"Arwah ada telefon pada petang sebelum kejadian bercerita mengenai keadaan ombak yang kuat di Pantai Sungai Ular dan langsung tidak menunjukkan sebarang perubahan.
"Tetapi saya ada berpesan kalau keadaan tak mengizinkan, janganlah turun ke laut, bahaya. Namun dia tidak bercakap lanjut dan hanya bergurau dan berlawak seperti biasa," kata Siti Zubaidah Seikh Sadarudin, 62, kakak kepada ahli perniagaan bergelar Datuk Seri yang lemas kira-kira tiga kilometer dari Pantai Sungai Ular di sini, malam tadi.
Kejadian jam 9.30 malam itu berlaku ketika mangsa, Datuk Seri Seikh Muhamad, 60, menaiki sampan untuk ke tengah laut sambil ditolak dari pantai oleh anak saudaranya, Hizaifah Ahmad, 38, untuk meninjau pekerja mereka yang berada di atas tongkang di tengah laut.
Bagaimanapun, Hizaifah terselamat selepas sampan yang dinaiki mereka itu terbalik dipukul ombak besar.
Menurut Siti Zubaidah, arwah yang juga anak keenam daripada 10 adik-beradik itu baharu sahaja datang ke Kuantan atas urusan kerja.
"Sebelum mendapat perkhabaran sedih itu, anak saya, Hizaifah, ada bersamanya dan menelefon memberitahu tentang kejadian menimpa mereka.
"Anak saya memanggilnya abah, dia sangat rapat malah sentiasa bersama. Dia memberitahu saya bahawa arwah lemas ketika bersamanya untuk ke laut namun sudah dijumpai.
"Dia turut memberitahu sudah cuba untuk menyelamatkan abah namun keadaan gelap dan Allah yang menentukan segala," katanya.
Katanya lagi, jenazah dibawa pulang ke Klang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Teluk Gong, hari ini.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat negeri, Mohd Sani Harul, berkata, ketika bot yang ditolak sudah hampir tiga kilometer dari pesisir pantai tiba-tiba ombak besar memukul bot berkenaan hingga menyebabkan mangsa terjatuh ke dalam laut pada kedalaman lima meter.
"Mangsa cuba diselamatkan anak saudaranya, namun gagal disebabkan keadaan ombak besar pada ketinggian tiga meter. Namun begitu dalam keadaan gelap gelita itu, setelah 15 minit sampan karam, mayat mangsa ditemui terapung tidak jauh dari tempat kejadian oleh anak saudaranya itu," katanya.
Noraniza Kamsani
Tue Mar 13 2018
![Arwah Datuk Seri sempat telefon saya sebelum kejadian - Kakak Arwah Datuk Seri sempat telefon saya sebelum kejadian - Kakak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/81520918215_Mati.jpg)
Jenazah dibawa pulang ke Klang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Teluk Gong, hari ini. - Foto Astro AWANI/Noraniza Kamsani
![Rakyat Malaysia dinasihat elak kunjungi perkampungan nelayan Narathiwat, kawasan panas dadah Rakyat Malaysia dinasihat elak kunjungi perkampungan nelayan Narathiwat, kawasan panas dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/61616938635_Narathiwat.jpg)
Rakyat Malaysia dinasihat elak kunjungi perkampungan nelayan Narathiwat, kawasan panas dadah
Polis Thailand kenal pasti beberapa perkampungan nelayan di Narathiwat yang lazimnya digunakan oleh pengedar dadah sebagai pangkalan operasi.
![Ramanan serah bantuan kewangan RM1.4 juta kepada lapan koperasi komuniti India Ramanan serah bantuan kewangan RM1.4 juta kepada lapan koperasi komuniti India](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739461869_RRamanan.jpg)
Ramanan serah bantuan kewangan RM1.4 juta kepada lapan koperasi komuniti India
Ramanan berkata pemberian bantuan itu adalah bukti komitmen kementeriannya dalam membantu membangunkan ekonomi komuniti India.
Tumpuan Jumaat – 14 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dialog Tiga Penjuru: Tangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk baiki skor CPI
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan memberi penekanan menangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk memperbaiki skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI). #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata undang-undang berkaitan pendanaan politik perlu disegerakan dengan tumpuan awal diberikan kepada pendanaan kempen pilihan raya. Jelasnya, penguatkuasaan undang-undang ini adalah ideal ketika ini memandangkan beberpa siri pilihan raya akan bermula tidak lama lagi. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Kurang transaksi fizikal, kurang risiko rasuah
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki sepakat bahawa mengurangkan transaksi fizikal di kaunter perkhidmatan awam akan mengurangkan risiko rasuah. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Indeks Persepsi Rasuah: SPRM akan lebih terbuka, MPC akan ambil tindakan
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya akan memastikan agensinya lebih terbuka dan telus dalam melaporkan sebarang siasatan yang dijalankan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan seterusnya mencadangkan agar Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang merupakan sebahagian sumber survei CPI agar mengambil tindakan sewajarnya. #DialogTigaPenjuru
Korea Selatan larang 'power bank' di ruang penyimpanan atas
Penumpang yang melakukan perjalanan dengan syarikat penerbangan Korea Selatan tidak lagi dibenarkan menyimpan bateri mudah alih (power bank) dan rokok elektronik di dalam ruang penyimpanan atas mulai bulan depan.
