Krisis membabitkan pelarian Rohingya wajar menjadi fokus utama dalam Sidang Kemuncak Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) ke 35 di Bangkok, Thailand November ini.
Ketua Misi Medecins Sans Frontieres/Doctors without Borders (MSF) Malaysia, Beatrice Lau berkata setiap pemimpin ASEAN perlu memberi tumpuan kepada isu pengecualian dan diskriminasi terhadap Rohingya dalam perbincangan mereka, bukan sahaja pada persidangan itu, malah ketika Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 23 hingga 29 Sept ini.
"Negeri Rakhine harus kekal dalam agenda ketika mesyuarat ASEAN dan di Perhimpunan Agung PBB. Dalam kesemua pertemuan ini, semua pemimpin Asia Tenggara perlu sebulat suara menyatakan penyepaduan sebagai penyelesaiannya, bukan pengasingan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata pemimpin ASEAN seharusnya menunjukkan belas kasihan kepada Rohingya serta menggesa Myanmar agar mengambil langkah bagi menamatkan keganasan, diskriminasi dan penganiayaan supaya tragedi itu tidak berlarutan.
"Lebih 900,000 orang Rohingya sedang berlindung di negara Bangladesh sahaja. Jumlah ini termasuk 759,000 orang yang melarikan diri daripada kempen keganasan yang dilancarkan tentera Myanmar di negeri Rakhine bermula pada Ogos 2017.
"Ratusan ribu telah lari ketika episod keganasan terdahulu, ke Indonesia, Thailand dan Malaysia, juga India dan negara-negara lain yang lebih jauh. Ini sememangnya krisis Asia, namun Asia Tenggara harus menunjukkan kepimpinan yang lebih kuat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 12 2019

Pemimpin ASEAN seharusnya menunjukkan belas kasihan kepada Rohingya serta menggesa Myanmar agar mengambil langkah bagi menamatkan keganasan, diskriminasi dan penganiayaan. - Gambar fail

KPDN Selangor serbu stor haram, rampas minyak masak paket, LPG di Kapar
KPDN Selangor menumpaskan aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi LPG dan minyak masak paket satu kg dengan nilai rampasan keseluruhan RM200,000 menerusi serbuan di Rantau Panjang.

E-Sepakat pantau isu-isu perpaduan termasuk yang dibangkitkan ahli politik - TKSU KPN
Sistem e-Sepakat digunakan Kementerian Perpaduan Negara untuk memantau sebarang isu-isu perpaduan yang dibangkitkan di setiap peringkat masyarakat.

KPDN Johor tumpas kegiatan seleweng LPG bernilai RM860,000
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menumpaskan sindiket penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) bernilai RM860,000 dalam satu operasi di Ulu Tiram, di sini semalam.

Penjelasan PNB mengenai pelaburan dalam Sapura Energy oleh MDH
Permodalan Nasional Berhad sebagai pemegang saham utama SEB yang sedia ada.

Pelaburan dalam Sapura Energy oleh MDH untuk bayar vendor tempatan - PNB
Pelaburan oleh Malaysia Development Holdings Sdn Bhd (MDH) dalam Sapura Energy Bhd (SEB) akan digunakan secara eksklusif untuk membayar pembekal (vendor) tempatan.

Nilai jualan sektor pembuatan Malaysia naik 3.5 peratus kepada RM158.1 bilion pada Januari - DOSM
- Nilai jualan sektor pembuatan Malaysia pada Januari 2025 meningkat sebanyak 3.5 peratus daripada 5.7 peratus pada Disember 2024 yang berjumlah RM158.1 bilion.

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri RM1,000 buat penjawat awam Pahang
Kira-kira 8,000 penjawat awam negeri Pahang bakal menerima RM1,000 sebagai Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri.
AWANI Tonight 12 March 2025
AWANITonight with Hafiz Marzukhi
1. Trump tariffs on steel, aluminium take effect
2. EU counters with tariffs on US goods
1. Trump tariffs on steel, aluminium take effect
2. EU counters with tariffs on US goods
AWANI Tonight: Trump’s Tariffs on Steel, Aluminium Take Effect
In the latest move from Washington, levies on all U.S. aluminium and steel imports came into effect at midnight, impacting numerous nations from Brazil to South Korea. The measure under U.S. President Donald Trump imposes a flat 25 percent duty on steel and aluminium entering the country, removing all previous exemptions.

Malaysia terus pantau situasi perdagangan global, nilai implikasi ke atas ekonomi negara - Liew
Kerajaan terus memantau situasi perdagangan global dalam mendepani perubahan dasar perdagangan agresif oleh Amerika Syarikat (AS) dan menilai implikasinya ke atas perkembangan ekonomi negara.

Malaysia perkukuh rantaian bekalan semikonduktor bersama negara ASEAN - Liew
Malaysia tidak berhasrat untuk bersaing dengan negara jiran atau negara anggota ASEAN lain dalam usaha memperkukuh rantaian bekalan terutama dalam sektor semikonduktor di rantau ini.

Kepengerusian ASEAN: Malaysia mahu tetapkan standard baharu dalam tadbir urus global
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia beraspirasi untuk menetapkan standard baharu dalam tadbir urus global.

Anwar puji Wisma Putra berjaya perkukuh imej Malaysia di peringkat global
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memuji Kementerian Luar atau Wisma Putra atas kejayaannya dalam memperkukuh imej dan pengaruh Malaysia di peringkat global.

Menteri Luar China seru jadikan Laut China Selatan kawasan keamanan, persahabatan, kerjasama
Hasil usaha China dan negara ASEAN, Laut China Selatan kekal aman dan stabil tahun lepas serta menjadi perairan paling selamat dan sibuk untuk pelayaran dan penerbangan antarabangsa.

Setiausaha Agung ASEAN seru pemain industri sokong inisiatif Grid Kuasa US$764 bilion
Setiausaha Agung ASEAN menyeru pihak berkepentingan dalam industri untuk menyokong inisiatif Grid Kuasa ASEAN (APG).

Ringgit teruskan momentum mengukuh berbanding dolar AS
Ringgit meneruskan aliran pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada akhir urus niaga Jumaat.

Nazir Razak seru ASEAN jadikan ekonomi serantau realiti, melangkaui retorik
Pemimpin korporat menggesa ASEAN untuk mengukuhkan dirinya sebagai hab perdagangan dan pelaburan yang kukuh di tengah-tengah ketegangan ekonomi global yang semakin meningkat.

Trafik penumpang udara Malaysia melonjak, catat 9.2 juta penumpang pada Januari - MAVCOM
MAVCOM mengumumkan prestasi trafik penumpang udara Malaysia bagi Januari 2025 yang mencatatkan 9.2 juta penumpang.

MWC 2025: 19 MoU dimeterai, perkukuh agenda teknologi, digital Malaysia
Kerjasama penting termasuk CelcomDigi dengan Ericsson untuk transformasi industri minyak dan gas, serta Digital Nasional Bhd dengan Ericsson dan META untuk mempercepat penggunaan teknologi 5G.

Pola cuaca buruk akan beri tekanan kepada pengeluaran makanan Malaysia - Mohamad Sabu
Perubahan iklim semakin mengancam keterjaminan makanan Malaysia, dengan corak cuaca tidak menentu dan peningkatan suhu global menjejaskan sektor pertanian.