Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyeru seluruh rakyat negara ini agar menjaga dan menyelamatkan khazanah negara daripada ancaman kepupusan akibat kerakusan manusia.
Dalam kenyataan yang dimuat naik di laman sosial Instagram, PDRM berkongsi kesedihan berhubung kematian badak sumbu Sumatera terakhir Malaysia yang dikenali sebagai Iman, pada Sabtu.
Jelas kenyataan itu, negara tidak hanya akan kehilangan spesies tersebut, malah beberapa haiwan lain turut terancam ekoran sikap tamak segelintir pihak tidak bertanggungjawab.
“Walaupun pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah, namun Iman tidak dapat diselamatkan.
"Malaysia bukan sahaja telah kehilangan khazanah berharga itu, malah bakal menyusul lebih banyak lagi haiwan terancam seperti Harimau Malaya, Gajah Borneo, tenggiling dan Tenuk Malaysia akibat perbuatan rakus manusia durjana.
"Kulit, taring, gading malah organ haiwan-haiwan tersebut diburu dek gelap mata dengan habuan wang yang lumayan," kata kenyataan itu, hari ini.
BACA: Dukacita diumumkan... Iman, si badak sumbu Sumatera terakhir di Malaysia, sudah tiada!
BACA: Masihkah ada peluang untuk Malaysia 'tebus' kepupusan badak sumbu Sumatera?
Jelasnya, kewujudan haiwan-haiwan tersebut memberi banyak manfaat kepada ekosistem alam.
Justeru, polis menasihati orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kegiatan penjualan produk berasaskan haiwan terancam agar melaporkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa.
“Ayuh rakyat Malaysia! Selamatkan khazanah negara ini dengan melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya anda mempunyai sebarang maklumat berkenaan aktiviti pemburuan haram.
"Bersama kita pelihara harta yang sangat bernilai ini demi warisan buat anak cucu pada masa hadapan," kata kenyataan itu.
Terdahulu, Malaysia kehilangan satu-satunya badak sumbu Sumatera selepas Iman disahkan mati pada pukul 5.35 petang Sabtu.
Iman yang berusia 25 tahun sebelum ini dilaporkan semakin tenat, menyebabkan proses pengambilan telur untuk pembiakan secara in-vitro (IVF) sukar dilakukan.
Hasimi Muhamad
Sun Nov 24 2019

Malaysia kehilangan satu-satunya badak sumbu Sumatera selepas Iman disahkan mati pada pukul 5.35 petang Sabtu. - Gambar PDRM

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Masih tidak peduli? Ucapkan selamat tinggal kepada haiwan-haiwan ini
Adakah spesies-spesies ini juga akan menjadi mangsa seterusnya?

Ayuh Malaysia! Selamatkan khazanah negara - PDRM
Malaysia kehilangan satu-satunya badak sumbu Sumatera selepas Iman disahkan mati pada pukul 5.35 petang Sabtu.

Masihkah ada peluang untuk Malaysia 'tebus' kepupusan badak sumbu Sumatera?
Tiada lagi badak sumbu Sumatera bernama Iman, bermakna Malaysia tiada lagi spesies seumpamanya.