KLANG: Penghantar makanan, Muhaimin Said, 34 yang maut dirempuh kenderaan utiliti sukan (SUV) dalam kejadian di Jalan Haji Sirat, Meru, 3 September lalu disifatkan sebagai seorang anak yang baik.
Ibunya, Zailan Soid, 72, berkata, Allahyarham sangat prihatin dengan kebajikannya malah tidak malu memakaikannya lampin pakai buang.
Menurutnya, Muhaimin sempat bermalam dua hari di rumahnya dan menghantar ke klinik kesihatan sebelum kejadian.
"Hari Rabu, dia bawa mak cik ambil darah di Klinik Rantau Panjang dan hari Jumaat dapat tahu dia dah meninggal dunia, mana mak cik tak terperanjat.
"Dia anak kesayangan mak cik, segala urusan mak cik dia uruskan, kalau balik kerja bawa makanan dia suapkan mak cik," katanya ditemui pada sesi Penyerahan Faedah Perkeso di rumahnya di Jalan Haji Musran Rantau Panjang, di sini pada Isnin.
Penyerahan faedah Perkeso disampaikan oleh Ketua Eksekutif Perkeso, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed kepada balu Allahyarham Muhaimin, Nur Izwana Othman, 26.
Zailan berkata, anak bongsu daripada enam beradik itu juga pernah menyuarakan kebimbangan akan nasibnya jika ditakdirkan Allahyarham pergi dahulu.
"Mak cik pakai lampin pakai buang setiap malam, anak-anak tak bagi ke tandas kerana bimbang jika jatuh. Kalau saya belum pakai, dia akan pakaikan.
"Kuku saya pun dia potongkan. Banyak kenangan dengan arwah, bila nampak baju kerja dia mak cik akan menangis.
"Duit tak sama dengan nyawa tapi nak buat macam mana sudah ketentuan ALLAH SWT. Dia memang anak yang baik, " katanya.
Sementara itu, Nur Izwana yang baru dua minggu bernikah menganggap arwah suami sebagai seorang yang prihatin.
"Dia suami yang baik dan sentiasa bantu saya. Apa yang saya buat, dia akan bantu adakala sampai lewat pergi kerja.
"Kalau nampak saya luka, dia akan sapukan ubat.
"Dia pernah kata, kalau dia dah tak ada siapa yang akan sapukan ubat, bukan senang untuk dapat suami sepertinya," katanya.
Nur Izwana berkata, perbualan terakhir bersama arwah berkenaan perancangan pulang ke kampung antara kenangan terakhir yang diingati.
"Saya cakap bulan depan mahu balik kampung bersama kakak kerana ada urusan. Dia cakap kalau abang ipar dapat cuti dan boleh hantar, maka dia tak turut serta.
"Saya ada tanya kenapa dia cuma jawab tak perlu ikut jika ada yang boleh hantar saya pulang," katanya.
Katanya, buat masa ini dia akan tinggal bersama ibu mertuanya sebelum memikirkan soal kerja bagi meneruskan kehidupan. -Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Oct 03 2022
Muhaimin maut dalam kemalangan melibatkan lima kenderaan di persimpangan lampu isyarat Jalan Meru, Klang baru-baru ini.- Foto Sumber Facebook. Gambar kecil dari kiri: Zailan, Nur Izwana
Sidang Parlimen: KPKM teliti pembekalan pertanian secara persaingan terbuka
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sedang meneliti cadangan bagi pelaksanaan pembekalan dan penghantaran input pertanian bersubsidi secara persaingan terbuka.
[TERKINI] Pastor didakwa bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku
Seorang pastor didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Selasa atas pertuduhan membunuhseterusnya menyimpan mayat ibunya dalam peti sejuk beku tiga tahun lalu.
Kerajaan kawal had pengambilan pekerja asing
Kerajaan sentiasa memastikan pengurusan pengambilan pekerja asing yang seimbang dengan keperluan negara.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata Malaysia kini mempunyai 17.2 juta tenaga kerja aktif, dengan had maksimum pekerja asing ditetapkan pada 2.58 juta orang.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata Malaysia kini mempunyai 17.2 juta tenaga kerja aktif, dengan had maksimum pekerja asing ditetapkan pada 2.58 juta orang.
Google Gemini bakal bawa ciri iOS ke Android
Pembangun bebas melakukan apa sahaja pada notifikasi yang dipaparkan, seperti meletakkan butang jeda, butang henti, butang merakam, akses pantas membalas mesej, dan pelbagai lagi.
Tunggakan bil elektrik cecah RM1.01 bilion - Akmal Nasir
Timbalan Menteri PETRA, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata angka ini meningkat berbanding tahun 2023, yang mencatatkan 464,076 akaun dipotong dengan tunggakan sebanyak RM945,435,794.07.
Hyundai Motor umum pelaburan RM2.14 bil di Malaysia - Laporan
Hyundai Motor Co mengumumkan rancangan untuk melabur hampir AS$479 juta di Malaysia dalam tempoh lima tahun bermula 2025.
AWANI Ringkas: Pembinaan LCS siap akhir tahun, ikut jadual kontrak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tunggakan bil elektrik cecah RM1.01 bilion - Akmal Nasir
Jumlah akaun dan tunggakan bil elektrik yang terlibat dalam proses pemotongan bekalan terus meningkat.
[KOLUMNIS] Belanjawan 2025 merealisasi agenda ‘Reformasi’ kebajikan veteran tentera
Ini adalah kali pertama tuntutan para veteran ini diselesaikan kerajaan selepas berjuang menuntut pelarasan ini sejak sekian lama.
Adik Zaliha Mustafa meninggal dunia
Adik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa, Shamsiah binti Mustafa dilaporkan meninggal dunia pada jam 1.10 pagi Selasa.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan Zaliha, menerusi semua platform media sosial rasmi beliau.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan Zaliha, menerusi semua platform media sosial rasmi beliau.
'Arwah Muhaimin anak dan suami yang baik'
Ibunya, Zailan Soid, 72, berkata, Allahyarham sangat prihatin dengan kebajikannya malah tidak malu memakaikannya lampin pakai buang.