APPLE hari ini mula menawarkan kemas kini iOS 17.5.1 kepada pengguna iPhone, sekali gus mengatasi masalah pepijat yang membuatkan pelbagai gambar yang dipadam hadir semula ke peranti pengguna.
Sebelum ini, selepas kemas kini iOS 17.5, sejumlah pengguna mengatakan pelbagai gambar yang telah dipadam hadir semula ke iPhone mereka – dan dalam beberapa kes, ia melibatkan gambar yang telah dipadam bertahun lamanya.
Apple tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan dengannya, dan sekadar menawarkan kemas kini iOS 17.5.1 dan menyatakan pada kemas kini berkenaan ia mengatasi masalah pepijat tersebut.
Apple mengatakan kemas kini berkenaan memperbaiki kerosakan pangkalan data yang membuatkan gambar kelihatan pada aplikasi Photos, walaupun telah dipadam.
Beberapa pengguna yang pentingkan privasi turut mempersoalkan berkenaan perkara ini.
Mengikut tetapan pada aplikasi, gambar akan disimpan selama 30 hari selepas dipadam, sebelum ia dipadam sepenuhnya daripada pustaka.
Namun, beberapa gambar yang dipadam bertahun lamanya turut muncul kembali, membuatkan pelbagai pengguna mempersoalkan berkenaan dengan perkara ini.
Buat masa ini, Apple yang sering menekankan privasi melalui penawaran produk mereka, masih tidak mengeluarkan penjelasan lanjut berkenaan masalah pepijat ini, dan bagaimana gambar yang telah terpadam lama boleh hadir kembali pada pustaka gambar pengguna.
Amanz
Tue May 21 2024
Apple mengatakan kemas kini berkenaan memperbaiki kerosakan pangkalan data yang membuatkan gambar kelihatan pada aplikasi Photos, walaupun telah dipadam. - Foto Amanz
Presiden Perancis seru penghantaran senjata ke Israel dihentikan
Presiden Perancis Emmanuel Macron pada Sabtu menyeru agar penghantaran senjata ke Israel dihentikan.
AWANI Ringkas: 12 rakyat Malaysia tiba dari Lubnan hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bekas rakan sepasukan Cristiano Ronaldo teruja mulakan cabaran dengan JDT
Penyerang baharu Johor Darul Ta'zim (JDT), Jese Rodriguez, teruja untuk memulakan cabaran bersama kelab itu.
Menjelang setahun serangan Israel, Rosco anjur konvoi solidariti untuk Gaza
Rosco menganjurkan konvoi motorsikal jenis Cafe Racer di sekitar Lembah Klang sebagai tanda solidariti perjuangan rakyat Palestin.
Ibu mentua Menteri Kerja Raya, Puan Sri Elizabeth Pawa meninggal dunia
Sepanjang hayatnya, mendiang telah menyentuh kehidupan ramai pihak yang mengenalinya.
'Masa untuk hentikan penderitaan' - Ketua PBB rayu keamanan
Antonio Guterres membuat rayuan untuk keamanan menjelang ulang tahun pertama konflik di Gaza minggu depan.
Larian berpakaian tidak senonoh: Tiga lelaki ditahan bantu siasatan
Dua lelaki warga asing dan seorang warga tempatan berusia antara 39 hingga 70 tahun ditahan di sebuah hotel di Kota Tinggi.
Wanita Palestin mengamuk di WTKL mohon maaf, tertekan fikir anak di Gaza
Aminah berkata, perbuatan di luar kawalan itu berlaku disebabkan rasa tertekan memikirkan keadaaan anaknya yang masih berada di Gaza.
Mangsa banjir di Perak terus meningkat, Selangor menurun
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Perak terus meningkat pagi ini manakala jumlah mangsa di Selangor menunjukkan penurunan.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Memetik laporan Associated Press, rejim Zionis turut menyerang kem pelarian Palestin jauh di utara buat kali pertama ketika ia menyasarkan kedua-dua pejuang Hezbollah dan Hamas.
HomePod dengan skrin bakal dilancar tahun depan, dengan integrasi Apple Intelligence
HomePod baharu akan hadir dengan integrasi Apple Intelligence, membawa sokongan kecerdasan buatan kepada pelbagai produk Apple.
Apple iPhone 16 kini boleh dipratempah, dengan pilihan ambil terus di Apple Store TRX
Pengguna tempatan boleh membuat pembelian dan menerimanya bermula 20 September 2024.
Apple diarah bayar cukai €13 bilion kepada Ireland
APPLE kini perlu membayar cukai berjumlah "13 bilion (RM62 bilion) kepada Ireland.
Malaysia negara terawal terima siri iPhone 16, iPhone 16 Pro – mulai 20 Sept 2024
Para pengguna tempatan boleh melakukan tempahan bermula 8 malam 13 September 2024 dan mula menerimanya bermula 20 September 2024.
Apple dilapor akan beralih sepenuhnya ke skrin OLED untuk semua iPhone bermula 2025
Penggunaan panel OLED dilihat akan menawarkan paparan warna yang lebih cantik, selain sesuai untuk paparan video berdefinisi tinggi.
Apple Mac Mini baharu dijangka buang sambungan USB-A
Ini mungkin selari dengan perubahan yang telah dilakukan pada komputer riba MacBook, yang tidak lagi menyertakan sambungan USB-A, dan memfokuskan sepenuhnya pada USB-C.
Apple dilapor bangunkan Magic Keyboard lebih murah untuk iPad
Apple sedang menguji Magic Keyboard pada harga lebih rendah, menyasarkan pengguna iPad asas dan juga iPad Air.
Apple, NVIDIA dilapor ingin melabur dalam OpenAI
Ini akan membuatkan pelbagai syarikat terkemuka teknologi kini bersaing dalam mendapatkan pegangan masing-masing pada OpenAI.
Apple pecat 100 pekerja dalam jabatan perkhidmatan digital, jejas beberapa aplikasi
Pemecatan turut melibatkan peranan kejuruteraan dan pasukan perkhidmatan lain termasuk yang mengendalikan Apple News.
Senarai lagu Apple Music kini boleh dipindahkan ke YouTube Music
Hanya senarai lagu yang dihasilkan sendiri oleh pengguna boleh dipindahkan ke YouTube Music.