JOHOR BAHRU: Arahan berpindah dan mengosongkan beberapa rumah di Kampung Dato' Hajah Hasnah Ahmad di sini hanya melibatkan rumah setinggan lama yang telah kosong dan didiami warga asing.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata bagi penduduk tempatan yang tinggal di rumah setinggan tersebut pula, mereka telah pun ditawarkan untuk berpindah ke Pangsapuri Lebuh Raya Penyuraian Timur (EDL) di sini.
Beliau berkata arahan dibuat hasil daripada penilaian dan implikasi undang-undang menerusi 'task force' yang diwujudkan dengan pelbagai pihak termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), selain libat urus yang diadakan bersama penduduk sebelum ini.
"Tindakan yang telah kita lakukan pada Isnin lepas adalah merobohkan 23 unit rumah setinggan di kampung berkenaan, tetapi ia hanya melibatkan rumah kosong dan warga asing," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke projek terbengkalai di Taman Desa Kempas di sini semalam.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai dakwaan bahawa kira-kira 100 keluarga di kampung itu buntu selepas diarahkan pejabat tanah untuk berpindah dan mengosongkan rumah masing-masing dalam masa terdekat bagi memberi laluan kepada projek pembangunan.
Berhubung dakwaan penduduk bahawa Pangsapuri EDL yang ditawarkan mempunyai pelbagai masalah termasuk tidak mempunyai Sijil Perakuan Kelayakan (CF) yang sah untuk diduduki, Mohd Jafni berkata ia tidak benar kerana kediaman tersebut turut mempunyai Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC).
"Dakwaan tiada CF itu tidak betul, lebih 2,000 unit pangsapuri itu juga ada CCC dan tiada masalah teknikal.
"Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM24 juta bagi menyelesaikan masalah seperti sistem perparitan dan bau najis di pangsapuri berkenaan," katanya.
Sementara itu, seorang wakil penduduk kampung itu Rahmad Dahman, 70, berkata mereka menerima notis arahan tersebut pada 15 Mac lepas dan mempunyai tempoh 60 hari bagi mengosongkan tanah kerajaan itu.
"Kampung ini diteroka dan diduduki pada 1970-an. Kira-kira 10 tahun lepas kami ditawarkan untuk berpindah.
"Penduduk diberikan surat menduduki sementara di kampung ini kemudian membuat permohonan untuk kekal di kampung ini pada 2015 kerana tidak mahu berpindah tetapi tidak pernah mendapat maklum balas sehingga kini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 28 2023
Mohd Jafni (foto) berkata penduduk tempatan yang tinggal di rumah setinggan telah pun ditawarkan berpindah ke Pangsapuri Lebuh Raya Penyuraian Timur (EDL). -Gambar fail/Facebook Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB)
Banglo lambang cinta kembali diancam hakisan ombak
Sebuah banglo yang sebelum ini mendapat perhatian akibat hakisan pantai di Kampung Tanjung, Batu Rakit di sini kembali diancam risiko runtuh.
Kadar tarif AS cetus kebimbangan global - Jepun
Menteri Kewangan Jepun Katsunobu Kato pada Ahad melahirkan kebimbangan serius terhadap kemungkinan kesan kadar tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS) ke atas China, Kanada dan Mexico.
Zon Bebas Kenderaan: Banda Hilir rekod lebih 120,000 pengunjung sempena cuti perayaan
Lebih 120,000 pengunjung direkodkan membanjiri Banda Hilir setakat semalam sejak pelaksanaan Zon Bebas Kenderaan pada 28 Jan lepas sempena cuti persekolahan dan perayaan Tahun Baharu Cina.
Op Selamat 23: Lebih 100,000 saman trafik dikeluarkan
Polis telah mengeluarkan 104,235 saman melibatkan pelbagai kesalahan trafik dalam Op Selamat 23 setakat semalam.
Fokus Minggu Depan: Parlimen bersidang semula Isnin, apa tumpuan dan keutamaan?
Bersama Dr Ahmad Zaharuddin Sani, Penganalisis Politik membincangkan tentang Parlimen yang akan berlangsung Isnin ini.
Penggiliran kerja petugas kaunter dilaksanakan secara berfasa - KSN
Pelaksanaan sistem penggiliran kerja bagi penjawat awam yang telah berkhidmat lebih lima tahun di kaunter perkhidmatan telah dilaksanakan bermula Januari lepas secara berfasa.
