TOKYO: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengusulkan kepada Persidangan Antarabangsa Mengenai Masa Depan Asia di sini, tiga perkara utama untuk membolehkan Asia memainkan peranan dalam menerajui dunia yang berbelah pendirian.
Berkongsi pandangannya pada persidangan yang juga dikenali sebagai Persidangan Nikkei itu, Ismail Sabri berkara perkara itu adalah Memperkasakan Integrasi Ekonomi Serantau, Mengukuhkan Kerjasama dan Mekanisme Perundingan serta Bermuafakat dalam Menangani Cabaran Perubahan Iklim.
"Ini adalah antara perkara yang boleh diberikan perhatian dalam menawarkan penyelesaian isu sejagat dan pada masa yang sama meningkatkan kerjasama pelbagai hala dalam kalangan negara di Asia," katanya dalam penampilan sulungnya pada persidangan tahunan dengan tema "Mentakrif Semula Peranan Asia dalam Dunia Yang Berbelah Pendirian" pada tahun ini.
Ismail Sabri berkata perkara utama dalam memperkasakan integrasi ekonomi serantau adalah menumpukan kepada usaha mengukuhkan kemampuan rantau Asia dalam menangani perubahan dalam globalisasi selepas pasca pandemik COVID-19.
Ketika globalisasi kini dalam kemerosotan, beliau menggesa pembuat dasar dan juga pemimpin perniagaan di Asia meningkatkan lagi usaha mengukuhkan kerjasama serantau dalam memastikan pertumbuhan ekonomi yang mampan.
Ismail Sabri berkata usaha juga perlu dilakukan untuk menjadikan rantaian bekalan serantau lebih berdaya tahan menerusi sokongan pelaburan infrastruktur digital dan memudah cara usaha untuk membangunkan kapasiti ke arah meningkatkan rantaian bekalan tempatan.
Pembuat dasar di Asia juga harus menggandakan usaha bagi meningkatkan kemampuan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) sebagai antara pemacu utama pertumbuhan dan pembangunan ekonomi rantau itu, katanya.
Beliau berkata transformasi digital secara besar-besaran dan menyeluruh melibatkan PMKS membolehkan mereka menyertai aktiviti e-perniagaan rentas sempadan secara lebih aktif, setelah pandemik telah menyedarkan usahawan supaya menerima pakai penyelesaian digital dan teknologi untuk kekal relevan.
Menurutnya, Asia berada pada kedudukan yang baik kerana menguasai pasaran e-perdagangan terbesar di dunia, mewakili 57 peratus atau US$1.1 trilion daripada nilai jualan e-perdagangan dunia pada 2019 dan dijangka mencecah 61 peratus atau US$1.9 trilion menjelang 2024.
Beliau berkata pembuat dasar sama ada swasta atau awam perlu bekerjasama membina jaringan logistik yang mantap, membina infrastruktur pasaran digital berkaitan kewangan dalam rantaian bekalan, dan mempromosi pembangunan teknologi digital inovatif bagi membolehkan PMKS meningkatkan penyertaan dalam aktiviti e-perdagangan rentas sempadan.
Menyentuh kepentingan mengukuhkan kerjasama dan mekanisme perundingan, Ismail Sabri berkata Malaysia mengiktiraf perundingan sebagai penting sama ada di peringkat Asia Tenggara atau pun Malaysia sendiri bagi mencari penyelesaian kepada cabaran bersama atau pertikaian.
Ini dilakukan melalui mekanisme ASEAN seperti Forum Serantau ASEAN, mesyuarat ASEAN Campur Tiga dan Mesyuarat Menteri Pertahanan ASEAN Plus yang platform berkenaan kekal aktif dan membuktikan konsep musyawarah boleh dilakukan antara pemimpin dan pihak berkepentingan bagi keselamatan dan keamanan serantau.
Melalui ASEAN, katanya negara anggota mengadakan dialog yang membina, menggalakkan penyelesaian secara damai bagi setiap pertikaian dan memperkukuh kerjasama bagi menangani cabaran global bersama dengan berteraskan kepada kepaksian pada ASEAN (ASEAN Centrality).
"Pertikaian diredakan secara diplomasi, pragmatisme dan pematuhan kepada undang-undang antarabangsa yang menjadi pegangan negara-negara anggota ASEAN," katanya.
Ismail Sabri berkata dalam usaha memperkasakan peranan Asia melalui mekanisme kerjasama serantau, ia perlu berhati-hati dalam tindak balas terhadap isu-isu sedia ada dan juga yang baru muncul.
"Tidak perlu diadakan rangka kerja baharu sebaliknya platform sedia ada boleh digunakan untuk tujuan tersebut," katanya.
Dalam gesaannya kepada Asia dan rakan kerjasama global untuk bersama-sama bertindak menangani cabaran perubahan iklim, Ismail Sabri pada persidangan itu berkata Asia terutamanya Asia Tenggara merupakan kawasan paling terdedah kepada kesan perubahan iklim
Pada 2021, menurutnya lebih 57 juta penduduknya menjadi mangsa bencana berkaitan perubahan iklim di rantau Asia Pasifik dan menjelang 2050, sebahagian besar Asia diramal berdepan dengan peningkatan suhu, hujan serta gelombang haba yang melampau, yang akan menyebabkan kemusnahan yang dahsyat kepada ekonomi dan masyarakat.
Beliau berkata sudah tiba masanya, pembuat dasar menerima hakikat dan mengakui bahawa perubahan iklim akan mengubah semula usaha yang dilakukan ke arah memelihara keamanan, kemakmuran dan keselamatan serantau.
"Krisis perubahan iklim merupakan isu sejagat dan tiada negara mampu mengendalikannya bersendirian," katanya bagi negara membangun, ia sangat membimbangkan kerana kos dan kapasiti yang diperlukan untuk mendepaninya akan menghakis sumber untuk mencipta peluang ekonomi kepada rakyat.
Beliau berkata Malaysia komited untuk bekerjasama dengan negara yang mempunyai visi untuk menangani isu perubahan iklim, serta menyifatkan idea "Asia Zero Emission Community" yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida adalah titik permulaan yang baik.
Ismail Sabri berkata bersandarkan kekuatan ekonomi dan pengaruh di peringkat global, rantau Asia berada di tempat yang terbaik untuk mengemudi perubahan, sekali gus membentuk status quo baharu berlandaskan kepada kesedaran sejagat dan keazaman yang jitu.
"Malaysia kekal komited untuk terus maju ke hadapan bersama-sama negara-negara jirannya di Asia, dalam mencari kaedah terbaik dalam menangani cabaran terkini secara lebih bermakna," katanya.
--BERNAMA
Bernama
Thu May 26 2022

