KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen hari ini mencadangkan pemerkasaan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) supaya jawatankuasa tersebut mempunyai 'taring' memanggil pegawai kerajaan ke mesyuarat jawatankuasa Parlimen untuk memberikan keterangan terhadap sesuatu isu jika perlu.
Datuk Seri Azalina Othman Said berkata agenda tersebut perlu dimasukkan dalam Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik yang termeterai antara kerajaan dan pembangkang sebelum pembubaran Parlimen Ke-14, merujuk kepada Fasal 2 tempoh masa dokumen itu berkuat kuasa.
"Tidak ada wujudnya satu templat dalam bahasa Malaysia yang boleh digunakan oleh semua jawatankuasa pilihan, (contohnya) kalau di mahkamah ada notis mengerahkan hadir (serve of order notice).
"... jika tidak hadir mahkamah dikenakan contempt (hina mahkamah), tetapi di dalam Parlimen sebagai badan ketiga terbesar dalam Perlembagaan, (iaitu) institusi kehakiman, eksekutif dan legislatif, tidak ada taring dan gigi. Ahli Parlimen marah kepada Speaker...(tetapi) Speaker memberikan penerangan terdapat 'lacuna' (lompang) dari segi undang-undang," katanya pada sesi perbahasan Titah Diraja.
Azalina berkata menerusi MoU itu, pihak kerajaan dan pembangkang juga boleh mencapai persetujuan mewujudkan panduan tidak formal seperti negara lain termasuk Australia, Kanada dan New Zealand sekiranya pindaan perlembagaan atau undang-undang sedia ada tidak dapat dibuat.
Memberikan contoh, Azalina berkata antara dokumen diguna pakai termasuk Government guidelines for official witnesses before Parliamentary Committees (Australia), Notes on the Responsibilities of Public Servants in Relation to Parliamentary Committees (Kanada) serta Officials and Select Committees - Guidelines (New Zealand).
Beliau turut mencadangkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dipecahkan kepada dua segmen iaitu Kementerian Pembangunan Wanita dan Kanak-kanak manakala kebajikan dan isu keluarga dipindahkan kepada Kementerian Perpaduan.
"Perangkaan melaporkan 15.9 juta wanita dan 9 juta kanak-kanak, dengan jumlah yang begitu besar di negara kita, kemungkinan pengkhususan kepada Kementerian Wanita dan Kanak-kanak ini boleh memberikan nilai lebih tinggi.
"Kebajikan dan isu keluarga boleh ditolak (diberikan) kepada Kementerian Perpaduan, sebagai contoh Menteri Perpaduan kita begitu berpengalaman sebagai Exco Negeri dan Menteri Kabinet mempunyai pengalaman untuk mengendalikan isu-isu, perpaduan adalah isu keluarga, keluarga adalah juga isu kebajikan, kebajikan adalah isu perpaduan," katanya.
Selain itu, beliau turut mencadangkan laporan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) dibentang dan dibahas setiap tahun dalam isu hak asasi di negara ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 07 2022
Azalina berkata agenda tersebut perlu dimasukkan dalam MoU Transformasi dan Kestabilan Politik yang termeterai antara kerajaan dan pembangkang sebelum ini. - Gambar fail
#AWANIRingkas 23 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 23 Disember 2024
1️⃣ UM ambil tindakan tahan kerja pensyarah
2️⃣ 16 Geng Pacific Siva didakwa jenayah terancang
3️⃣ Polis analisa rekod telefon peribadi Yoon Suk Yeol
#awaniringkas
1️⃣ UM ambil tindakan tahan kerja pensyarah
2️⃣ 16 Geng Pacific Siva didakwa jenayah terancang
3️⃣ Polis analisa rekod telefon peribadi Yoon Suk Yeol
#awaniringkas
Penunggang maut dalam nahas babit lima motosikal
Seorang pemuda berusia 22 tahun maut selepas terlibat dalam nahas melibatkan lima motosikal di Kilometer 12.4 Lebuhraya Rakyat Ketereh-Kota Bharu malam tadi.
16 Lelaki 'Geng Pacific Siva' didakwa jenayah terancang
16 lelaki di dakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth, atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang, Geng Pacific Siva sejak lapan tahun lalu.
Kakitangan Parlimen Malaysia bantu mangsa banjir di Jeniang, Kedah
Mereka akan menyampaikan barangan keperluan harian serta membantu membersihkan kediaman mangsa yang terjejas akibat banjir.
