Persidangan Dewan Rakyat hari ini menyaksikan ketegasan dua Timbalan Yang Dipertua dalam mengendalikan suasana hangat 'pertikaman lidah' Ahli Parlimen ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong.
Datuk Seri Azalina Othman Said dan Datuk Mohd Rashid Hasnon ketika mengendalikan sidang sebelah petang itu tenang tetapi tegas dalam membuat keputusan, menyebabkan Ahli Parlimen baik di pihak kerajaan mahupun pembangkang, akur dengan keputusan yang dibuat.
Sesi petang hari ketiga persidangan dewan panas ketika apabila Lim Guan Eng (PH-Bagan) membahaskan usul itu apabila beberapa Ahli Parlimen, antaranya Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak); Khalid Samad (PH-Shah Alam) dan RSN Rayer (PH-Jelutong) bangun untuk mencelah.
Lontaran perkataan yang dianggap melanggar peraturan dewan seperti 'bodoh' dan 'perangai buruk' menyebabkan beberapa Ahli Parlimen bangun mengemukakan peraturan mesyuarat.
Kekecohan melibatkan penggunaan ayat yang mencetuskan provokasi segelintir Ahli Parlimen yang kemudiannya mengemukakan peraturan 36(6) di bawah Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat yang merujuk 'seseorang ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas siapa-siapa ahli lain.'
Ketika itu Azalina bertegas meminta Ahli Dewan Rakyat menghormati setiap keputusan yang dibuat oleh Yang Dipertua dan Timbalan Yang Dipertua dewan, setelah beberapa kali meminta Ahli Parlimen yang bangun dan bercakap secara serentak itu duduk dan meminta Lim meneruskan ucapannya.
Azalina berkata bahawa frasa 'sangkaan jahat' yang termaktub dalam peraturan mesyuarat itu bersifat umum dan luas serta memerlukan perincian khusus bagi menyelesaikan isu yang berbangkit.
"Kita mesti ada satu keperincian. Nanti kita tengok macam mana kita nak selesaikan. Ayat (sangkaan jahat) ini agak luas. Saya minta biarlah pada hari esok kami nak bermesyuarat. Boleh tak semua bersabar?
"Jangan gunakan ayat-ayat yang provokasi..esok pukul 10 saya harap Speaker akan buat kenyataan," kata Azalina.
Ketegasan Azalina itu diteruskan oleh Mohd Rashid ketika mengendalikan sesi seterusnya apabila memberi amaran kepada Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) berterusan mencelah perbahasan Datuk Seri Dr Mujahid Yusof (PH-Parit Buntar) mengenai Lembaga Tabung Haji.
Mohd Rashid yang meminta Abdul Azeez untuk duduk dan memberi laluan kepada Mujahid untuk meneruskan perbahasannya, memberi amaran kepada Ahli Parlimen Baling itu selepas berterusan mengasak.
"Baling, Baling, you will have your time Baling. Is it not clear what I said (Anda akan mendapat peluang nanti. Adakah tidak jelas apa yang saya katakan?) Sekali lagi, jaga," tegas Rashid yang beberapa kali memberi peringatan kepada Abdul Azeez.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 15 2020
Azalina dan Mohd Rashid ketika mengendalikan sidang sebelah petang itu tenang tetapi tegas. -BERNAMA
#AWANIRingkas 5 Oktober 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 5 Oktober 2024
1️⃣ Media sosial: Ini ingatan daripada KSN
2️⃣ Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah
3️⃣ Hasil lawatan PM ke Pakistan
1️⃣ Media sosial: Ini ingatan daripada KSN
2️⃣ Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah
3️⃣ Hasil lawatan PM ke Pakistan
Sultan Pahang perkenan fatwa pengikut GISB menyeleweng, sesat
Sultan Pahang memperkenankan fatwa pengikut GISB adalah menyeleweng dan sesat.
Gitar milik George Harrison dijangka cecah RM3.38 juta dalam lelongan
Gitar Futurama berkenaan dibeli di sebuah kedai alat muzik di Liverpool dan dimain oleh Harrison pada awal tahun 1960-an.