260 mangsa pekerjaan scam di Myanmar berjaya diselamatkan
Kumpulan tentera etnik Karen (Democratic Karen Buddhist DKBA) pada Rabu menyerahkan 260 individu pelbagai kewarganegaraan dipercayai menjadi mangsa penipuan pekerjaan dalam operasi scam di Myanmar. Trak-trak yang membawa kumpulan individu yang terlibat dalam pekerjaan secara paksa itu dilihat menyeberang ke sempadan Thailand dari Myanmar.
![Rafizi ketuai 555 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat Negeri Sembilan Rafizi ketuai 555 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat Negeri Sembilan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71731828696_RafiziRamli.jpg)
Rafizi ketuai 555 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat Negeri Sembilan
Ahli Parlimen Pandan yang juga Timbalan Presiden PKR itu dianugerahkan Darjah Seri Setia Negeri Sembilan Yang Amat Cemerlang (SSNS) membawa gelaran Datuk Seri.
![Pengerusi NGO didakwa salah guna gelaran Datuk Seri Pengerusi NGO didakwa salah guna gelaran Datuk Seri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703647405_TBPengerusiNGO.jpg)
Pengerusi NGO didakwa salah guna gelaran Datuk Seri
Tertuduh didakwa guna dan menikmati gelaran tersebut pada surat permohonan kelulusan untuk anjur majlis ulang tahun persatuan itu.
![Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dahului senarai penerima Darjah Kebesaran Pulau Pinang Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dahului senarai penerima Darjah Kebesaran Pulau Pinang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81697212634_ZulkapliMohamed.jpg)
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dahului senarai penerima Darjah Kebesaran Pulau Pinang
Zulkapli, 58, yang dilantik memegang jawatan itu sejak Februari lalu, merupakan penerima darjah tertinggi negeri iaitu Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) yang membawa gelaran Datuk Seri.
![Siasatan ahli perniagaan diugut 'mafia korporat' di peringkat akhir Siasatan ahli perniagaan diugut 'mafia korporat' di peringkat akhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81684473080_PolisLogoPolisP.jpg)
Siasatan ahli perniagaan diugut 'mafia korporat' di peringkat akhir
Difahamkan dua kejadian berasingan berlaku pada 6 Jun dan 14 Jun lalu.
![Kontraktor rugi RM571,000 tawaran 'Datuk Seri' tidak wujud Kontraktor rugi RM571,000 tawaran 'Datuk Seri' tidak wujud](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81683896611_scmageneric.jpg)
Kontraktor rugi RM571,000 tawaran 'Datuk Seri' tidak wujud
Seorang kontraktor kerugian RM571,000 selepas diperdaya dengan tawaran mendapatkan gelaran Datuk Seri yang dibuat hanya menerusi panggilan telefon, sejak pertengahan Februari lepas.
![Dua lelaki dituduh di mahkamah jual gelaran 'Datuk Seri' RM600,000 Dua lelaki dituduh di mahkamah jual gelaran 'Datuk Seri' RM600,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41675060525_TBGAVEL.jpg)
Dua lelaki dituduh di mahkamah jual gelaran 'Datuk Seri' RM600,000
Pihak Istana Negeri Selangor juga telah mengesahkan bahawa surat dikeluarkan suspek untuk diberikan kepada mangsa adalah palsu.
![Parti liar: 25 individu termasuk Datuk Seri ditahan di Janda Baik Parti liar: 25 individu termasuk Datuk Seri ditahan di Janda Baik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81660210221_PartiliarBentong.jpg)
Parti liar: 25 individu termasuk Datuk Seri ditahan di Janda Baik
Seramai 25 individu termasuk seorang lelaki bergelar Datuk Seri dipercayai penganjur parti liar ditahan di sebuah banglo di Janda Baik, Bentong awal pagi Khamis.
![Penipuan pelaburan Planetrade: 'Datuk Seri' antara sembilan individu ditahan Penipuan pelaburan Planetrade: 'Datuk Seri' antara sembilan individu ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/61646378812_PengarahJabatanSia.jpg)
Penipuan pelaburan Planetrade: 'Datuk Seri' antara sembilan individu ditahan
Semua suspek termasuk enam wanita berusia 41 hingga 62 tahun ditahan di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang.
![Datuk Seri didakwa tipu permohonan permit pekerja asing Datuk Seri didakwa tipu permohonan permit pekerja asing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/41616496337_MohammedAlFaizalM.jpg)
Datuk Seri didakwa tipu permohonan permit pekerja asing
Mohammed Al Faizal Mohammed mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nur Hafizah Rajuni.
![Saarani ketuai senarai penerima darjah kebesaran Perak Saarani ketuai senarai penerima darjah kebesaran Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/61632039356_MenteriBesarPerak.jpg)
Saarani ketuai senarai penerima darjah kebesaran Perak
Saarani dikurniakan Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) yang membawa gelaran Datuk Seri.