Ismail Sabri berkata dalam usaha memperkasakan peranan Asia melalui mekanisme kerjasama serantau, ia perlu berhati-hati dalam tindak balas terhadap isu-isu sedia ada dan juga yang baru muncul. - Bernama
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

PRK Pelangai: Siapa pun calon, dia wakili parti - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, tidak sepatutnya timbul isu berhubung siapa yang dipilih bertanding kerana pada akhirnya, calon itu akan tetap membawa nama dan imej parti.

Pinda Akta DBP, beri kuasa ambil tindakan salah guna bahasa Melayu - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, perkara itu merupakan sebahagian daripada usaha semasa pentadbirannya, namun tidak sempat dilaksanakan disebabkan pertukaran Kerajaan.

Tidak bersara, Ismail Sabri akan terus aktif politik walaupun bukan lagi Naib Presiden
Ismail Sabri berkata beliau juga akan kekal menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua UMNO Bahagian Bera selepas menang tanpa bertanding.

Kerajaan 'caretaker' bersidang seperti biasa, bentang bajet mini untuk gaji penjawat awam
Kerajaan semasa akan kekal sebagai kerajaan caretaker sekiranya tiada mana-mana parti membentuk kerajaan dalam masa terdekat ini.

Pasca PRU15: 'BN tak sokong mana-mana gabungan bentuk kerajaan' - Ismail Sabri
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.

PRU15: Ismail Sabri tiba di Istana Negara
Tujuan sesi menghadap antara Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong berkenaan masih menjadi tanda tanya.

MH17: Malaysia berpuas hati dan sokong keputusan Mahkamah The Hague - PM
Malaysia sentiasa berpendirian bahawa perbicaraan yang dijalankan mesti berlandaskan kebenaran, keadilan dan tanggungjawab.

PRU15: 'Deklarasi Profesor Melayu G70 sokong Anwar' tidak wakili MPN - Ismail Sabri
Perkara itu dimaklumkan Presiden MPN sendiri, Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose ketika dihubunginya pada Rabu.

Banjir: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri seluruh negara telah diaktifkan - PM
Ismail Sabri berkata, fokus gerak kerja di peringkat negeri dan daerah telah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

PRU15: 'Saya masih calon PM untuk BN, tiada perubahan' - Ismail Sabri
Jelas Ismail Sabri, tiada perubahan mengenai keputusan yang telah dibuat BN sebelum ini.