Lebih 800 maut akibat wabak mpox di Afrika
Sebanyak 34,297 kes direkodkan di seluruh benua itu sejak Januari lalu, termasuk 38 kes di Ghana.
AWANI Pagi: Ada apa dengan cinta ekspres?
7.30 pagi Sabtu bersama Dr. Norsafatul Aznin A.Razak, Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya dan Amni Sahira Muhammad Azam, Kaunselor Pelatih, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya membincangkan mengenai isu hubungan khususnya dalam soal memperjudikan hubungan dengan cinta ekspres.
Banjir Bosnia: Tiada rakyat Malaysia terkesan, Wisma Putra terus pantau rapat keadaan semasa
Setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terkesan dalam bencana alam tersebut.
19 terkorban akibat banjir, tanah runtuh di Bosnia
Sebahagian besar bandar dan kawasan pedalaman terputus hubungan akibat jalan raya yang ditenggelami air banjir.
Lelaki maut kereta terbabas langgar pokok di Manjung
Mangsa disahkan maut di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Durian segar Malaysia di China habis dijual tidak sampai 24 jam
Tidak sampai 24 jam, hampir 40 tan durian segar pertama Malaysia ke China yang dipasarkan pada 26 Ogos lepas di outlet peruncitan terpilih di enam wilayah negara Tembok Besar itu habis terjual.
Keldai akaun ditahan sebabkan kerugian hampir RM60,000
Polis menahan lelaki berumur 58 tahun dipercayai keldai akaun kepada sindiket penipuan yang menawarkan kerja sambilan tidak wujud secara dalam talian sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM59,569 baru-baru ini.
Guan Eng diperintah bayar ganti rugi RM250,000 kepada Abdul Azeez
Mahkamah Rayuan memerintahkan Lim Guan Eng membayar ganti rugi am RM250,000 kepada Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim kerana memfitnah berhubung pembinaan projek terowong dasar laut Pulau Pinang.
Mahkamah Rayuan tetap 21 Ogos keputusan saman Abdul Azeez terhadap Guan Eng
Mahkamah Rayuan menetapkan 21 Ogos ini untuk menyampaikan keputusannya dalam rayuan bekas Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berhubung saman fitnahnya terhadap Lim Guan Eng.
Lantikan Azeez Rahim sebagai Pengerusi KEDA diteliti semula - Anwar
Anwar mengesahkan pelantikan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) belum dimuktamadkan.
Azeez Rahim dilantik Pengerusi KEDA baharu - Zahid
Bekas Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim hari ini diumumkan sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA).
Kes Najib, Rosmah terus curi tumpuan pada 2022
Ia menyaksikan Najib menjadi bekas Perdana Menteri pertama Malaysia yang terpaksa meringkuk dalam penjara bagi kesalahan jenayah.
Penjelasan Peguam Negara mengenai Azeez Rahim lepas, bebas kes rasuah, pengubahan wang haram
Jabatan Peguam Negara bersetuju untuk tidak meneruskan pertuduhan terhadap Azeez dan tidak membantah terhadap permohonan pelepasan dan pembebasan beliau hari ini.
Abdul Azeez bebas 9 tuduhan rasuah, pengubahan wang haram
Abdul Azeez didakwa atas tiga pertuduhan rasuah dan enam pertuduhan pengubahan wang haram.
Abdul Azeez lepas tanpa bebas 9 tuduhan rasuah, pengubahan wang haram
Representasi yang dikemukakan tertuduh telah dipertimbangkan oleh pihak pendakwaan dan memerlukan siasatan lanjut.
Abdul Azeez kemuka lagi representasi batal tuduhan rasuah, pengubahan wang haram
Abdul Azeez sekali lagi mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).
Kes rasuah, AMLA: Mahkamah kekal 9 daripada 13 pertuduhan terhadap Abdul Azeez
Mahkamah bagaimanapun bersetuju membatalkan empat pertuduhan melibatkan pengubahan wang haram ke atas tertuduh.