Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) Kelantan akan meningkatkan kawalan di sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini bagi mengekang aktiviti penyeludupan lembu dari negara jiran terutama menjelang Hari Raya Aidiladha yang menyaksikan permintaan bekalan lembu untuk upacara korban meningkat.
Komander Aksem Kelantan Mohd Asri Yahya berkata pihaknya percaya penyeludup akan tetap mencari jalan untuk membawa masuk lembu daripada negara jiran itu menggunakan laluan darat di sempadan walaupun kebanyakan pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok ditutup oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
"Kita percaya penyeludup yang arif mengenai laluan haram di kawasan sempadan tersebut tetap berusaha menyeludup lembu ke negeri ini dan akan memulakan aktiviti tersebut mulai sekarang bagi memenuhi permintaan yang tinggi daripada penduduk tempatan sempena Hari Raya Korban nanti," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Mesra Aidilfitri Aksem bersama pelanggan dan media di sini, hari ini.
Mohd Asri berkata harga lembu yang murah di Thailand iaitu kira-kira RM3,000 seekor berbanding lebih RM4,000 seekor di negeri ini antara faktor utama berlakunya penyeludupan ternakan tersebut.
Sehubungan itu, Aksem akan menggerakkan 158 anggotanya bersama anggota penguatkuasa agensi lain untuk memperketatkan kawalan di sepanjang Sungai Golok terutama di sekitar Bukit Bunga dan Tanah Merah yang dikenal pasti antara laluan lazim penyeludupan lembu.
Sementara itu, katanya jumlah keseluruhan rampasan yang dilakukan Aksem dalam tempoh enam bulan tahun ini (Jan hingga Jun) bernilai RM9.2 juta melibatkan 132 kes berbanding RM7.5 juta dan 174 kes dalam tempoh sama tahun lepas.
Katanya rampasan tertinggi membabitkan minuman keras, rokok dan tembakau bernilai RM5.8 juta manakala rampasan kenderaan termasuk kenderaan klon bernilai RM2.2 juta serta rampasan mercun dan bunga api berjumlah RM804,000.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 24 2017
Permintaan bekalan lembu menjelang Aidiladha dijangka meningkat, dan itu bukan menjadi alasan untuk menyeludup masuk ternakan berkenaan dari negara jiran. - Gambar hiasan
IShowSpeed tiba di KL, terima baju batik daripada peminat
Speed menerima hadiah daripada beberapa orang peminat Malaysia ketika kenderaannya berhenti di lampu isyarat di ibu negara pada Selasa,
Penyanyi Sean Diddy ditangakp di New York
Penerbit muzik terkenal, Puff Daddy atau lebih dikenali sebagai Sean Diddy Combs yang berdepan dengan beberapa tuduhan serangan seksual telah diberkas di Manhatann, New York oleh ejen persekutuan pada Isnin waktu tempatan.
10 maut, puluhan cedera bas Iran terbalik
Menurut angka awal, kemalangan itu mengakibatkan 10 maut dan 41 cedera.
Malaysia perlu melabur dalam infrastruktur
Pengarah Eksekutif Ukrainian Prism, Hennadiy Maksak berpandangan, Malaysia juga tidak boleh bergantung kepada satu laluan, selain menjalin hubungan yang baik dengan negara-negara jiran.
Lebih 1,000 rakyat termasuk pejuang Hezbollah cedera parah
Lebih seribu rakyat Lubnan termasuk anggota pejuang Hezbollah dan petugas perubatan cedera parah dalam satu letupan pada Selasa.
Tetingkap Tunggal Nasional memudahkan operasi perdagangan antara Malaysia dan China
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berpendapat inisiatif Tetingkap Tunggal Nasional (National single window) yang bakal diharmonikan Bersama system kastam China akan memudahkan operasi perniagaan dan perdagangan (ease of doing business) antara Malaysia dan China.
Medan selera perlu ditambah baik, kemudahan asas tidak lengkap
Air bergenang di lantai dan tempias sehingga meja makan mengakibatkan pengunjung basah. Itu situasi apabila keadaan hujan lebat di Medan Selera Taman Makmur di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota yang menempatkan deretan 12 kedai makan.
Calon manfaat platform media sosial dekati pengundi luar
Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota turut memberi tumpuan kepada penggunaan media sosial bagi menambat hati pengundi luar selain kempen secara bersemuka.
Seorang wanita maut jatuh lubang saluran air
Seorang wanita maut selepas terjatuh ke dalam lubang saluran air sedalam dua meter ketika menyertai aktiviti mendaki di Bukit Cherok Tok Kun pada Selasa.
Kerja pembersihan sisa kimia dijalankan pada Selasa
Kerja-kerja pembersihan sisa bahan kimia yang dibuang secara haram di Kawasan Perindustrian Tiong Nam dan Kawasan Perindustrian Tropika, Johor bermula pada Selasa.
Lelaki langgar isteri, anak berang raya seorang diri
Siasatan polis mendapati EY berada di bawah pengaruh alkohol ketika bertindak di luar kawalan seperti itu.
JPJ Selangor keluar 14,417 notis dalam Op HRAA 2024
Operasi bertujuan memastikan penguatkuasaan dilaksana dengan impak tinggi bagi meminimumkan kadar kemalangan dan kematian di jalan raya.
Pengusaha durian perlu mula tanam dalam skala besar untuk pasaran China - Mohamad
Semua pengusaha durian tempatan khususnya golongan bumiputera perlu memulakan penanaman buah berkenaan dalam skala besar bagi membolehkan dipasarkan ke China antara lima hingga enam tahun lagi.
Israel lancar serangan intensif ke atas Gaza, hari ketiga Aidiladha
Israel melancarkan serangan besar-besaran di kebanyakan tempat di Gaza pada hari ketiga Aidiladha, menyebabkan ramai penduduk Palestin terbunuh dan cedera.
Lelaki maut rempuh lembu terlepas di lebuh raya
Seorang lelaki maut apabila kereta yang dipandu melanggar seekor lembu dipercayai terlepas dari sebuah lori di Kilometer 24.9 Lebuhraya Utara-Selatan.
Bursa Malaysia dibuka meningkat dipacu aktiviti buru saham harga rendah
Pada 9.05 pagi, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 4.26 mata kepada 1,611.58 berbanding 1,607.32 pada akhir dagangan Jumaat lepas.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Aliran trafik perlahan di lebuh raya utama malam ini
Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama negara dilaporkan perlahan menuju ke Lembah Klang susulan pergerakan pulang orang ramai selepas sambutan Aidiladha.
Malaysia, Pakistan sepakat terus zahir solidariti kepada penduduk Gaza - PM
Malaysia dan Pakistan sepakat untuk terus menyatakan solidariti kepada penduduk Gaza yang terkesan dengan tindakan tidak berperikemanusiaan rejim Zionis Israel.
Lembu dari kawasan surau berhampiran terlepas masuk LDP
Berlaku satu kemalangan membabitkan sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi ekoran kejadian lembu yang terlepas itu.