IPOH: Jualan 'happy hour' seekor ayam dengan harga serendah RM4 manakala telur gred B RM10 sepapan merupakan antara daya penarik pada Karnival Sekuriti Makanan @ Perak Sejahtera 2030 kali ini.
Karnival dua hari itu akan berlangsung pada Sabtu dan Ahad ini, (17-18 September) di Arena Rakyat, Tualang Sekah, Kampar.
Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) dalam kenyataan pada Khamis memberitahu, karnival itu merupakan anjuran pihaknya dan Jabatan Pertanian Negeri Perak.
Kata kenyataan itu, ia merupakan kali kedua karnival itu dianjurkan selepas kali pertama diadakan pada 4 hingga 5 September lalu di Dewan Millenium, Lubok Merbau, Kuala Kangsar.
"Orang ramai dijemput memeriahkan dan datang beramai-ramai ke karnival ini.
"Tujuan utama ia dilaksanakan adalah untuk memberi peluang kepada orang ramai di seluruh pelusuk Perak mendapatkan barangan keperluan harian berasaskan produk industri asas tani (IAT).
"Makanan dan hiliran dengan harga rendah serta diskaun yang tinggi berbanding di pasaran.
"Jualan murah ini akan melibatkan penyertaan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan seperti Jabatan Pertanian Negeri Perak (anak-anak pokok buah-buahan, sayur-sayuran), PPPNP (daging lembu dan kambing segar).
"Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (produk IAT), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (produk IAT berasaskan daging), Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (nanas dan produk IAT) dan Sekretariat Usahawan Negeri Perak (kendera saji)," kata kenyataan itu.
Dalam pada itu, turut diadakan pelbagai kursus daripada jabatan dan agensi kerajaan untuk orang ramai seperti viral marketing anjuran Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan subsidi ujian mamogram & HPV DNA oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).
Karnival ini juga dimeriahkan dengan acara sampingan seperti program Kayuhan Perak Sejahtera@ Kampar.
Ia membabitkan jarak sejauh 10 kilometer di sekitar kawasan Tualang Sekah dengan pelepasan kayuhan akan disempurnakan oleh isteri Menteri Besar Perak, Datin Seri Aezer Zubir.
Di sepanjang laluan kayuhan berkenaan, para peserta akan menanam anak-anak pokok kelapa serta durian di empat lokasi berbeza iaitu di Kampung Tebing Tinggi, Dewan Orang Ramai, Kampung Rahmat, Masjid Kampung Tualang Sekah dan Kampung Tanjung Bakong.
Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad juga dijadual akan meluangkan masa mengadakan sesi penerangan berkaitan Perak Sejahtera 2030.
Ia menumpukan kepada bidang sekuriti makanan buat para petani, penternak serta usahawan yang terlibat secara langsung dalam sektor pertanian, penternakan serta perikanan.
Aida Aziz
Thu Sep 15 2022

Karnival Sekuriti Makanan @ Perak Sejahtera 2030 akan berlangsung pada Sabtu dan Ahad ini, (17-18 September) di Arena Rakyat, Tualang Sekah, Kampar.
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Ayam serendah RM4 dijual di Karnival Sekuriti Makanan Perak
Karnival Sekuriti Makanan @ Perak Sejahtera 2030 akan berlangsung pada Sabtu dan Ahad ini di Arena Rakyat, Tualang Sekah, Kampar.