Himpunan Benci Rasuah: Dipanggil beri keterangan, mahasiswa dakwa mereka ditekan
Sekumpulan 10 penuntut universiti yang dipanggil memberi keterangan berhubung penganjuran Himpunan Rakyat Benci Rasuah pada 25 Januari lepas, menganggap ia adalah intimidasi terhadap perjuangan mereka.
Jurucakap kumpulan berkenaan, Muhammad Zaim Zulkifli Ariff berkata, mereka hairan mengapa anak muda yang menuntut negara bebas rasuah ‘diseret’, tetapi bukan bukan sang perasuah, atau pencuri harta negara.
Jurucakap kumpulan berkenaan, Muhammad Zaim Zulkifli Ariff berkata, mereka hairan mengapa anak muda yang menuntut negara bebas rasuah ‘diseret’, tetapi bukan bukan sang perasuah, atau pencuri harta negara.
Israel serang tebing barat sewaktu Gencatan Senjata di Gaza
Tentera zionis mula menyerang jenin pada 21 januari lepas, hanya dua hari selepas gencatan senjata di gaza berkuatkuasa.
Sekurang-kurangnya 7 maut, 19 cedera di Philadelphia
Datuk Bandar Philadelphia, Cherelle Parker sahkan tujuh terkoban termasuk seorang orang awam yang berada dalam kereta selepas sebuah pesawat perubatan terhempas pada petang Jumaat.
Ops Sky: Selebriti, ikon tempatan dalam radar SPRM
Selebriti termasuk artis dan ikon tempatan dalam radar siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipercayai terlibat dalam sindiket tawaran pinjaman.
Sistem pembelian tiket dalam talian atasi kesesakan pengunjung Zoo Johor - Exco
Kerajaan negeri sedang membangunkan sistem pembelian tiket dalam talian sebagai usaha untuk mengatasi kesesakan pengunjung di Zoo Johor.
Johor kenal pasti 120 'hotspot' banjir, PBT diminta atasi segera
Kerajaan Johor mengenal pasti sebanyak 120 lokasi panas yang kerap berlakunya banjir di seluruh negeri ini.
Pembukaan semula Zoo Johor ditangguh ke Ogos - Exco
Pembukaan semula Zoo Johor yang dijadual pada bulan ini ditangguhkan ke Ogos depan berikutan terdapat beberapa kerja-kerja naik taraf luar jangka sedang dilakukan.
Peniaga degil jual vape di Johor berdepan tindakan tegas - Exco
Peniaga vape yang masih berdegil dan terus menjual produk itu di Johor bakal berdepan dengan tindakan tegas pihak berkuasa negeri.
Johor peruntuk RM63.5 juta baik pulih PPR, RSK
Johor memperuntukkan sebanyak RM63.5 juta untuk kerja-kerja membaik pulih PPR dan Rumah Sewa Kerajaan di seluruh negeri.
Zoo Johor dibuka semula April, harga tiket kekal paling murah di Malaysia
Pelbagai kemudahan dan infrastruktur sedang dinaik taraf melibatkan kos kira-kira RM7 juta bagi memberi keselesaan kepada pengunjung.
Banjir kilat di Johor Bahru akibat hujan luar biasa, air pasang
Banjir kilat berlaku di sekitar bandar raya ini semalam, berpunca daripada taburan hujan yang sangat lebat, luar biasa serta pertembungan air pasang penuh.
Tragedi Sungai Kim-Kim: Kerajaan Johor buat rayuan mahu hukuman setimpal
Insiden pencemaran Sungai Kim Kim pada Mac 2019 itu telah menjejaskan kesihatan lebih 2,000 orang awam dan menyebabkan 111 sekolah di Pasir Gudang ditutup.
Johor peruntuk RM78 juta persediaan hadapi banjir
Mohd Jafni berkata, gerak kerja dilakukan secara berfasa oleh 16 pihak berkuasa tempatan di Johor sejak tahun lepas.
Johor sasar selesaikan lima projek sakit, satu terbengkalai bernilai RM682.66 juta tahun depan
Kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Projek Sakit dan Terbengkalai (JSTP) menyasar untuk menyelesaikan lima projek sakit serta satu projek terbengkalai.