KOTA KINABALU: Bekalkan diri dengan semangat dan jiwa yang kental untuk tawan Gunung Kinabalu, nasihat warga emas berusia 90 tahun Buatin Balandong yang berjaya sampai ke puncak gunung itu 5 Sept lepas.
Buatin berkata kejayaan menawan gunung yang dikenali sebagai 'Aki Nabalu' dalam bahasa tempatan Kadazandusun itu merupakan kali kelapan dilakukannya dan ia bukan sesuatu yang mudah kerana berdepan pelbagai cabaran.
Pesara kerajaan itu berkata tanpa semangat dan jiwa yang kental, beliau tidak akan mampu mengatasi cabaran hujan lebat dengan persekitaran berkabus dan cuaca yang amat sejuk pada hari pendakian.
"Syukur, saya berjaya mengharungi dugaan dan cabaran itu sehingga berjaya sampai ke puncak. Kali terakhir saya mendaki Gunung Kinabalu ialah pada tahun 2015 sebelum berlaku gempa bumi," katanya kepada pemberita di sini pada Rabu.
Terdahulu Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menghadiahkan tanjak tradisional masyarakat Sabah atau Sigar kepada anak jati Papar itu di pejabatnya di Menara Kinabalu.
Buatin diiringi Ahli Dewan Undangan Negeri Limbahau Datuk Juil Nuatim yang merupakan cucunya dan beliau juga berkongsi pengalaman bersama Hajiji.
Hajiji berkata beliau kagum dengan keupayaan Buatin dan mengucapkan tahniah atas kejayaannyamendaki Gunung Kinabalu pada usia lanjut.
"Walaupun seorang warga emas, Buatin memang hebat. Begitu cekal, kuat, mempunyai staminatinggi sehingga mampu mendaki Gunung Kinabalu. Ini amat luar biasa dan mengagumkan," katanya.
Kejayaan Buatin menawan puncak Kinabalu itu tular di media sosial menerusi video yang memaparkan beliau sampai di puncak tertinggi Asia Tenggara itu dan digelar netizen sebagai 'atok'.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 13 2022
!['Atuk' 90 tahun nasihat pendaki Gunung Kinabalu bersemangat, jiwa kental 'Atuk' 90 tahun nasihat pendaki Gunung Kinabalu bersemangat, jiwa kental](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/71665586095_TBBUANTINHAJIJI.jpg)
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menghadiahkan tanjak tradisional masyarakat Sabah atau Sigar kepada Buatin di pejabatnya di Menara Kinabalu. - Gambar/ Bernama
Panas sangat! Capybara pun makan ais
Kerana cuaca terlalu panas, bukan sahaja manusia menerima kesannya, malah haiwan juga terasa bahang. Di Rusia, Capybaras yang tinggal di sebuah zoo di Moscow diberi makanan istimewa iaitu ais.
Moscow sangkal kenyataan Trump
Duta Besar Rusia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Vassily Nebenzia menyangkal kenyataan calon presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang berkata konflik perang antara Rusia dan Ukraine akan mampu diselesaikannya sekiranya dipilih ke jawatan itu kelak.
Parti Buruh berada di depan berbanding Parti Konservatif
Bagaimanapun, beliau berkata keputusan tersebut boleh berubah jika berlaku peralihan undi atau 'swing vote' menjelang hari pengundian.
Blinken tepis dakwaan Biden tidak berupaya pimpin AS
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Anthony Blinken kesal dengan kritikan yang dilemparkan terhadap prestasi Joe Biden di pentas debat perdana bertemu Donald Trump Jumaat lalu yang disifatkan sebagai tidak bermaya.
Protes di Nairobi belum reda, merebak ke Mombasa
Protes di Nairobi, Kenya yang memaksa Presiden William Ruto untuk melepaskan jawatan, tidak menunjukkan tanda reda malah semakin meluas sehingga ke wilayah Mombasa. Terbaharu, tembakan gas terpaksa dilepaskan terhadap penunjuk perasaan, selain beberapa individu turut ditahan polis.
Pesawat Air Europa mendarat cemas, puluhan cedera
Media antarabangsa melaporkan, pesawat Boeing 787-9 itu terpaksa membuat lencongan dan mendarat di lapangan terbang Natal di timur laut Brazil.
87 angka kematian direkodkan akibat dirempuh
Sekurang-kurangnya 87 mangsa meninggal dunia dalam kejadian rempuhan di sebuah acara keagamaan di utara India, Uttar Pradesh pada Selasa.
Singapura 'sedia secara prinsip' iktiraf Palestin
Dr Vivian Balakrishnan berkata penyelesaian dua negara adalah 'satu-satunya jalan berdaya maju' untuk mencapai penyelesaian yang komprehensif, adil dan berkekalan terhadap konflik, yang diperjuangkan oleh Singapura secara konsisten.
Kerajaan gesa rakyat Malaysia di Asia Barat daftar segera
Kementerian Luar berkata rakyat Malaysia yang bermastautin atau melancong ke rantau Asia Barat dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan ikuti perkembangan terkini yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan yang berkaitan.