Universiti Malaya ambil tindakan tahan kerja pensyarah
Pihak Universiti Malaya mengambil tindakan menahan kerja seorang pensyarah yang dikaikan menghantar mesej jelik seksual.
[TERKINI] Op Lancar mulai hari ini hingga 2 Januari 2025
JSPT Bukit Aman menjalankan Op Lancar mulai hari ini hingga 2 Januari 2025 sempena musim perayaan dan cuti sekolah.
Hanya 12 trak bantuan makanan, air diedar ke utara Gaza dalam tempoh 2 setengah bulan
Bantuan kemanusiaan sering dihalang, dengan beberapa trak yang berjaya menghantar bantuan kemudian diserang.
KPDN Pulau Pinang terima 115 aduan berhubung minyak masak paket sejak Januari
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang menerima 115 aduan berkaitan minyak masak bersubsidi dalam tempoh Januari sehingga 22 Dis lepas.
AWANI Borneo [23/12/2024] - Mangsa angin kencang | Musim perayaan | Hujung minggu ini
AWANI Borneo Isnin, 23 Disember 2024 bersama Dzulfitri Yusop.
Penduduk penempatan atas air perlukan penempatan lebih sistematik dan kukuh.
Utamakan keselamatan, rai Krismas dengan keceriaan.
Rock In The Jungle bakal gegarkan Gunung Santubong.
Penduduk penempatan atas air perlukan penempatan lebih sistematik dan kukuh.
Utamakan keselamatan, rai Krismas dengan keceriaan.
Rock In The Jungle bakal gegarkan Gunung Santubong.
Rock In The Jungle bakal gegarkan Gunung Santubong
Berlangsung hujung minggu ini, acara Rock In The Jungle bakal menghimpunkan kumpulan-kumpulan rock terkemuka bukan sahaja dari Malaysia, juga negara jiran Singapura dan Indonesia.
Dewan Rakyat lulus pindaan Kanun Keseksaan tangani buli siber
Rang undang-undang yang dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju.
Kerajaan tingkat akses keadilan, biaya khidmat guaman untuk yang layak - Azalina
Kerajaan terus mengambil langkah meningkatkan akses kepada keadilan dengan membiayai khidmat guaman untuk individu yang layak.
Batu Puteh: PM anggap satu pengkhianatan, laporan RCI dibahas di Parlimen minggu depan - Fahmi
Dewan Rakyat akan membahas laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan dalam sidang yang berlangsung minggu depan.
Laporan RCI Batu Puteh dibentang di Dewan Rakyat minggu depan - Johari
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul mengesahkan laporan RCI Batu Puteh akan dibentang di sidang Dewan Rakyat minggu depan.
Penubuhan Suruhanjaya Perundangan dan Undang-Undang perlu penelitian mendalam - Azalina
Cadangan penubuhan Suruhanjaya Perundangan dan Undang-Undang memerlukan pertimbangan serta penelitian lebih mendalam.
Waktu bekerja empat hari setengah tertakluk kepada justifikasi kerajaan negeri - Azalina
Cadangan Johor untuk memperkenalkan waktu bekerja empat hari setengah seminggu adalah tertakluk kepada justifikasi kerajaan negeri.
Pemberi maklumat yang mahu perlindungan perlu buat laporan dulu - Azalina
Mana-mana individu yang ingin mendapatkan pelindungan di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 perlu membuat laporan kepada pihak berkuasa yang bertanggungjawab terlebih dahulu.
Dakwaan kumpulan Sulu bebas ambil tindakan terhadap Sabah tidak masuk akal - Azalina
Tuntutan Kumpulan Sulu yang mendakwa mereka bebas untuk mengambil tindakan terhadap Sabah, disifatkan sebagai tidak masuk akal.
Takiyuddin tuntut Azalina perjelas berkaitan Lembaga Pengampunan
Takiyuddin menuntut Azalina membuat penjelasan di Dewan Rakyat berhubung kenyataan mengelirukan mengenai sekretariat Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan
Tuntutan Sulu: Mahkamah Agung Perancis umum keputusan bermakna buat kedaulatan Malaysia - Azalina
Mahkamah Agung Perancis hari ini menolak sepenuhnya cabaran perundangan difailkan oleh kumpulan yang mendakwa waris Kesultanan Sulu.