Projek pembinaan Kompleks Pakar dan Pusat Jagaan Ambulatori (SCACC) Hospital Kuala Lumpur (HKL) lewat disiapkan kerana masalah bekalan elektrik dan kes kebakaran, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2014 Siri 1.
Menurut laporan itu, kontraktor yang dilantik memohon masa lanjutan berikutan masalah tersebut berada di luar kawalan mereka ketika pembinaan sedang dilakukan.
"Berdasarkan maklum balas Jabatan Kerja Raya (JKR), kelewatan bekalan elektrik disebabkan permit pengorekan jalan yang lewat diperoleh.
"Bangunan pencawang telah diserah milik kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada 16 Mei 2011 dan cas sambungan telah dijelaskan pada 29 Julai 2011. Permohonan permit pemotongan jalan pula telah dikemukakan TNB kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada 17 Oktober 2011.
"Kejadian kebakaran pada 14 Mei 2012 pula adalah disebabkan 'kebakaran tidak disengajakan", di mana kontraktor dan kerajaan tidak boleh dipersalahkan atas kejadian tersebut," demikian menurut laporan itu yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini.
Laporan Ketua Audit turut menyebut, mengikut syarat kontrak, projek perlu disiapkan pada 14 Disember 2011 iaitu dalam tempoh 30 bulan daripada tarikh pemilikan tapak pada 15 Jun 2009.
"Projek ini tidak dapat disiapkan mengikut jadual di mana kontraktor telah diluluskan dua lanjutan masa selama 338 hari disebabkan faktor tersebut.
"Projek akhirnya disiapkan pada 31 Oktober 2012 dan bangunan SCACC mula diduduki keesokannya," menurut laporan itu.
Audit kemudian mengesyorkan JKR dan SCACC supaya memastikan kerja pembinaan dibuat sempurna dan mematuhi peraturan ditetapkan termasuk kerja pembaikan perlu diselesaikan dalam tempoh ditetapkan bagi memastikan bangunan yang diduduki kondusif dan selamat.
Sementara itu, Audit turut mendapati tempoh pemeriksaan dan rawatan pesakit Klinik Bergerak 1Malaysia (KB1M) menggunakan bas dan bot di kawasan terpinggir, masih kurang memuaskan.
Laporan itu menyebut, ia sekali gus memberi kesan terhadap skop perkhidmatan kesihatan yang boleh dilaksanakan dan memberi imej kurang baik kepada Kementerian Kesihatan dan kerajaan.
Laporan itu turut melampirkan bukti bergambar seperti jeti kayu yang menghubungkan pesakit dengan KB1M Bot Sungai Kinabatangan Kampung Abai yang tidak selamat kepada pesakit khususnya wanita mengandung, yang membawa anak kecil, kanak-kanak serta orang tua.
Audit kemudian mengesyorkan kementerian memberi perhatian lebih kepada kesesuaian tempat dan kenderaan bagi memastikan perkhidmatan klinik bergerak (PKB) berjalan lancar, teratur dan kondusif.
Menurut Audit, aspek keselamatan perlu dipertingkatkan bagi mengelakkan risiko kemalangan di lokasi PKB dan mereka yang menggunakan pengangkutan air tersebut.
Bernama
Mon Apr 06 2015

Menurut laporan itu, kontraktor yang dilantik memohon masa lanjutan berikutan masalah tersebut berada di luar kawalan mereka ketika pembinaan sedang dilakukan.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

LTAT tarik balik saman terhadap Rafizi
Peguam, Saiful Izham Ramli yang mewakili Rafizi selaku defendan berkata, persetujuan itu direkodkan oleh pihak-pihak di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim semalam.

Terima BR1M lebih sekali, 4,771 penerima disenarai hitam
Sejumlah 72.5 peratus daripada 6,577 penerima telah membuat penunaian lebih daripada sekali bagi tempoh 2012 hingga tahun lalu.

Audit: Projek Kompleks Pakar HKL lewat kerana masalah elektrik, kebakaran
Projek pembinaan SCACC HKL lewat disiapkan kerana masalah bekalan elektrik dan kes kebakaran, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2014.

Kelantan tidak wartakan kadar premium sebenar dalam pengurusan balak - Audit
Kelemahan penguatkuasaan JPNK menjadi sebab berlakunya isu seperti tidak mewartakan kadar premium selain beberapa aktiviti penebangan haram.

Audit telus, bebas dan menyeluruh penting untuk bersihkan imej 1MDB - Muhyiddin
Audit forensik perlu dilaksanakan untuk menentukan tiada penyelewengan kewangan berlaku dalam urusniaga 1MDB bagi memulihkan reputasi dan mengembalikan keyakinan pelabur.