Lawatan khas Sheikh Al-Azhar Al-Sharif ke Malaysia 2-5 Julai
Menurut Kementerian Luar (Wisma Putra), semasa lawatan tersebut, Sheikh Al-Azhar akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di Seri Perdana.
![Pendaki alami sejuk melampau diusung sejauh 8.5km untuk dapat rawatan Pendaki alami sejuk melampau diusung sejauh 8.5km untuk dapat rawatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719278156_tbpendaki.jpg)
Pendaki alami sejuk melampau diusung sejauh 8.5km untuk dapat rawatan
Lelaki berusia 34 tahun itu dibawa turun oleh MOSAR dari Panalaban selepas turut mengalami simptom muntah-muntah.
![Tanah runtuh sekitar Masilau di kaki Gunung Kinabalu, situasi terkawal Tanah runtuh sekitar Masilau di kaki Gunung Kinabalu, situasi terkawal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719230075_tanahruntuhgunung.jpg)
Tanah runtuh sekitar Masilau di kaki Gunung Kinabalu, situasi terkawal
Pemantauan di kawasan kejadian tanah runtuh sekitar Mesilou, Kundasang di kaki Gunung Kinabalu mendapati, keadaan adalah terkawal.
![Runtuhan susulan berlaku di kaki Gunung Kinabalu Runtuhan susulan berlaku di kaki Gunung Kinabalu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719222076_Runtuhan.jpg)
Runtuhan susulan berlaku di kaki Gunung Kinabalu
Runtuhan kecil yang berlaku pada jam 8.50 pagi itu menyebabkan warna air berubah menjadi keruh di sungai tersebut.
![Tanah runtuh di Gunung Kinabalu Tanah runtuh di Gunung Kinabalu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719207321_TanahruntuhGunung.jpg)
Tanah runtuh di Gunung Kinabalu
Kejadian dipercayai berlaku jam 1.20 pagi namun tidak melibatkan sebarang mangsa.
![Pendaki maut 200 meter dari puncak Gunung Kinabalu Pendaki maut 200 meter dari puncak Gunung Kinabalu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718293356_TBMAUTGUNUNG.jpg)
Pendaki maut 200 meter dari puncak Gunung Kinabalu
Lelaki tersebut melakukan ekspedisi itu bersama isterinya termasuk sembilan lagi pendaki dan tiga malim gunung dalam kumpulan mereka.
![Tokoh korporat Tan Sri Azman Hashim tawan puncak Kinabalu pada usia 84 tahun Tokoh korporat Tan Sri Azman Hashim tawan puncak Kinabalu pada usia 84 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71698933498_gunungkinabalu.jpg)
Tokoh korporat Tan Sri Azman Hashim tawan puncak Kinabalu pada usia 84 tahun
Tokoh korporat Tan Sri Azman Hashim membuktikan usia hanyalah sekadar angka selepas beliau berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu, puncak tertinggi di Asia Tenggara, Selasa lepas pada usia 84 tahun.
![Gunung Sinsing diisytihar puncak ketiga tertinggi di Malaysia Gunung Sinsing diisytihar puncak ketiga tertinggi di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41692928999_MountSinsing.jpg)
Gunung Sinsing diisytihar puncak ketiga tertinggi di Malaysia
Gunung Sinsing di daerah Tambunan berketinggian 2,586 meter daripada aras laut diisytihar sebagai puncak ketiga tertinggi di Malaysia.
![Pendaki meninggal dunia akibat AMS, isteri stabil Pendaki meninggal dunia akibat AMS, isteri stabil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/61658331583_TBKinabalu.jpg)
Pendaki meninggal dunia akibat AMS, isteri stabil
Mangsa disahkan meninggal dunia jam 4.30 pagi selepas dibawa turun ketika mendaki gunung bersama isterinya yang turut mengalami AMS.
![Limpahan deras di Gunung Kinabalu sebenarnya fenomena biasa Limpahan deras di Gunung Kinabalu sebenarnya fenomena biasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/81666003559_LIMPAHANBANJIR.jpg)
Limpahan deras di Gunung Kinabalu sebenarnya fenomena biasa
Keadaan ekstrem di puncak gunung itu adalah perkara yang sering berlaku dalam keadaan cuaca yang tidak menentu.
!['Atuk' 90 tahun nasihat pendaki Gunung Kinabalu bersemangat, jiwa kental 'Atuk' 90 tahun nasihat pendaki Gunung Kinabalu bersemangat, jiwa kental](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/71665586095_TBBUANTINHAJIJI.jpg)
'Atuk' 90 tahun nasihat pendaki Gunung Kinabalu bersemangat, jiwa kental
Bekalkan diri dengan semangat dan jiwa yang kental untuk tawan Gunung Kinabalu, nasihat warga emas berusia 90 tahun Buatin Balandong yang berjaya sampai ke puncak gunung itu 5 Sept lepas.