ini adalah rancangan untuk kita menghargai bintang-bintang lama.
“Mereka yang menonton rancangan ini, pastinya akan membawakan pemikiran yang lebih panjang yang mana mereka akan mentafsir, adakah aku masih sama dengan artis zaman dahulu?
“Sedangkan perbezaannya adalah 20 - 30 tahun, itulah idea sebenarnya 'Yang Dulu' yang cuba saya sampaikan di samping mengetengahkan pengajaran dan kisah jatuh bangun mereka selama ini,” tambah beliau lagi.
* Yang Dulu boleh ditonton pada setiap hari Jumaat pukul 7 petang di saluran Astro Prima (125) dan Astro Prima HD (105).
** Anda juga boleh menyaksikan rancangan ini menerusi aplikasi Astro Go dan perkhidmatan strim 'on demand' untuk pilihan lebih fleksibel.
Astro Awani
Tue Jan 05 2021
![Aznil hargai karyawan legenda dalam 'Yang Dulu' Aznil hargai karyawan legenda dalam 'Yang Dulu'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/51609781826_AZNILNAWAWIjpg.jpg)
Datuk Aznil Nawawi mengakui beliau cukup beruntung kerana berpeluang berkarya di lingkaran era artis lama dan artis baharu atau lebih dikenali sebagai Budak Baru Nak Up (BBNU). - Instagram @aznilnawawihm
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![SYOK bawakan siri podcast Terkejutawan untuk inspirasi pendengar SYOK bawakan siri podcast Terkejutawan untuk inspirasi pendengar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/61623895474_Terkejutawan.jpg)
SYOK bawakan siri podcast Terkejutawan untuk inspirasi pendengar
Setiap episod bakal menampilkan kelainan dari segi penceritaan, perkongsian dan kisah tauladan yang boleh dijadikan panduan oleh peminat.
![Aznil hargai karyawan legenda dalam 'Yang Dulu' Aznil hargai karyawan legenda dalam 'Yang Dulu'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/51609781826_AZNILNAWAWIjpg.jpg)
Aznil hargai karyawan legenda dalam 'Yang Dulu'
Yang Dulu merupakan program televisyen yang sarat menyimpan nilai kasih sayang daripada Aznil buat seniman dan seniwati handalan negara.
![Kaunter khas di lapangan terbang, netizen setuju tindakan Pak Nil! Kaunter khas di lapangan terbang, netizen setuju tindakan Pak Nil!](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/71539676802_aznil-befunky-collage.jpg)
Kaunter khas di lapangan terbang, netizen setuju tindakan Pak Nil!
Bagus la berani bersuara, untuk hari-hari akan datang orang akan lebih prihatin.
![Suarakan pendapat tidak salah, tapi bukan kurang ajar - Aznil Suarakan pendapat tidak salah, tapi bukan kurang ajar - Aznil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-10/71507291233_aznilhjnawawi.jpg)
Suarakan pendapat tidak salah, tapi bukan kurang ajar - Aznil
Pengacara Datuk Aznil Hj Nawawi akui bimbang dengan perkembangan komunikasi generasi baharu yang dilihat semakin tidak beradab lebih-lebih lagi di media sosial.
![AF Megastar: Setiap kali naik pentas saya bagai dirasuk - Idayu AF Megastar: Setiap kali naik pentas saya bagai dirasuk - Idayu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-09/51504512008_idayuafmegastarhomecoming.jpg)
AF Megastar: Setiap kali naik pentas saya bagai dirasuk - Idayu
Bintang AF Megastar, Idayu akui tidak dapat menahan sebak lalu mengalirkan air mata ketika sedang beraksi di Konsert AF Megastar Homecoming,malam tadi.
![Rindu 15 tahun Amelina, Erra Fazira terlerai Rindu 15 tahun Amelina, Erra Fazira terlerai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-12/51417401271_295x200.jpg)
Rindu 15 tahun Amelina, Erra Fazira terlerai
Dahulu dua nama besar ini merupakan sahabat rapat dalam industri seni. Kini bertemu semula setelah 15 tahun terpisah.